KelabMama

Nama Anak Lelaki Huruf ‘S’ Yang Indah Maknanya

Kredit Foto: Adobe Stock

Bila dah dapat tahu jantina bayi, mestilah terus excited nak cari nama si manja kan? Kalau Mama dan Papa sukakan nama anak lelaki huruf ‘S’ untuk beri kepada si manja, entri ini memang sesuai sangat.

Seperti yang kita tahu, kalau nak pilih nama anak, perlulah ada maksud yang baik kerana ianya umpama doa. Jadi sebagai ibu bapa dah menjadi tanggungjawab kita untuk memilih dan memberikan nama yang terbaik untuk cahaya mata kita.

Kepentingan Memberi Nama Yang Bermaksud Mulia Dan Indah Dalam Islam

Kredit Foto: Adobe Stock

“Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”.

Dalam satu majlis, seorang anak menemui Khalifah Umar dan bertanya mengenai hak seorang anak ke atas bapanya, beliau telah menjelaskan: “Memilih ibunya, memperelokkan namanya dan mengajarkan kepadanya al-Quran.”

Sebab itu setiap pemilihan, sebaik-baiknya ada tujuan dan dengan maksud yang boleh menjadi atau mengandungi doa, boleh dipercayai serta berkaitan pula dengan pembentukan sahsiah anak tersebut.

Keunikan Dan Kelebihan Nama Anak Lelaki Huruf ‘S’ 

Kredit Foto: Adobe Stock

Itulah keistimewaan nama yang bermula dengan huruf ‘S’ ni. Mama Siti faham yang sekarang ramai ibu bapa suka nama yang unik dan moden tapi masih ingin mengekalkan maksud yang baik kan?

Jangan risau, Mama Siti ada senarai yang mampu membuat Mama dan Papa untuk memilih nama si manja.

