KelabMama

Mufti Jawab Hukum Bersihkan Najis Bayi Pakai Baby Wipes

Mufti Jawab Hukum Bersihkan Najis Bayi Pakai Baby Wipes

Baby wipes memang jadi pilihan ibu-ibu di luar sana especially bila nak cepat and tak ada air. Kita selalu fikir bahawa baby wipes ni mengandungi antiseptik, jadi ia boleh bersihkan benda kotor seperti najis bayi. Kebanyakan baby wipes ni, wangi pula tu, boleh hilangkan bau-bau yang tak enak tu. Tapi kalau menurut Islam, boleh ke kita bersihkan najis anak-anak kita dengan baby wipes saja?

Soalan

Assalamualaikum Dato saya ingn bertanya, adakah cukup diangap bersih jika saya membersihkan najis anak saya sekadar mengunakan baby wipes sahaja. terima kasih

Jawapan

Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, kaum kerabat, para sahabat baginda, serta golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Islam sangat mengambil berat dalam hal bersuci dah kebersihan. Bersuci juga merupakan sebahagian daripada iman sepertimana hadis daripada Abu Malik al-Asy’ari RA sabda Nabi SAW:

الطُّهُورُ شَطْرُ الإِيمَانِ

Maksudnya: “Bersuci itu adalah antara ciri-ciri keimanan.”

Riwayat Muslim (223)

Pembahagian Najis

3 jenis najis yang mama perlu tahu!

Najis terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu najis Mukhaffafah (ringan), Najis Mutawassithoh (sederhana) dan Najis Mughallazoh (berat).

(Lihat: al-Fiqh al-Manhaji 1/40-41)

Kaedah Menyucikan Najis Bayi

Menurut Dato’ Seri Dr. Mohamad Zulkifli Al-Bakri, boleh bersihkan najis bayi dengan baby wipes, tetapi ia tak mensucikannya.

Di dalam hal ini ulama menggariskan beberapa panduan untuk menghilangkan najis serta menyucikannya. Berkenaan najis bayi selain daripada najis Mukhaffafah (air kencing bayi lelaki yang hanya minum susu ibunya sahaja dan berumur tidak lebih daripada dua tahun) ianya dikategorikan sebagai najis Mutawassithoh.

Oleh itu, cara penyuciannya berlainan dengan di antara satu sama lain. Ini seperti yang dinyatakan Habib Hasan bin Ahmad al-Kaf di dalam kitabnya:

(Lihat: al-Taqrirat al-Sadidah, 135)

Sekiranya kuantiti air sedikit maka ia hendaklah dilalukan ke atas najis. Ini seperti yang dijelaskan oleh Syeikh Ibrahim al-Baijuri di dalam hasyiahnya:

Disyarat untuk menyucikan najis hendaklah melalukan (meletakkan) air ke atas najis, dan bukanlah meletakkan najis ke atas air”.

(Lihat: Hasyiah Syeikh Ibrahim Baijuri, 1/199)

Begitu juga yang dinyatakan oleh Dr. Wahbah Zuhaili di dalam kitabnya:

Air kencing bayi yang Mutawassithoh mestilah membasuh tempat yang terkena najis dengan menyiramkan air kepadanya”.

(Lihat: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 1/311)

Mengikut pendapat Imam Syafii’ disyaratkan untuk mengalirkan air iaitu mengalirkan air pada tempat yang bernajis”.

(Lihat: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 1/337)

Habib Hasan bin Ahmad al-Kaf menyatakan:

Cara menghilangkannya (jisim najis) dengan mengalirkan air kepadanya

(Lihat: al-Taqrirat al-Sadidah, 135)

Syarat Air untuk Bersuci

7 air yang dibolehkan untuk bersuci.

Air yang diperlukan untuk menyucikan najis merupakan air yang suci dan boleh menyucikan. Dan ia merupakan air Mutlak, Syeikh Ibrahim al-Baijuri di dalam kitabnya menyatakan:

Air yang suci pada dirinya dan dapat menyucikan yang lain serta tidak makruh penggunaannya

(Lihat: Hasyiah Syeikh Ibrahim Baijuri, 1/57)

Di dalam al-Fiqh al-Manhaji menyatakan takrif air mutlak adalah:

Iaitu air yang kekal sifat asal kejadiannya yang telah dijadikan oleh Allah SWT. Dan tidak terkeluar dari sifat air mutlak sekiranya ia berubah disebabkan lama terbiar, disebabkan tanah atau lumut kerana disebabkan lamanya bertakung”.

