KelabMama

Anak-anak, Ini Sebab Awak Harus Sentiasa Muliakan Mak Ayah

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah kekal sepanjang masa. Ini perumpamaan yang sering didengar dalam kehidupan berkeluarga. Ia sememangnya bertepatan kerana kasih sayang ibu bapa begitu tulus untuk anak-anak mereka yang mana pastinya ia tak akan pernah dapat diganti dengan sesiapa pun.

Mak Ayah, Kunci Ke Syurga

Jika dilihat, dalam apa jua pegangan agama sekalipun, semuanya menekankan nilai murni agar anak-anak sentiasa menghormati mak ayah. Sekali gus membuktikan bahawa darjat mereka bukan suatu yang boleh dipandang ringan.

Malah, setinggi mana pun pangkat dan pendidikan si anak di dunia ini, haruslah mereka sedar bahawa kedudukan orang tua mereka itu tetap lebih tinggi di sisi seorang anak.

Bahagiakan mereka dan dapatkan redanya kerana ia sama penting untuk melancarkan urusan kita di akhirat.

Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda, “Keredhaan Rabb itu tergantung kepada keredhaan ibu bapa, kemurkaan Allah tergantung kepada kemurkaan ibu bapa.” (Hadis Riwayat Tabrani

Percayalah anak-anak, sekiranya ibu bapa reda dengan kita, pasti segala perkara dirasakan mudah selain memiliki jiwa dan hati yang tenang.

Rezeki dan Hidup Lebih Diberkati

Mama Siti berasa terpanggil untuk kongsi satu kisah benar yang mungkin boleh dijadikan sebagai sumber untuk kita sebagai anak-anak terus berbakti kepada kedua ibu bapa. Ceritanya ringan namun penuh makna.

Ia berlaku pada rakan Mama Siti dimana beliau tidak mempunyai peluang untuk bekerja atau menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi kerana komitmen membantu ibunya di kampung menjaga ayah yang sakit terlantar.

Ketika berada di semester akhir diploma, ayahnya kemalangan dan cedera parah di kepala sehingga disahkan bed ridden kekal. Memandangkan dia yang bongsu dan kakaknya semua telah berkahwin, dia sahaja harapan untuk menguruskan si ayah sepenuhnya. Adik-beradik mereka semua perempun termasuk rakan Mama Siti.

Setelah setahun di rumah, rakan Mama Siti mulai boring selain jealous tengok rakan-rakannya mulai ada life. Yelah, ada yang dah berkahwin, ada yang nak habis study degree dan ada yang kerja pun dah dapat status confirmed.

Rakan Mama Siti pula rasa dia masih di takuk lama. Tiada apa yang dibanggakan dengan hidupnya, hanya duduk di kampung menjaga ayah yang sakit.

Duit bulanan ada terima daripada kakak-kakaknya, tapi tak semewah orang bekerja – hanya cukup untuk bayar internet telefon dan sedikit keperluan lain yang dia perlu.

Jiwa remajanya memberontak jadi dia minta izin pada keluarga untuk berhijrah kerja di Kuala Lumpur. Pada awal memang semua menentang, tapi lepas kasihankan si bongsu sebab rasa kehidupannya terkongkong, family pun izinkan.

Tapi rezeki dia tidak begitu lancar sebab mohon kerja di semua tempat tak ada yang respond. Even di kampungnya sendiri pun tak ada company panggil interview.

Walhal rakan Mama Siti ni apply macam-macam job termasuk bahagian pengkeranian yang hanya memerlukan kelulusan SPM. Mohon study degree pun senyap juga.

Dalam masa menunggu tu, dia teruskan juga berbakti pada si ayah sehinggalah tiga tahun menjaga, ayahnya meninggal dunia.

Namun, sebaik si ayah pergi menghadap Ilahi, tak sempat dia nak kumpul sijil dan dokumen untuk mohon kerja proper, company yang pernah dia applied sebelum ini call.

Bukan satu atau dua, lebih lima company offer kerja. Almost everyday ada yang call untuk minta dia attend interview yang mostly di Kuala Lumpur dengan gaji agak lumayan walaupun ketika itu dia hanyalah diploma holder.

Selepas sebulan mulai kerja, rakan Mama Siti dapat lagi offer study part time pula di univeriti awam untuk peringkat degree dalam course yng memang dia minat. So that means, dia boleh kerja dan dalam masa sama capai cita-cita nak genggam ijazah.

Masa tu, ramai rakan-rakan impress dengan life dia yang dirasakan almost perfect. Kerja dapat, buat degree pun dapat. Tak perlu pening fikir nak pilih salah satu. Dia share dekat Mama Siti yang dia rasa mungkin ini semua berkat menjaga arwah bapanya.

Ya, kadang-kala kita tak perasan hidup kita smooth dan murah rezeki. Mungkin disebaliknya ada kudrat seseorang yang sentiasa bangun malam menadah tangan untuk anak-anaknya.

Ada masa hidup kita serabut, buat ini tak kena, buat itu tak jadi, mungkin ada hati wanita dan lelaki tua yang telah kita guriskan tanpa sengaja.

Jika gembirakan mereka di dunia pun dah boleh rasa keberkatan itu, apatah lagi untuk urusan di akhirat yang pastinya menjadi salah satu kunci kita ke syurga.

Anak-anak, tak kiralah dewasa mana pun kita, sehebat mana pun kita, selagi ada mak ayah, jangan pernah kita lupa untuk terus berbakti dan menggembirakan mereka.

Kerana apabila Allah telah ambil mereka di dunia, ketahuilah bahawa ketika itu kita sudah kehilangan salah satu doa mustajab

Cara Untuk Muliakan Mak Ayah

Pengorbanan yang dilakukan serta kepayahan yang ditanggung bermula daripada mengandung, melahirkan sehinggalah membesarkan anak-anak seperti firman Allah di dalam surah Luqman ayat 14 yang bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”

Tuntutan agar memuliakan ibu bapa telah sedia dinyatakan dalam Al-Quran. Dan sebagai anak, terdapat banyak kaedah boleh diamalkan dalam misi mencapai reda ibu bapa:

  1. Menjaga hati mereka dalam setiap tutur bicara dan perilaku agar tidak menyinggung hati mereka.
  2. Sentiasa mendoakan kedua ibu bapa sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia. Sesungguhnya doa anak soleh itu tiada hijabnya buat kedua orang tua mereka.
  3. Menjaga kebajikan ibu bapa seperti memenuhi keperluan mereka atau menguruskan mereka sewaktu sakit.
  4. Buat ibu bapa rasa gembira dan dihargai seperti memberikan kejutan istimewa.
  5. Menyayangi ibu bapa dengan seikhlas hati.
  6. Membuat perkara yang disukai kedua ibu bapa.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!


Bahagiakan mak ayah kita dengan pelbagai tips berguna di SINI.