KelabMama

Senarai Nama Anak Lelaki Huruf J Yang Unik & Menarik

featured

Nama anak lelaki huruf J

Senarai nama anak lelaki huruf J ini agak terhad kan Mama? Jika dicari serata laman sesawang agak sukar menemukan senarai yang cukup panjang. Mama Siti cuba kumpulkan sebanyak yang boleh daripada Al-Quran dan ada juga daripada bahasa lain yang memberi maksud nama yang baik.

Kebanyakan nama-nama Arab dahulu hanyalah sepatah perkataan. Jika Mama mahu menggabungkan nama, sangat disarankan untuk bertanya kepada ahli yang fasih Bahasa Arab supaya dapat membantu gabungan agar ia membawa maksud yang baik, sama ada secara gramatis mahupun bahasanya.

Nama Yang Unik

Anak-anak lelaki yang namanya bermula huruf J ini juga jarang kita jumpa atau dengar di sekeliling kita. Memang permulaan nama huruf J ini sangat unik, dan menjadi pilihan Mama!

Senarai Nama Anak Lelaki Bermula Huruf J

Berikut Mama Siti kongsikan senarai nama anak lelaki huruf J yang dapat Mama Siti susunkan, dan Mama Siti cuba ejakan mengikut ejaan dalam Al-Quran bagi kebanyakannya. Namun Mama boleh cuba reka ejaan sendiri asalkan bunyinya sama.