Nama Anak Lelaki Huruf ‘S’ Yang Moden dan Sedap Didengar

  1. Saad – Bahagia
  2. Saadan – Kebahagiaan
  3. Saadi – Kebahagiaanku
  4. Saaduddin – Agama yang membahagiakan
  5. Saadun – Kebahagian
  6. Saai – Yang berjalan cepat, yang berusaha
  7. Saaihat – Yang berpuasa
  8. Saaud – Bahagia
  9. Sabaatuabhur – 7 laut
  10. Sabahi – Ketua pejuang
  11. Sabeer – Kesabaran
  12. Sabih – Yang indah
  13. Sabikah – Penambang emas, nama sahabat Nabi SAW
  14. Sabil – Jalan
  15. Sabiq – Yang mengalahkan, Yang mendahului
  16. Sabir – Yang sabar
  17. Sabit – Yang baik, pemurah
  18. Sabqi – Keutamaanku
  19. Sabran – Kesabaran
  20. Sabri – Kesabaranku
  1. Sadad – Kejujuranku, bertindak tepat
  2. Sadaqat – Sedekah
  3. Sadat – Pimpinan
  4. Sadid – Benar, tepat
  5. Sadiq – Yang benar, jujur, berkata sesuai kenyataan
  6. Sadruddin – Pemimpin agama
  7. Saeed – Gembira
  8. Safaraz – Dihormati
  9. Safir – Wakil, duta besar
  10. Safiuddin – Kesucian agama
  11. Safiy – Yang bersih dan jujur
  12. Safwan – Bersih, ikhlas, nama popular orang Arab
  13. Saghir – Yang mengikut
  14. Sahar – Akhir malam sebelum fajar
  15. Sahil – Mudah, senang
  16. Sahir – Mahsyur
  17. Sahlan – Mudah, senang
  18. Sahli – Kemudahanku
  19. Sahnon – Kehalusan
  20. Said – Bahagia
  1. Saidun – Yang berbahagia
  2. Saif – Pedang
  3. Saifuddin – Pedang agama
  4. Saifullah – Pedang Allah
  5. Sajid – Orang yang sujud
  6. Sajjad – Banyak bersujud
  7. Sakhawi – Kemurahan hati
  8. Sakinah – Ketenangan, ketentraman
  9. Salah al Din – Ketulusan agama
  10. Salahuddin – Kebaikan agama
  11. Salam – Kesejahteraan, keselamatan, keamanan
  12. Salamat – Keselamatan, kesejahteraan
  13. Saleem – Selamat, terkawal
  14. Saleh – Benar
  15. Salim – Selamat, terkawal
  16. Saliman – Kesejahteraan
  17. Salleh – Nama Nabi
  18. Salman – Selamat, terkawal
  19. Samaan – Yang patuh
  1. Samad – Serba baik
  2. Samah – Toleransi
  3. Sameer – Penghibur, teman berbicara
  4. Samhari – Lembing yang keras
  5. Sami – Tinggi kedudukannya
  6. Samih – Pemaaf, pemurah, lemah lembut, toleransi
  7. Samir – Penghibur, teman berbicara
  8. Samran – Pertolongan
  9. Sanad – Tempat bergantung
  10. Sanim – Yang darjatnya tinggi
  11. Saniy – Yang tinggi, mulia
  12. Saqeef – Terlatih
  13. Sarhan – Kemudahan
  14. Sariyah – Awan malam
  15. Sarwan – Mempunyai kemuliaan dan kemurahan
  16. Satir – Orang yang menutupi aib dan dosa
  17. Sattar – Menutup cela, aib
  18. Sau – Beruntung
  19. Sayf – Pedang
  20. Sayid – Tuan, kepala kaum, pemimpin
  1. Sayyid – Pemimpin
  2. Seif, Saif – Pedang
  3. Seif al Din, Saifuddin – Pedang agama
  4. Shabhi – Pagi hari
  5. Shabri – Sabar
  6. Shadi – Penyanyi
  7. Shafi – Jernih
  8. Shafiq – Penyayang, lembut
  9. Shafiy – Tenteram suci
  10. Shafwan – Teman akrab, cinta ikhlas
  11. Shaher – Masyhur
  12. Shahib – Teman
  13. Shaib – Tepat mengenai sasaran
  14. Shakeel – Indah
  15. Shakil – Indah
  16. Shakir – Syukur, berterima kasih
  17. Shalah – Perbaikan, kebaikan
  18. Shalahuddin – Kebaikan agama
  19. Shaleh – Baik
  20. Shalih – Baik
  1. Sharaf – Kehormatan
  2. Sharif – Yang Mulia
  3. Sharim – Berani, Pedang Tajam, Singa
  4. Shiddiq – Membenarkan
  5. Shiddiqin – Orang yang benar dalam ucapan dan perbuatan
  6. Shidiq – Selalu membenarkan, jolokan untuk Abu Bakar sahabat Nabi SAW
  7. Shidqi – Benar, Jujur
  8. Shidqie – Benar, jujur
  9. Shiraz – Rupa yang elok
  10. Shuib – Tepat mengenai sasaran
  11. Siddiq – Yang membenarkan
  12. Sidqi – Kebenaranku
  13. Silmi – Kedamaianku
  14. Sinwan – Kembar
  15. Siraj – Pelita, lampu
  16. Sirajuddin – Pelita agama
  17. Sirhan – Berani, singa
  18. Sirin –  Wanita sahabat Nabi SAW
  19. Sofian – Khusus
  20. Soleh – Yang baik
  1. Solihan – Yang baik
  2. Solihin – Yang baik
  3. Subhi – Subuh
  4. Sufi – Ahli tasawuf
  5. Sufyan – Nama sahabat nabi Muhammad SAW, nama tokoh ulama
  6. Suhaib – Kemerah-merahan
  7. Suhaid – Lembut, tampan
  8. Suhail – Senang, mudah
  9. Suhaili – Kemudahanku
  10. Suhayb – Berambut dan berkulit kemerah-merahan
  11. Suhayl – Kemudahanku
  12. Sulaim – Sejahtera
  13. Sulaiman -Nama nabi, sejahtera
  14. Sulaimi – Kesejahteraanku
  15. Sulhidar – Bersenjata
  16. Sulthan – Bukti yang kuat
  17. Sulwan – Kepuasan
  18. Sunbulah -Nama Bintang, Tangkai yang berbuah
  19. Sunni – Penganut ajaran sunah nabi saw
  20. Surur – Kegembiraan
  1. Suud – Bahagia
  2. Suuda – Bahagia
  3. Suwadi – Rahasiaku
  4. Syaaban -Bulan Sya’ban
  5. Syaairillah – Syiar-syiar Allah
  6. Syaaran – Nisbah
  7. Syabil – Bintang
  8. Syaddad – Yang perkasa
  9. Syadi – Pandai bersyair dan bernyanyi
  10. Syafaat – Pembelaan, pertolongan
  11. Syafi – Penyembuh
  12. Syafii – Penganut Imam Syafie
  13. Syafiq – Penyayang, belas kasih
  14. Syahabuddin – Bintang agama
  15. Syaheen – Burung yang panjang sayapnya
  16. Syahid – Mati Syahid
  17. Syahin – Tiang neraca
  18. Syahir – Terkenal
  19. Syahiran – Terkenal
  20. Syahmi – Mulia, berani, bijak
  1. Syaiban – Mendung bersalju
  2. Syakib – Nama tokoh muslim
  3. Syaki – Bersyukur, pengenang budi
  4. Syalia – Penghibur hati
  5. Syamil – Menyeluruh
  6. Syamini – Keharuman yang tinggi
  7. Syamlan – Memilih kurma yang masak
  8. Syammas – Pelayan ibadah
  9. Syamsi – Matahariku
  10. Syamsir – Pedang
  11. Syamsuddin – Matahari agama
  12. Syaraf – Kemuliaan
  13. Syarafat – Harga diri
  14. Syarafuddin – Yang mulia agamanya
  15. Syarahil – Nama khabilah
  16. Syarbini – Nama Pohon, Nama Ulama Besar
  17. Syarif – Dipuji, mulia
  18. Syarifuddin – Kemuliaan agama
  19. Syaukat – Kekuasaan
  20. Syauqi – Rinduku
  1. Syawal – Bulan Syawal
  2. Syazani – Kecergasanku
  3. Syazwan – Haruman kasturi
  4. Syazwi – Keharumanku
  5. Syihab – Pecahan bintang, meteor
  6. Syihabuddin – Bintang agama
  7. Syuaib – Nama nabi
  8. Syubah – Nama sahabat nabi Muhammad SAW
  9. Syubli – Anak singa
  10. Syuja – Pemberani
  11. Syukran – Kesyukuran
  12. Syukri – Kesyukuran
  13. Syukur – Kesyukuran
  14. Syuruq – Terbitnya matahari
  15. Syuwari – Kecantikanku

