KelabMama

MonkeyPox: Apa yang Mama Papa Perlu Tahu Tentang Wabak Yang Mengejutkan Seluruh Dunia Ini

Kredit gambar: Marca & STAT News

Baru beberapa minggu kita dapat bertenang sedikit daripada pandemik COVID-19, tiba-tiba dunia dikejutkan pula dengan wabak Monkeypox atau cacar monyet. Wabak ini bermula dan semakin berleluasa di Eropah baru-baru ini dan kita turut dinasihati untuk berjaga-jaga dan berwaspada, terutamanya jika Mama atau rakan-rakan merancang untuk bercuti di negara yang telah wujud wabak ini.

Tiada siapa yang tahu penyebaran Monkeypox tetapi dia adalah wabak seperti Chickenpox. Adakah Mama tahu tentang Monkeypox? Jika Mama belum ‘familiar’ dengan Monkeypox, berikut merupakan informasi terkini yang Mama perlu tahu.

Monkeypox Berasal Dari Mana?

Dilaporkan Monkeypox pertama kali dikesan di beberapa negara di Afrika pada tahun 1970 lagi. Menurut World Health Organization (WHO) ia juga dikesan pada tahun 2018 hingga 2022. Kini pada tahun 2022, kenaikan wabak ini semakin berleluasa di negara-negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia. Dan yang terbaru, United Arab Emirates (UAE) juga telah merekodkan satu kes Monkeypox.

Tanda dan Gejala Monkeypox Yang Perlu Diberi Perhatian

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), gejala dapat dilihat daripada 6 hingga 13 hari tetapi boleh berpanjangan hingga 21 hari. Tanda-tandanya adalah seperti:

Kredit gambar: Kementerian Kesihatan Malaysia

Untuk maklumat lanjut, tempoh inkubasi penyakit Monkeypox dilaporkan antara 5 hingga 21 hari. Apabila anda dijangkiti, untuk 5 hari pertama, pesakit akan diserang demam, pening kepala, berasa lemah dan lesu serta bengkak pada kelenjar limfa. Selain itu, kulit akan mula ditumbuhi cacar air dan kebanyakannya akan tertumpu di bahagian muka, tapak tangan, dan kaki.

Namun begitu, Monkeypox boleh baik secara sendiri dalam tempoh masa antara 2 hingga 4 minggu. Tetapi awas Mama! Wabak Monkeypox boleh mengakibatkan penyakit yang lebih teruk. Ia menunjukkan kadar kematian antara 1% dan 15%, dan kematian lebih berisiko dalam kalangan kanak-kanak.

Adakah Malaysia Berisiko?

Kredit gambar: TheStar

Namun begitu, seperti dilaporkan oleh TheStar, DG Tan Sri Dr Noor Hisham melaporkan Malaysia berisiko rendah untuk dijangkiti virus Monkeypox. Jelas beliau,

Kemungkinan penularan jangkitan dari manusia ke manusia adalah terhad.

DG Tan Sri Noor Hisham

Mereka juga akan pantau pelancong ke negara yang terdapat wabak Monkeypox seperti di Afrika Tengah dan Barat kerana mereka berisiko tinggi. Beliau juga menginatkan untuk orang ramai sentiasa menjaga kebersihan diri. Tambahnya lagi, Monkeypox akan dikemas kini dari semasa ke semasa melalui KKM.

Langkah Berjaga-Jaga Untuk Mama

Mama dinasihatkan untuk sentiasa berjaga-jaga dengan virus baru ini. KKM juga telah kongsikan garis panduan untuk kita bersama-sama menjaga kebersihan diri seperti:

  1. Mengekalkan kebersihan diri yang tinggi, termasuk mencuci tangan dengan kerap selepas pergi ke tandas atau apabila tangan kotor;
  2. Mengelakkan daripada sentuhan langsung dengan luka pada mereka yang dijangkiti, sama ada manusia mahupun haiwan, serta objek yang mungkin tercemar dengan cecair tubuh kes, seperti pakaian yang kotor yang digunakan oleh orang yang dijangkiti; dan
  3. Mengelakkan daripada bersentuhan dengan haiwan liar atau memakan dagingnya.

Dengan maklumat ini dan peningkatan penyakit HFMD dan denggi, Mama Siti harap Mama sentiasa berhati-hati dan teruskan menjaga kebersihan diri sepanjang masa. Sama-sama kita doakan supaya wabak ini tidak melanda negara kita.