Mama Siti kongsikan seratus senarai nama-nama anak lelaki bermula huruf K daripada hasil carian dan pembacaan sebelum ini. Kesemua nama-nama ini adalah berdasarkan daripada perkataan dalam Al-Quran. Nama bermula huruf K untuk nama anak lelaki agak jarang digunakan ramai orang, kan? Kerana asal-asalnya memang tak banyak pilihan yang panjang.
Menggabungkan Dua Nama
Selepas Mama memilih satu-satu nama, buatlah rujukan dengan buku-buku dan juga ahli Bahasa yang lain sebagai penguat. Kerana nama yang baik sangat mempengaruhi peribadi anak kita. Jika Mama berkenan menggabungkan dua nama, Mama cubalah semak semula bersama ustaz atau yang ahli dalam Bahasa Arab supaya gabungan itu membawa maksud yang baik secara gramatisnya.
Seratus Nama Anak Lelaki Yang Bermula Huruf K
Berikut Mama Siti senaraikan keseluruhan nama yang perkataannya ada disebut dalam Al-Quran atau perkataan bahasa Arab yang diolah daripada perkataan akarnya di dalam Al-Quran
- Ka’ab – Kemuliaan/terhormat
- Kaafil – Penjamin
- Kaafiy – Yang mencukupkan, akan mencukupkan keperluan orang lain sehingga orang itu tidak memerlukan bantuan lain lagi.
- Kaahil – Sahabat/kekasih
- Kaamil – Yang sempurna/kesayangan
- Kaamilin – Yang sempurna
- Kaarim – Pemurah/baik hati/mulia/cemerlang
- Kaariz – Yang berdakwah
- Kaasib – Yang menang
- Kaasih – Gemilang
- Kafil – Penjamin
- Kahul – Mata hitam yang cantik
- Kailani = Nama seorang ulama, nama kitab Shorof
- Kalaamuddeen – Kalam agama. Memahami ilmu-ilmu agama dan menyampaikannya.
- Kalim – Ahli pidato
- Kamaal – Sempurna/cukup/keseluruhan
- Kamayel – Sempurna tanpa cela
- Kameel – Sempurna/kesayangan
- Kamilan – Kecukupan
- Kamir – Yang berani
- Kamlan – Sempurna
- Kamush – Berani/tidak gentar
- Kanif – Penjaga
- Kanz – Khazanah/sangat dihargai/harta
- Kanzuddeen – Dia yang sangat berharga buat agama kerana nilai dirinya
- Karam – Pemurah
- Karamullah – Hadiah daripada Allah
- Karman – Memuliakan orang lain/pemurah
- Karram – Pemurah
- Karys – Yang penuh ilmu di dada
- Kashaaf – Yang menemukan sesuatu
- Kaathir – Banyak melimpah ruah
- Kasby – Kemenanganku
- Kasoor – Banyak melimpah ruah
- Kathran – Banyak melimpah ruah
- Kassab – Pemenang
- Kasyfa – Singkapan terbuka
- Katheer – Banyak melimpah ruah
- Katib – Ulamak/orang yang bijak pandai
- Kattam – Dia yang menjaga rahsia seseorang dan tidak menyebarkan tentangnya
- Kawnain – Merujuk kepada dua dunia iaitu dunia dan akhirat
- Kaazim – Dia yang dipuji dalam Al-Quran kerana mengawal amarahnya dan tidak bertindak atas emosinya
- Kahla = Dewasa
- Kayl – Ukuran
- Kays – Kecerdikan
- Kayyis – Dia yang sopan
- Khabir – Yang ahli, mempunyai banyak ilmu
- Khabur – Pokok yang berbau harum
- Khadi – Orang yang rendah hati
- Khafid – Tangkas
- Khafif – Lincah dan bijak
- Khair – Yang baik
- Khairi – Kebajikanku
- Khayrullah – Kebaikan daripada Allah
- Khoiruddin = Yang baik agamanya
- Khabir = Yang mengetahui dengan sebenarnya, pakar, berpengalaman
- Khalas – Yang selamat/selesai
- Khallad – Yang kekal
- Khaleef – Pegganti pemerintah, pewaris. Juga bermaksud jalanan di antara dua gunung.
- Khaleel – Sahabat yang rapat
- Khalid – Orang yang kekal di ingatan. Nama salah seorang panglima Islam Khalid Al-Walid R.A yang digelar pedang Allah yang terhunus. Khalid juga bermaksud kekal. Dianalogikan kepada hidup yang bermanfaat. Ia juga bermaksud daya tahan yang amat tinggi serta banyak budinya hingga dikenang-kenang orang.
- Khalili – Sahabat
- Khalis – Mempunyai kepakaran, sentiasa berjaga-jaga dan tidak gentar
- Khalfun – Pegganti pemerintah, pewaris.
- Khassab – Dipenuhi dengan rahmat
- Khaseeb – Tanah yang subur menghasilkan banyak tumbuhan, dipenuhi pokok dan rumput.
- Khashayar – Yang berani dan kuat
- Kasyi – Dia yang khusyuk dalam solat
- Khassal – Kemenangan
- Khateeb – Yang berbicara menyampaikan
- Khateer – Yang dimuliakan
- Khan = Ketua, pemimpin
- Khawli – Ketua
- Khayran – Kebaikan
- Khayru = Lebih baik
- Khayyar – Dia yang berbuat banyak kebajikan
- Khayyir – Baik
- Khazeer – Lautan
- Khazindar = Penjaga kekayaan
- Khazran – Rumput yang lembut
- Khazrat – Kelembutan
- Kheer – Pemurah
- Khidr – Nama yang diterangkan dalam Sahih Bukhari berkenaan seorang lelaki yang disebut Namanya di dalam Surah Al-Kahfi. Dikaitkan dengan kehijauan yang bermaksud di amna sahaja dia berdiri, tempat itu akan subur menghijau dengan tumbuhan.
- Khilaal – Sahabat
- Khisb – Kebaikan dalam kehidupan
- Khiyar – Dia yang berbuat banyak kebaikan
- Khobir = Yang mengetahui dengan sebenarnya, ahli mengetahui
- Khodim – Jejaka
- Khufaf – Bijak
- Khufair – Menjaga/memelihara/menunaikan janji
- Khulaif – Pewaris pemerintahan
- Khulaifah – Pewaris pemerintahan
- Khulum – Sahabat yang setia
- Khulm – Sahabat setia
- Khusaib – Pokok yang menumbuhkan banyak buah/produktif
- Khusydil – Bahagia
- Khuwailid – Tidak luput dek zaman
- Kilfa – Kekasih
- Kiram – Mulia
- Kiys – Yang sangat cerdik dan sopan
- Kuthaiyir – Yang banyak
Al-Quran Mengambil Berat Pemilihan Nama Anak
Dalam Al-Quran ada memberi gambarang pentingnya sebuah nama yang baik untuk setiap insan di dalam surah Ali-Imran ayat 36 yang berbunyi:
“(Ibu Maryam berkata) Dan sesungguhnya aku namakan dia Maryam, dan sesungguhnya aku melindungi dia dengan pemeliharaanmu, begitu juga zuriatnya, daripada syaitan yang direjam.”
Jika Mama berminat untuk membaca lanjut banyak lagi himpunan artikel tentang nama, boleh rujuk di sini.
Selamat memilih nama yang baik, Mama!