KelabMama

Nak Sambut Hari Kemerdekaan Tapi dengan Cara Berjimat?

sambut hari merdeka

Sambutan kemerdekaan tahun ni akan sambut di Putrajaya tau. Biasanya kita akan menyambut hari merdeka di Dataran Merdeka kan? Tahun ni ada perubahan tempat.

Kalau sambut di Putrajaya ni tempat pun luas tau, tak adalah sesak macam tahun lepas time sambut di Dataran Merdeka.

Naik public transport pun boleh je nak ke Dataran Putrajaya ni. Bukan setakat jimat duit tau, jimat masa jugak. Tapi itu yang sambut di Dataran Putrajaya nanti, macam mana dengan yang sambut di rumah?

Jangan risau, Mama Siti akan kongsikan kepada Mama Papa cara sambut merdeka dekat rumah yang menarik dan tak membosankan.

Cara Sambut Kemerdekaan di Rumah

Macam mana nak sambut merdeka di rumah tapi dengan meriah?

1. Hiaskan Rumah dengan Bendera

Cara yang paling senang sekali, kibarkan Jalur Gemilang di halaman rumah untuk menaikkan lagi semangat patriotik.

Bukan kibarkan je malah, nak hias rumah dengan Jalur Gemilang pun boleh. Inilah masanya untuk Mama Papa tunjukkan bakat kreatif dekat anak-anak.

Nanti jiran pun akan turut menghiaskan rumah jugak. Lagi pun bendera tahun lepas punya masih elok, jadi Mama Papa boleh recycle yang tahun lepas punya. Tak perlu membazir beli yang lain.

2. Menonton Filem Bertemakan Kemerdekaan

Kredit Gambar: Asian Film Archive

Memandangkan sambut merdeka di rumah je, mungkin selepas tengok perarakan tak ada di TV tu boleh sambung tengok filem pula.

Filem-filem yang bertemakan kemerdekaan. Sebenarnya ada banyak filem kemerdekaan ni macam Sarjan Hassan, Bukit Kepong dan Leftenan Adnan. Ini antara filem yang famous lah.

Cara ni dapat membuatkan anak-anak akan lebih menghayati erti perjuangan yang sebenar zaman sebelum mencapai kemerdekaan dulu. Sambil tu boleh luang masa dengan anak-anak jugak.

3. Karaoke Lagu-lagu Patriotik

Kredit Video: YouTube Channel ainafendy_

Bagi yang suka karaoke tu, boleh lah ajak anak-anak sekali nyanyi lagu kebangsaan. Ada banyak lagu yang berunsurkan lagu patriotik.

Di samping tu, boleh memupuk semangat patriotik dalam diri anak-anak.

4. Pertandingan Mewarna atau Kolaj

Kredit Gambar: YouTube Channel Malisa Ng

Dah habis tengok acara di TV tu boleh lah Mama Papa buat pertandingan mewarna dengan anak-anak. Confirm mereka pun excited lagi-lagi bab mewarna kan.

Mama Papa sediakan hadiah kepada siapa yang menang. Jadi, anak-anak pun semakin semangat nak mewarna. Mungkin Mama boleh jadi juri untuk pertandingan.

Lagi pun mewarna ni pun boleh melatih motor skill anak-anak juga tau.

5. Kuiz Kemerdekaan

Apa kata Mama Papa buat kuiz sempena kemerdekaan ni. Boleh tambahkan pengetahuan anak-anak. Ala kuiz simple je supaya ana-anak ingat dan tahu tentang kemerdekaan ni.

Contoh kuiz yang Mama Papa boleh buat:

  1. Negara kita merdeka pada tahun berapa?
  2. Bilakah tarikh kita sambut merdeka?
  3. Siapakah bapa kemerdekaan?
  4. Apakah nama bendera Malaysia?
  5. Ada berapa warna dalam bendera?

Kepada yang Melihat Perarakan Hari Kemerdekaan Kebangsaan

Sudah pasti suasana menyambut hari kemerdekaan berbeza tengok di TV dengan face to face kan. Lagi-lagi bila tengok acara perbarisan yang dilakukan oleh badan anggota macam tentera.

Tapi macam mana nak pergi tengok perarakan ni dan cara untuk elakkan tersekat dalam jem nanti?

Tips untuk tengok sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Putrajaya

  1. Mama Papa kena rancang untuk bertolak awal supaya dapat mengelakkan kesesakan dan senang cari tempat duduk.
  2. Mama Siti nasihatkan Mama Papa untuk bawa carrier je, stroller tak perlu sebab sesak dengan ramai orang dan ruang yang terhad.
  3. Mama Papa boleh naik public transport je untuk pergi ke dataran Putrajaya (kena tengok latest update nanti).
  4. Mama jangan lupa bawak makanan ringan, payung, memakai topi, dan juga kipas tangan.
  5. Bawak powerbank untuk caj phone dan kipas nanti.
  6. Sentiasa awasi pergerakan anak-anak untuk elakkan dari hilang.
  7. Pakai bau-bauan yang sesuai dengan cuaca tau.

Macam Mana Nak Naik Public Tansport ke Dataran Putrajaya?

Untuk pergi ke dataran ini, Mama Papa boleh naik public transport dari Purajaya Sentral ke Presint 3 then boleh naik bas atau grab.

Oh ye kalau Mama Papa yang naik KTM sampai di TBS tu boleh exchange naik ERL tau untuk sampai ke Putrajaya Sentral. Alang-alang tu bolehlah Mama Papa nak naik MRT yang baru di Putrajaya.

  1. Pakai pelitup muka sebagai langkah pencegahan.
  2. Top-up kad Touch&Go atau dalam IC.

Mama Papa jangan risau, pada 31 Ogos nanti LRT, MRT, Monorel akan mula beroperasi jam 4.30 pagi tau. Jadi Mama Siti sarankan baik naik public transport je, kalau naik kenderaan sendiri mungkin nak kena parking agak jauh sebab ada jalan yang tutup nanti.

Dapatkan lagi panduan naik pengangkutan awam di Lembah Klang melalui artikel ini. Yang penting, Mama Papa yang rancang nak pergi tu, sentiasa berhati-hati ya. Lihat keadaan sekeliling dan bagi yang bawa anak-anak, pastikan mereka sentiasa dekat dengan anda.

Yang penting, enjoy dan hargai semua yang berjuang untuk negara tercinta!


Ikuti perkembangan yang trendy dan terkini di SINI.