(Lihat: al-Fiqh al-Manhaji, 1/31)

Selain itu, berkenaan dengan sifat air Musta’mal dan air Mutaghayyir (iaitu air mutlak yang berubah kerana faktor bercampur sesuatu seperti air mawar dan sabun) ia tidak dapat menyucikan najis. Ini seperti yang dinyatakan Syeikh Ibrahim al-Baijuri:

Air Musta’mal dan Mutaghayyir merupakan air yang suci tetapi tidak dapat menyucikan

(Lihat: Hasyiah Syeikh Ibrahim al-Baijuri, 1/61)

Habib Hasan bin Ahmad al-Kaf menyatakan:

Air yang suci dan tidak menyucikan iaitu air Musta’mal

(Lihat: al-Taqrirat al-Sadidah,59)

Bersuci Menggunakan Selain Air

Sekiranya tiada bekalan air, mama boleh menggunakan alatan kesat untuk bersuci sebagai contoh, batu, kayu, kertas dan tisu.

Sekiranya kekurangan air atau ketiadaan air mutlak, dibolehkan mengguna semua pepejal yang kesat seperti batu, tisu kering, daun dan seumpamanya. Di antara syarat-syarat penggunakan alat selain air yang boleh bersuci ialah:

Antara bahan-bahan kesat dan kering yang boleh menggantikan air bagi istinjak ialah tisu tandas. Ini memandangkan tisu tandas itu mampu untuk menghilangkan najis dan membersihkan anggota badan. Walaubagaimanapun, jika sekiranya mampu untuk dia mendapatkan air bagi beristinjak, maka hendaklah dia melakukan demikian. Begitu jika sekiranya dia mampu untuk menghimpun kedua-duanya, iaitu dengan menghilangkan najis terlebih dahulu dengan benda kesat dan disudahi dengan membasuh dengan air, maka itu lebih afdhal. (Lihat: Kasyifat al-Saja, 266)

Selain itu, apabila melakukan penyucian, hendaklah keadaan najis yang keluar itu tidak menjadi kering, tidak mengalir keluar daripada kawasan punggung atau kepala zakar atau tempat kencing bagi perempuan. Begitu juga najis itu tidak terkena pada tempat lain ketika ia keluar. (Lihat: al-Fiqh al-Manhaji, 1/45-46)

Wipes Hanya Elak Kotor, Bukan Mensucikan

Berdasarkan kepada dalil dan pendapat fuqaha’ yang diberikan di atas, dapat disimpulkan bahawa syarat untuk menyucikan najis Mutawassithoh mestilah:

Baby wipes merupakan tisu basah mengandungi air sabun atau pewangi yang bertujuan untuk menghilangkan kekotoran. Oleh itu, berpandukan kepada syarat yang di tetapkan syarak, ia hanya dapat menghilangkan kotoran najis, tetapi tidak menyucikan tempat yang terkena najis.

Namun begitu, dibolehkan untuk menggunakan baby wipes untuk menghilangkan kotoran, kemudian diwajibkan untuk membasuhnya semula dengan menggunakan air mutlak bagi menyucikan najis yang terdapat pada bayi tersebut.

Sebagai contoh sekiranya seseorang itu melakukan tawaf sambil mendukung bayi yang dibersihkan menggunakan baby wipes, maka tidak sah tawafnya kerana bayi masih tidak suci daripada najis dengan sempurna dan ia dikira sebagai menanggung najis. Oleh itu, sebaiknya menghilangkan ain najis dengan menggunakan baby wipes, kemudian membasuhnya dengan sedikit air mutlak yang mengalir bagi menghilangkan najis secara hukmi. Dan mengeringkannya dengan menggunakan tisu atau kain bersih.

Selain itu, sekiranya kekurangan air, bolehlah bersuci menggunakan tisu kering namun mesti memastikan beberapa perkara:

Dan sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat di atas maka wajib ke atasnya bersuci menggunakan air mutlak.

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

BACA JUGA BETULKAH BABY WIPES MEMUDARATKAN BAYI

Pesan Mama Siti:

Kalau mama nak cepat, boleh saja guna baby wipes untuk bersihkan najis bayi. Yelah kadang-kadang kita pun banyak kerja sampai tak sempat nak perhatikan anak kita. Tapi lepas tu basuhla semula dengan air bersih. Bila anak kita bersih, kita pun senang hati sebab dia rasa selesa ye tak? Jangan terlalu bergantung sangat dengan wipes okay, mama?