Banyak keluarga dalam masyarakat kita yang memilih untuk menamakan ahli keluarga mereka dengan abjad tertentu seperti A, K dan T. Manakala ada juga yang suka menggabungkan beberapa nama yang bermula dengan abjad tertentu juga.
Sebagai contoh, mereka yang berketurunan Nik sesetengahnya memilih untuk menyeragamkan abjad permulaan untuk beberapa perkataan namanya seperti Nik Kamil (NK). Ada yang menyeragamkannya antara adik-beradik sahaja manakala ada juga yang menyeluruh untuk keluarga besarnya sesama sanak saudara.

80 Nama Anak Lelaki Huruf I Berserta Maknanya
Untuk para ibu dan bapa yang sedang mencari nama anak lelaki yang bermula dengan huruf I, senarai nama di bawah ini dapat membantu anda serba sedikit dalam mencari idea untuk menamakan anak lelaki anda.
Nama-nama ini dipetik dari beberapa perkongsian seperti Islamic Bulletin, AlQuranic dan Islamic Foundation Of Ireland.

- ‘Iffat = sifat baik, kesucian
- ‘Imaad = bangunan tinggi
- ‘Imad = tiang, sokongan
- ‘Imam = pemimpin, ketua
- ‘Imran = bapa Maryam, datuk nabi Musa A.S.
- ‘Inayat = perhatian
- ‘Irfaan = kebaikan, pengetahuan
- ‘Isam = berlindung, kebergantungan pada diri sendiri
- ‘Ishrat = keintiman, persahabatan
- ‘Ismat = kesucian
- Ibaad = ahli ibadah
- Ibn = anak lelaki kepada
- Ibrahim = nama nabi Ibrahim A.S.
- Idris = nama nabi Idris A.S.
- Iftikhar = kehormatan, kemuliaan
- Iftikharuddin = kebanggaan iman
- Ihab = kulit
- Ihsaan = kebaikan
- Ihsan = amal jariah, kebajikan
- Ihtiram = kehormatan
- Ihtesham = yang dihormati, yang disegani
- Ihtisham = keagungan
- Ihtsham = kekuatan
- Iinaas = kelembutan
- Ijaz = keajaiban
- Ikhlas = keikhlasan, kejujuran
- Ikram = harga diri, penghormatan
- Ikrimah = nama sahabat Rasulullaah S.A.W.
- Ilan = orang yang baik
- Ilhaam = ilham
- Ilifat = persahabatan, kebaikan, kewajipan
- Ilyas = nama nabi Ilyas A.S.
- Ilyasa = nama nabi Ilyasa A.S.
- Imaan = iman
- Imad = tiang, sokongan, keyakinan
- Imaduddin = tiang agama, tiang iman
- Imamuddin = pemimpin iman
- Imran = nama bapa Maryam
- Imtiaz = keistimewaan, keunikan
- Imtiazuddin = perbezaan iman
- Imtiyaaz = kelebihan
- Imtiyaz = keistimewaan, keunikan
- In’am = hadiah, pemberian
- Inaam = hadiah, ganjaran
- Inayat = kebaikan, pertolongan
- Iniat = keberkatan
- Insaf = untuk menghakimi dengan adil
- Intikhab = pemilihan, pilihan
- Iqbal = kemakmuran, harta
- Iqraam = yang membantu, kehormatan
- Iqtidar = kemampuan, kuasa
- Irfan = penghargaan, kesyukuran
- Irshad = bimbingan, arah
- Isa = nama nabi Isa A.S.
- Isaam = pelindung
- Ishaq = nama nabi Ishaq A.S.
- Israr = rahsia
- Ishfaq = belas kasihan, kebaikan
- Ishrat = masyarakat, percakapan yang akrab dan menyenangkan, kebahagiaan
- Ishtiaq = merindui, menginginkan
- Ishtiyaq = merindui, menginginkan
- Islam = penyerahan
- Iskandar = kata nama pertama Iskandar Zulkarnain
- Ismah = pemeliharaan
- Isma’il = nama nabi Isma’il A.S.
- Ismail = nama nabi Ismail A.S.
- Israail = yang terpilih
- Israr = bertegas, tidak putus asa
- Issar = pengorbanan
- Ithaar = yang tidak mementingkan diri sendiri
- Itimad = kepercayaan
- Iyaad = pemurah
- Iyaas = pampasan
- Iyad = sokongan
- Izaan = kepatuhan
- Izhar = pengisytiharan
- Izyan = bijaksana
- Izz = kemuliaan, kehormatan, tinggi darjat
- Izzuddin = kemuliaan agama
- Izzat = yang tinggi kedudukannya, kehormatan
Pilihan Nama Anak Lelaki Huruf I

Banyak nama nabi-nabi yang bermula dengan huruf I dalam Islam. Menamakan anak lelaki dengan nama nabi tentunya elok kan?
Selain itu, nama-nama lain huruf I juga turut mempunyai makna-makna yang baik dalam Bahasa Arab. Semoga para ibu dan bapa dikurniakan ilham yang terbaik untuk memberikan nama kepada si manja!