Bulan Ramadan bukanlah bulan yang asing lagi bagi kita umat Islam. Malah bulan Ramadan ni lah bulan yang paling dinanti-nantikan. Bukan kerana bazaar dan sebagainya – hehehe, namun kerana keberkatan dan kemuliaan bulan itu sendiri. Bulan dimana mujarabnya doa, tambah-tambah lagi kalau berdoa masa sebelum berbuka puasa.
Mama Siti yakin ramai yang dah tahu atau pun pernah dengar hadis ni. Kita sangat digalakkan untuk berdoa kerana mujarabnya doa sebelum berbuka ni. Sambil-sambil merenung juadah dekat meja makan tu, haa dalam hati tu panjatkan lah doa-doa yang mama papa suka.
Mujarabnya doa sebelum berbuka ni telah dibuktikan dengan banyak hadis-hadis. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pun menyokong yang doa orang berpuasa ni mustajab. Ini beberapa potongan hadis yang menyokong perkara ini; untuk rujukan Mama Papa.
#1 Daripada Abdullah bin ‘Amr RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda:
إِنَّ لِلصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً مَا تُرَدُّ
Maksudnya: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka mempunyai doa yang tidak akan ditolak”.
[Riwayat Ibn Majah (1753)][Syeikh Syuaib al-Arna’outh mengatakan sanad hadith ini adalah hasan]
#2 Daripada Abu Hurairah RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda:
ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ: الْإِمَامُ الْعَادِلُ، وَالصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ
Maksudnya: “Tiga golongan doa mereka tidak akan ditolak: Imam yang adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan doa orang yang dizalimi”.
[Riwayat Ibn Majah (1752)][Syeikh Syuaib al-Arna’outh mengatakan hadith ini adalah hasan]
#3 Daripada Abdullah bin ‘Amr RA berkata bahawa beliau mendengar Nabi SAW bersabda:
لِلصَّائِمِ عِنْدَ إِفْطَارِهِ دَعْوَةٌ مُسْتَجَابَةٌ
Maksudnya: “Bagi orang yang berpuasa ketika dia berbuka doa yang mustajab”.
[Lihat: Musnad Abi Daud al-Thoyalisi (2376)]
Tiga hadis dah cukup membuktikan bahawa doa-doa insyaAllah akan diangkat, dimakbulkan oleh Allah SWT.
Tapi Mama Papa tertanya-tanya, ‘nak doa apa ya?’. Doa apa-apa pun boleh, untuk kesihatan diri ke, untuk keselamatan keluarga ke. Tapi sini Mama Siti nak kongsikan 29 doa yang kita boleh amalkan sama-sama – mudah dan ringkas je.
29 Doa Sebelum Berbuka Yang Mudah Untuk Diamalkan
Doa-doa ini dikongsikan oleh Dewan Muslimat PAS Malaysia. Jom kita tengok!
Haa, banyakkan pilihan sampai rambang mata, tak tahu nak pilih doa mana. Semoga semua bermanfaat dengan posting kali ini. Jangan lupa share dengan keluarga dan kawan-kawan tau; benda baik kena kongsi. Selamat beramal!
Sumber: Dewan Muslimat PAS Malaysia
BACA LAGI SOLAT SUNAT TARAWIH DI RUMAH KETIKA PKP
Pesan Mama Siti
Mungkin ada mama papa yang kata ‘aduh susah sikitlah nak hafal doa bahasa Arab’, takpe, jangan lah runsing sangat. Islam itu agama yang mudah. Doa lah dalam bahasa yang mama papa rasa mudah. Kerana Dia Maha Mengetahui. Semoga doa kita dimakbulkan oleh-Nya. Aamiin.