Senarai nama anak lelaki huruf J ini agak terhad kan Mama? Jika dicari serata laman sesawang agak sukar menemukan senarai yang cukup panjang. Mama Siti cuba kumpulkan sebanyak yang boleh daripada Al-Quran dan ada juga daripada bahasa lain yang memberi maksud nama yang baik.
Kebanyakan nama-nama Arab dahulu hanyalah sepatah perkataan. Jika Mama mahu menggabungkan nama, sangat disarankan untuk bertanya kepada ahli yang fasih Bahasa Arab supaya dapat membantu gabungan agar ia membawa maksud yang baik, sama ada secara gramatis mahupun bahasanya.
Nama Yang Unik
Anak-anak lelaki yang namanya bermula huruf J ini juga jarang kita jumpa atau dengar di sekeliling kita. Memang permulaan nama huruf J ini sangat unik, dan menjadi pilihan Mama!
Senarai Nama Anak Lelaki Bermula Huruf J
Berikut Mama Siti kongsikan senarai nama anak lelaki huruf J yang dapat Mama Siti susunkan, dan Mama Siti cuba ejakan mengikut ejaan dalam Al-Quran bagi kebanyakannya. Namun Mama boleh cuba reka ejaan sendiri asalkan bunyinya sama.
- Jaamil – Cantik, segak
- Jaad – Yang rajin berusaha
- Jaah – Hormat
- Jaahid – Yang bertungkus-lumus
- Jabaan – Yang lembut hatinya
- Jaabir – Bermaksud seseorang yang berusaha menjadikan dunia ini tempat yang makmur, menyelesaikan masalah juga membaiki keadaan kepada lebih baik. Seorang yang berbuat kebaikan, yang kuat dan menyelesaikan tugasan tanpa bantuan orang lain. Nama sahabat Nabi Muhammad SAW.
- Jabr – Yang berani, juga bermaksud membaiki dan melendurkan
- Jabraan – Berani
- Jabreel – Antara variasi nama malaikat Jibril yang menurunkan wahyu kitab Al-Quran.
- Jabrullah – Pertolongan Allah
- Jader/Jaadir – Pokok pertama yang tumbuh di musim bunga atau spring bloom
- Jadoud – Yang bertuah, beruntung, bagus
- Jadour – Pokok pertama yang tumbuh di musim bunga
- Jaaed – Seseorang yang berkata-kata baik dan berbuat kebaikan. Pemurah. Juga bermaksud hujan yang turun mencurah-curah, seolah analogi rahmat turun dengan banyak.
- Jaa’far – Orang yang sangat bermanfaat. Orang yang penuh isinya serta memberi manfaat kepada agama dan sekeliling. Mari kita ulas sedikit nama ini berdasarkan ebook Ustaz Dzulkhairi Mohd Noor bertajuk Rahsia Di Sebalik Nama-nama Tokoh Yang Mulia. Maksud sebenar perkataan ini adalah sungai yang penuh alirannya atau unta yang penuh susunya. Kedua-duanya memberi analogi manfaat yang besar kerana air adalah sumber alam yang penting manakala susu pula analogi keperluan asasi makanan untuk hidup.
- Jaa’faran – Dua sungai.
- Ja’four – Sungai
- Jahaan – Dunia
- Jahd – Bertungkus-lumus
- Jahhad – Berusaha kuat
- Jahran – Yang tangkas
- Jaahid – Bersungguh-sungguh
- Jaleei – Jelas
- Jaalib – Yang menarik hati
- Jaalis – Yang sedang duduk
- Jabbar – Yang kuat
- Jabrah – Yang sering menyelamatkan atau memperbaiki sesuatu
- Jabaree – Yang mempunyai hati yang kuat
- Jadallah – Kemurahan Allah
- Jadeed – Yang menyenangkan
- Jadeer – Yang berkelayakan
- Jadeey – Yang pemurah
- Jadil – Sedia untuk berperang
- Jahar – Yang indah
- Jaheed – Yang berkerja kuat
- Jaadullah – Hadiah Allah
- Jadwa – Hadiah/pemberian
- Jafri – Bunga kuning
- Jahaafil – Tentera yang hebat
- Jahdami – Nama periwayat hadis
- Jaheer – Yang bersuara lantang, lelaki kacak
- Jahsh – Sahabat Nabi Muhammad SAW
- Jala’ – Yang bercahaya
- Jalal – Kemuliaan
- Jalali – Kemuliaanku
- Jalaluddin – Kemuliaan agama
- Jalwan – Meneroka kebenaran
- Jamaal – Kecantikan
- Jamaail – Indah
- Jamaluddin – Keindahan agama
- Jamsheed – Cahaya/sinaran cahaya
- Janees – Buah yang masak
- Jaan – Kehidupan/jiwa
- Janif – Percaya
- Jafari – Sungai
- Jaseer – Yang berani
- Jasmeer – Yang kuat
- Jaasim – Yang kuat
- Jassar – Yang berani
- Jasimuddin – Orang yang hebat, dalam agama
- Jawan – Muda
- Jawaad – Yang dimuliakan
- Jawd – Hujan yang mencurah boleh dianalogikan kepada pemurah dan manfaat
- Jawdat – Kebaikan
- Jawdee – Seseorang yang seperti hujan yang turun mencurah-curah
- Jawhar – Berharga
- Jawwaad – Pemurah
- Jaayid – Yang pemurah, yang memberi
- Jasoor – Berani
- Jayesh – Pengembara di malam hari
- Jayyash – Yang bertenaga
- Jayyid – Perbuatan atau yang baik
- Jazaa’ – Ganjaran di atas kebaikan yang dibuat
- Jazl – Yang pemurah
- Jazal – Kebahagiaan
- Jadzalin – Kebahagiaan
- Jazee – Seseorang yang sudah cukup untuk menjaga keperluan yang lain. Seseorang yang berdiri bersuara untuk kebaikan orang lain.
- Jazeel – Hebat atau luarbiasa
- Jazaab – Yang bagus dan menyenangkan
- Jaazim – Seorang yang tegas dan tidak gentar, kuat semangatnya
- Jazl – Yang pemurah
- Jazlan – Kebahagiaan
- Jazlee – Kebahagiaan
- Jazoon – kata jamak bagi perkataan Jazee. Maksudnya sama, seseorang yang mencukupkan keperluan orang lain.
- Jeelan – Nama sebuah kota
- Jefferi – baik hati (Itali)
- Jeofree – Suka kedamaian (Italy)
- Jehri – Hujung tombak yang kuat
- Jibaal – Gunung-ganang
- Jibran – Yang membuat perubahan yang baik, yang membantu orang susah
- Jinaan – Syurga/taman
- Jubran – Yang menambahkan kebaikan atas sesuatu
- Jumaal – Cantik
- Jun – Kuda yang pantas berlari (Jepun)
- Junayd – Askar kecil
- Jusayr – Yang kuat dan berani
- Juwayd – Pemurah dan tidak mementingkan diri sendiri
- Juyal – Sahabat Nabi Muhammad SAW
- Juzar – Yang cekap
- Juzer – Berkemampuan
Wah, menarik juga kan senarai nama ini. Banyak juga nama yang berbunyi klasik namun jika diperhatikan maksudnya semua memberi maksud yang indah serta membawa ketenangan di dalam hati. Cubalah Mama pilih dan sebut ulang-ulang nama yang dipilih untuk mengagak kesesuaian untuk digunakan oleh seluruh ahli keluarga.
Untuk bacaan penuh semua artikel mengenai nama bayi boleh klik di sini ya. Selamat memilih, Mama!