Mama-mama yang dah bersalin, apa khabar? Okay tak masa pantang tu? Harap semua ok lah ya. Jangan pula ada yang merungut bila berpantang ni. Berpantang ni pun demi kebaikan tubuh badan kita juga. Badan kan nak pakai lama. Kalau kita berpantang betul-betul insyaAllah bila dah berusia nanti badan kita takkan cepat sakit-sakit.
Bila dah bersalin, biasalah ya kita kena berpantang ni. Tapi, tau tak yang berpantang ni kita boleh buat sendiri sebenarnya. Tak payah susah-susah nak suruh mak kita atau mak mertua buatkan. Kita boleh buat sendiri. Ditambah pula, ada banyak set berpantang di pasaran yang lengkap dan memudahkan kita untuk berpantang sendiri. Tapi buat sendiri pun, papa-papa mesti tolong ya. Jangan lepas tangan je walaupun ni kerja orang perempuan.
Jadi, dekat sini Mama Siti akan listkan amalan berpantang yang mama-mama boleh amalkan.
Pantang: Perlu atau Tidak?
Seperti yang kita tahu, setiap ibu bersalin mesti mengamalkan pantang ni. Tapi, perlu atau tidak amalan berpantang ni?Menurut Dr Imelda, Pakar Sakit Puan yang berpantang ni tidak wajib dilakukan. Yang penting, mama-mama ni kena dapat sokongan emosi yang secukupnya daripada keluarga supaya mama-mama dapat beri perhatian yang cukup kepada bayi yang baru lahir.
Sampai sekarang, belum ada lagi kajian yang mengatakan yang berpantang secara tradisional ni boleh mengelakkan meroyan selepas bersalin. Jadi, kalau ada mama-mama yang tak nak berpantang ni, tolong jangan paksa mereka ya.
Cara Berpantang Yang Mama Boleh Amalkan
- Memakai Bengkung
Bengkung ni mama-mama boleh pakai untuk dapatkan size pinggang macam kerengga ya tapi boleh juga untuk mengurangkan pergerakan supaya dapat bantu penyembuhan luka pada faraj. Macam-macam lah bengkung yang mama-mama boleh pilih, yang penting mesti selesa masa pakai bengkung ni.
- Bertungku
Bertungku ni bertujuan nak keluarkan angin dalam badan, kecutkan rahim dan lembutkan urat yang tegang. Mama-mama boleh buat sendiri dengan lembut dan elakkan tekan dekat rahim kita ya.
- Minum Jamu dan Ubat Periuk
Jangan ambil mudah ya pengambilan jamu ni. Mestilah 100% natural dan tiada campuran bahan kimia. Dia bagus nak panaskan badan kita dan mengembalikan tenaga selepas bersalin. Selain tu, dapat keluarkan lemak, toksik dan mudahkan proses pembuangan air besar.
- Berurut
Berurut ni dilakukan untuk keluarkan angin dalam badan, pulihkan sakit otot, sendi serta saraf di pinggang, tumit dan lutut dan mudahkan pengaliran darah dalam badan. Bukan tu je, berurut ni boleh tenangkan diri mama-mama ya.
- Makan Banyak Sayur dan Buah
Jangan skip ok bila part makan sayur dan buah ni. Sayur-sayuran ni merupakan sumber vitamin, mineral dan anti-oksidan yang membantu untuk pemulihan dalam badan. Mama-mama boleh makan ulam-ulaman seperti ulam raja, pegaga, petai, dan pucuk mengkudu. Banyak khasiat dia tau bila kita makan sayur-sayuran ni.
- Makan Sup Ikan Haruan
Mama-mama boleh makan sup ikan haruan ni sebab ikan haruan ni boleh sembuhkan luka dalaman dan luaran ya. Sup ikan haruan ni bagus tau lagi-lagi untuk sembuhkan luka disebabkan bersalin ni.
Jadi, Mama Siti harap dengan penerangan ni dapat tolong mama-mama masa berpantang ni ya. Yang penting mama-mama mesti sentiasa hydrate, makan makanan yang sihat dan cukup rehat. Baru tubuh badan sihat dan mama boleh fokus pada baby. Papa-papa, jaga mama dan bayi baik-baik ya. Enjoy the moment sebab bila dah habis pantang, kita akan rindu suasana ni. Percayalah cakap Mama Siti ni.
Baca Juga: Idea Menu Harian Ketika Berpantang
Pesan Mama Siti
Mama-mama kalau nak berpantang boleh juga cari orang nak jaga masa mama-mama tengah pantang ni. Pastikan mama ambil pakej yang berpatutan ye dan kalau boleh cari orang yang ada pengalaman ye. Kalau nak buat sendiri pun boleh juga, tapi make sure mama-mama dah buat researh ye. Jangan memandai-mandai buat sendiri.