Nama Akan Menjadi Identiti Seseorang

Kredit Foto: Adobe Stock

Islam menganjurkan pemilihan nama yang baik, kerana ia lambang identiti seseorang dan nama itulah ia akan dikenali sepanjang hayat dan menjadi sebutan sampai ke hari akhirat. 

Apabila orang memanggilnya dengan nama tersebut, maka pada sepanjang hayatnya, mereka seolah-olah berdoa untuk anak tersebut.

Untuk pengetahuan Mama dan Papa, nama yang diberikan kepada anak di dunia akan kekal digunakan di akhirat.

Abu Darda ada meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

 Sesungguhnya kamu akan diseru/dipanggil pada hari Kiamat nanti dengan nama-nama kamu dan juga nama bapa-bapa kamu, maka perelokkanlah nama-nama kamu.

(Riwayat Imam Abu Daud dari Abu Dardak r.a.)

Jadi, Mama Siti harap nama-nama anak lelaki huruf ‘S’ ini dapat dipilih dengan penuh wajar. Semoga si manja akan membesar dan membanggakan Mama dan Papa dengan nama yang dipilih. Amin.

Semoga bermanfaat!

BACA JUGA 80+ NAMA ANAK LELAKI HURUF ‘R’ YANG MEMIKAT HATI

Pesan Mama Siti

Mama Siti doakan semoga dipermudahkanlah segala urusan Mama dan Papa dalam proses pemilihan nama anak yang bakal dilahirkan. InsyaAllah, apa jua pun nama yang diberi, ketinggian akhlak dan budi bahasanya akan dibawa sehingga dewasa. Jangan pilih nama hanya kerana nama itu unik dan famous tapi tiada maksud pula ya.