Antara perkara yang paling mendapat tempat seiring dengan perkembangan teknologi hari ini adalah perkhidmatan beli-belah dalam talian. Pengguna hari ini dilihat begitu bijak dalam menilai serta membandingkan harga dan tawaran ke atas sesuatu produk bagi mendapatkan nilai yang lebih berbaloi atas setiap perbelanjaan.
Kesibukan ibu bapa hari ini dalam menguruskan hal-hal di pejabat dan di rumah menjadikan beli-belah dalam talian antara pilihan yang selamat, cepat dan bijak. Kini segala keperluan bayi seawal usia baru dilahirkan sehingga kelengkapan persekolahan boleh dibeli dengan menggunakan telefon pintar atau atas talian sahaja. Ini sudah tentunya menjimatkan masa, malah ibu bapa juga tidak perlu lagi pening melayan kerenah anak yang ada kalanya tidak memberi kerjasama ketika membeli-belah. Memang tidak dapat dinafikan, menjadi seorang ibu sememangnya susah. Anda perlu menjaga si manja anda dengan baik dan pada masa yang sama anda perlu mengekalkan prestasi anda di tempat kerja dan juga kehidupan sosial anda. Pendek kata, tugasan ibu memang mencabar dan memenatkan.
Jangan risau, Motherhood.com.my dapat membantu anda untuk memastikan perjalanan anda sebagai seorang ibu lebih lancar dan mudah.
APA ITU MOTHERHOOD.COM.MY?
Menjadi seorang ibu adalah perkara yang menakutkan tetapi dalam masa yang sama amat mengujakan. Perjalanan sebagai seorang ibu memang memenatkan, tetapi ia juga merupakan saat yang mengembirakan. Tidak dinafikan, menjadi seorang ibu merupakan pengalaman yang mengubah kehidupan. Segala keputusan dan tindakan yang dibuat semata-mata hanya kerana si manja anda. Anda perlu sentiasa mencabar diri untuk berhadapan dengan pelbagai situasi yang tidak diketahui dan tidak dijangka.
Seorang ibu perlu bangun seawal 4 pagi untuk menyusu anak, menukar lampin di tempat yang tak dijangka, menenangkan anak apabila mengamuk di tempat awam, dan menguruskan kehidupan profesional dengan jadual waktu yang begitu padat.
Jangan risau, segala penat lelah anda pasti terbalas apabila melihat si manja membesar dengan baik. Untuk menjadikan kehidupan ibu bapa lebih mudah dan menyeronokkan, maka wujudlah portal membeli-belah atas talian barangan bayi nombor 1 di Malaysia iaitu Motherhood.com.my
APAKAH FUNGSI MOTHERHOOD.COM.MY?
Motherhood.com.my ditubuhkan pada tahun 2014 khususnya untuk ibu bapa. Motherhood.com.my membolehkan ibu bapa membeli produk ibu dan bayi dengan mudah. Matlamat utama Motherhood.com.my adalah untuk membantu ibu bapa terutamanya para ibu pada setiap peringkat. Rangkaian produk yang dijual di Motherhood.com.my terdiri daripada jenama yang dipercayai dan berkualiti seperti Nestle, Fiffy, Philips Avent atau Pigeon, dan juga produk OEM yang berkualiti dan berpatutan untuk golongan sederhana. Secara keseluruhan, Motherhood.com.my menawarkan lebih 500 jenama di 90 jenis kategori yang berlainan, dari susu formula, mainan, lampin atau pam susu. Ibu boleh dapatkan segala keperluan ini dengan mudah untuk si manja mereka.
PROMOSI & INFO
Membesarkan anak memerlukan modal yang tinggi, tetapi di Motherhood.com.my mereka akan sentiasa memberikan anda pelbagai promosi menarik dan potongan harga yang menjimatkan disamping program untuk menjadi ahli Motherhood.com.my secara PERCUMA. Ibu bapa juga boleh menyertai banyak peraduan menarik yang disediakan di media sosial Motherhood.com.my untuk peluang memenangi pelbagai hadiah istimewa. Selain itu, terdapat banyak maklumat, info, perkongsian blog dan video yang boleh anda perolehi, sekaligus membantu segala permasalahan yang membelengu ibu bapa sebaik sahaja mengakses laman web Motherhood.com.my.
Anda juga boleh mengetahui pengalaman beberapa selebriti terkenal mengenai kehidupan mereka sebagai seorang ibu membesarkan anak melalui sesi temubual yang telah diadakan. Antara selebriti tersebut adalah Amber Chia, Belinda Chee, Azura Zainal dan ramai lagi.
Jadi, tunggu apa lagi, layari Motherhood.com.my segala permasalahan anda boleh selesai!