  1. Jaamil – Cantik, segak
  2. Jaad – Yang rajin berusaha
  3. Jaah – Hormat
  4. Jaahid – Yang bertungkus-lumus
  5. Jabaan – Yang lembut hatinya
  6. Jaabir – Bermaksud seseorang yang berusaha menjadikan dunia ini tempat yang makmur, menyelesaikan masalah juga membaiki keadaan kepada lebih baik. Seorang yang berbuat kebaikan, yang kuat dan menyelesaikan tugasan tanpa bantuan orang lain. Nama sahabat Nabi Muhammad SAW.
  7. Jabr – Yang berani, juga bermaksud membaiki dan melendurkan
  8. Jabraan – Berani
  9. Jabreel – Antara variasi nama malaikat Jibril yang menurunkan wahyu kitab Al-Quran.
  10. Jabrullah – Pertolongan Allah
  11. Jader/Jaadir – Pokok pertama yang tumbuh di musim bunga atau spring bloom
  12. Jadoud – Yang bertuah, beruntung, bagus
  13. Jadour – Pokok pertama yang tumbuh di musim bunga
  14. Jaaed – Seseorang yang berkata-kata baik dan berbuat kebaikan. Pemurah. Juga bermaksud hujan yang turun mencurah-curah, seolah analogi rahmat turun dengan banyak.
  15. Jaa’far – Orang yang sangat bermanfaat. Orang yang penuh isinya serta memberi manfaat kepada agama dan sekeliling. Mari kita ulas sedikit nama ini berdasarkan ebook Ustaz Dzulkhairi Mohd Noor bertajuk Rahsia Di Sebalik Nama-nama Tokoh Yang Mulia. Maksud sebenar perkataan ini adalah sungai yang penuh alirannya atau unta yang penuh susunya. Kedua-duanya memberi analogi manfaat yang besar kerana air adalah sumber alam yang penting manakala susu pula analogi keperluan asasi makanan untuk hidup.
  16. Jaa’faran – Dua sungai.
  17. Ja’four – Sungai
  18. Jahaan – Dunia
  19. Jahd – Bertungkus-lumus
  20. Jahhad – Berusaha kuat
  21. Jahran – Yang tangkas
  22. Jaahid – Bersungguh-sungguh
  23. Jaleei – Jelas
  24. Jaalib – Yang menarik hati
  25. Jaalis – Yang sedang duduk
  26. Jabbar – Yang kuat
  27. Jabrah – Yang sering menyelamatkan atau memperbaiki sesuatu
  28. Jabaree – Yang mempunyai hati yang kuat
  29. Jadallah  – Kemurahan Allah
  30. Jadeed – Yang menyenangkan
  31. Jadeer – Yang berkelayakan
  32. Jadeey – Yang pemurah
  33. Jadil – Sedia untuk berperang
  34. Jahar – Yang indah
  35. Jaheed – Yang berkerja kuat
  36. Jaadullah – Hadiah Allah
  37. Jadwa – Hadiah/pemberian
  38. Jafri – Bunga kuning
  39. Jahaafil – Tentera yang hebat
  40. Jahdami – Nama periwayat hadis
  41. Jaheer – Yang bersuara lantang, lelaki kacak
  42. Jahsh – Sahabat Nabi Muhammad SAW
  43. Jala’ – Yang bercahaya
  44. Jalal – Kemuliaan
  45. Jalali – Kemuliaanku
  46. Jalaluddin – Kemuliaan agama
  47. Jalwan – Meneroka kebenaran
  48. Jamaal – Kecantikan
  49. Jamaail – Indah
  50. Jamaluddin – Keindahan agama
  51. Jamsheed – Cahaya/sinaran cahaya
  52. Janees – Buah yang masak
  53. Jaan – Kehidupan/jiwa
  54. Janif – Percaya
  55. Jafari – Sungai
  56. Jaseer – Yang berani
  57. Jasmeer – Yang kuat
  58. Jaasim – Yang kuat
  59. Jassar – Yang berani
  60. Jasimuddin  – Orang yang hebat, dalam agama
  61. Jawan – Muda
  62. Jawaad – Yang dimuliakan
  63. Jawd – Hujan yang mencurah boleh dianalogikan kepada pemurah dan manfaat
  64. Jawdat – Kebaikan
  65. Jawdee – Seseorang yang seperti hujan yang turun mencurah-curah
  66. Jawhar – Berharga
  67. Jawwaad – Pemurah
  68. Jaayid – Yang pemurah, yang memberi
  69. Jasoor –  Berani
  70. Jayesh – Pengembara di malam hari
  71. Jayyash – Yang bertenaga
  72. Jayyid – Perbuatan atau  yang baik
  73. Jazaa’ – Ganjaran di atas kebaikan yang dibuat
  74. Jazl – Yang pemurah
  75. Jazal – Kebahagiaan
  76. Jadzalin – Kebahagiaan
  77. Jazee – Seseorang yang sudah cukup untuk menjaga keperluan yang lain. Seseorang yang berdiri bersuara untuk kebaikan orang lain.
  78. Jazeel – Hebat atau luarbiasa
  79. Jazaab – Yang bagus dan menyenangkan
  80. Jaazim – Seorang yang tegas dan tidak gentar, kuat semangatnya
  81. Jazl – Yang pemurah
  82. Jazlan – Kebahagiaan
  83. Jazlee – Kebahagiaan
  84. Jazoon – kata jamak bagi perkataan Jazee. Maksudnya sama, seseorang yang mencukupkan keperluan orang lain.
  85. Jeelan – Nama sebuah kota
  86. Jefferi – baik hati (Itali)
  87. Jeofree – Suka kedamaian (Italy)
  88. Jehri – Hujung tombak yang kuat
  89. Jibaal – Gunung-ganang
  90. Jibran – Yang membuat perubahan yang baik, yang membantu orang susah
  91. Jinaan – Syurga/taman
  92. Jubran – Yang menambahkan kebaikan atas sesuatu
  93. Jumaal – Cantik
  94. Jun – Kuda yang pantas berlari (Jepun)
  95. Junayd – Askar kecil
  96. Jusayr – Yang kuat dan berani
  97. Juwayd – Pemurah dan tidak mementingkan diri sendiri
  98. Juyal – Sahabat Nabi Muhammad SAW
  99. Juzar – Yang cekap
  100. Juzer – Berkemampuan

Wah, menarik juga kan senarai nama ini. Banyak juga nama yang berbunyi klasik namun jika diperhatikan maksudnya semua memberi maksud yang indah serta membawa ketenangan di dalam hati. Cubalah Mama pilih dan sebut ulang-ulang nama yang dipilih untuk mengagak kesesuaian untuk digunakan oleh seluruh ahli keluarga.

Untuk bacaan penuh semua artikel mengenai nama bayi boleh klik di sini ya. Selamat memilih, Mama!