KelabMama

8 Jenis Jubin Mozek Bilik Air dan Tips Pilih Mozek Berkualiti

Mozek merupakan kemasan lantai dan dinding yang selalu dipasang dalam bilik air. Kepelbagaian saiz, warna dan teksturnya memainkan peranan besar terhadap tema bilik air. 

Ada lima tips yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih jenis mozek dan memulakan proses pemasangan. Kemudian, barulah kita boleh mempunyai pemilihan daripada lapan jenis mozek yang Mama Siti kongsikan ini. 

5 Tips Memilih Mozek Bilik Air

Kredit gambar: Bob Vila

#1 Tentukan Gaya dan Tema

Gaya bilik air pilihan Mama menentukan jenis mozek yang akan dipasang. Sekaligus, mengambil kira soal kos mozek dan kos pemasangan. 

#2 Tentukan Saiz Mozek

Saiz standard mozek bilik air yang popular di Malaysia ialah 80cm x 80cm. Namun begitu saiznya boleh berubah dan berbeza mengikut jenis mozek.   

#3 Elak Bilik Air Serabut

Kredit gambar: The Tile Shop

Satu warna dah biasa? Mama nak gabungkan beberapa jenis dan warna pun tak ada masalah asalkan tak lebih dari tiga ciri-ciri berbeza.

#4 Saiz Bilik Mandi

Menggunakan saiz jubin besar dalam bilik air kecil seperti bilik air rumah flat boleh jadi kelebihan dan kekurangan bergantung pada cara pemasangannya. Sebaiknya merujuk kepada orang yang lebih berpengalaman lebih baik. 

#5 Penyelenggaraan

Kredit gambar: Pro Remodeler

Faktor kebersihan dan pemasangan mungkin kurang diberi perhatian ketika memilih mozek bilik air. 

Penting untuk kita tahu sama ada jenis mozek itu mempunyai ketahanan terhadap alat pencuci dan juga untuk memastikan cara pemasangan yang mudah.

8 Jenis Mozek Bilik Air

#1 Mozek Slate

Kredit gambar: Backsplash.com

Berbeza dengan mozek biasa, ianya diperbuat daripada batu semulajadi dan dipotong petak-petak seperti mozek. 

Bahan-bahan yang terdapat dalam mozek slate ialah terdiri daripada kuarza, serisit dan mineral kumpulan klorit.

Kelebihan

Kekurangan:

#2 Mozek Kaca

Kredit gambar: ArchiExpo

Kebiasaannya mozek kaca dipasangkan di dinding bilik air. Saiz mozek kaca yang lebih kecil lebih menonjolkan kilauan berbanding saiz mozek yang besar. 

Barulah boleh perasan macam Dato Siti Nurhaliza buat persembahan ketika di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke- 20.  

Kelebihan:

Kekurangan:

#3 Mozek Marmar

Kredit gambar: RAK Ceramics

Mozek bilik air yang seterusnya sering menjadi pilihan tuan rumah. Faktor pertama adalah kerana ia mudah dipadankan dengan pelbagai jenis kabinet dan aksesori bilik air. 

Selain itu, coraknya yang tak seragam pun memainkan peranan dalam meningkatkan nilai sofistikated bilik air rumah Mama. 

Kelebihan:

Kekurangan:

#4 Mozek Bercorak

Kredit gambar: Houzz

Jika kebanyakan rumah memilih corak diletakkan di dinding, apa kata kali ini Mama buat kelainan dengan memasang mozek bercorak di bahagian lantai bilik air. 

Bilik air boleh nampak lebih moden atau klasik dengan mozek bercorak bergantung kepda reka bentuk coraknya. 

Kelebihan:

Keburukan:

#5 Jubin Batu Kapur (Limestone)

Kredit gambar: Pinterest

Kepelbagaian reka bentuk dan warna menjadikannya pilihan ramai orang yang ingin menggunakan bahan mineral semula jadi dalam bilik air rumah mereka.  

Mozek jenis limestone mempunyai tarikannya tersendiri terutama dari segi visual yang mempamerkan warna ‘warmth‘ dalam bilik air. 

Kelebihan:

Kekurangan:

#6 Mozek Porselin

Kredit gambar: Bob Vila

Dari segi kualiti, mozek jenis porselin mempunyai standard yang hampir sama dengan mozek seramik. 

Tambahan pula, ianya merupakan antara jenis mozek yang sangat disarankan dipasangkan dalam bilik air kerana kurang berliang dan mempunyai rintangan air yang lebih baik. 

Kelebihan:

Kekurangan:

#7 Mozek Terracotta 

Kredit gambar: Houzz

Terracotta bermaksud tanah yang dibakar. Lebih tepat lagi, ianya diperbuat daripada  tanah liat merah dan dibakar sehingga menampakkan warna kejinggaan di permukaannya. 

Kesan penggunaan mozek jenis ini menyerlahkan nilai estetik bak rumah-rumah desa di Mediterranean. 

Kelebihan:

Kekurangan:

#8 Mozek Seramik

Kredit gambar: Hatcher’s Floors

Mozek ini hadir dalam pelbagai warna dan corak sesuai untuk gaya bilik air pilihan Mama. Ianya ialah jenis mozek popular bagi pemasangan dalam bilik air.

Uniknya lagi, ia memberikan kesan suhu sejuk ketika musim pada yang kian melanda negara Malaysia. 

Kelebihan:

Kekurangan:

Kredit gambar: MyDomaine

Ternyata ada kriteria yang perlu diambil kira sebelum memilih dan memasang mozek dalam bilik air. Rupanya bukan semua mozek sesuai dipasangkan di lantai atau di dinding kerana bimbang akan menyebabkan tergelincir. 

Mama Siti harap perkongsian kali ini membantu Mama menghidupkan suasana nyaman di bilik air. Aplikasikan beberapa tips diatas sebagai idea ubah suai bilik air


Cantikkan rumah Mama dengan pelbagai idea dekorasi dalam dan luar rumah di SINI.