KelabMama

Nak Rambut Cepat Panjang, Kena Potong Rambut

rambut panjang

Rambut adalah mahkota wanita, lagi panjang rambut wanita itu, bertambah ayu dan femininnya seseorang wanita itu.  Rambut yang bersih, wangi, cantik berkilat dan beralun lembut menjadi idaman setiap wanita. Sebab tu kadangkala ada wanita yang takut untuk memotong rambut pendek kerana bimbang rambut akan lambat tumbuh. Ikuti petua ini ya, jika mahu rambut cepat panjang semula.

Mungkin anda rasa pelik tetapi betul, jika potong sedikit saja rambut anda akan cepat panjang. Buang yang hujung iaitu rambut bercabang untuk bagi pertumbuhan rambut lebih subur. Lebih elok potong rambut yang hujung enam minggu sekali. 

Jangan pakai air panas atau hangat. Air panas akan membuat rambut anda menjadi lembap, kering, dan cepat putus.

Banyak sangat alat yang diguna untuk kesan rambut cantik tetapi perlu lebih berhati-hati kerana kesan produk dan alat yang diguna boleh buat rambut terlalu kering dan cepat rosak. Seeloknya guna blow-dryer dan kurangkan pemakaian produk rambut yang mengandungi bahan kimia. Blow-dryer dapat membantu rambut anda kering lebih cepat. Namun jangan lupa memakai blow-dry lotion sebelum mengeringkan rambut anda untuk melindunginya dari udara panas secara terus.

Setiap kali selepas keringkan rambut dengan tuala, jangan bungkus rambut anda dengan tuala pula. Ini boleh buat rambut cepat patah dan rosak. 

Kotoran, minyak dan sel kulit mati pada kulit kepala anda sebenarnya melambatkan pertumbuhan rambut. Kalau mahu rambut lebih sihat, anda kena rajin cuci dan sesekali urut kulit kepala untuk rangsang akar rambut cepat tumbuh rambut. Tetapi jangan buat dengan kuku ya, guna jari jemari secara perlahan-lahan.

Sumber: Internet