KelabMama

9 Khasiat Minyak Kelapa Dara Untuk Ibu Mengandung

minyak kelapa dara untuk ibu mengandung

Kredit gambar: kapuluancoconut.com

Minyak kelapa dara adalah salah satu bahan semulajadi yang sering digunakan dalam masakan dan produk kecantikan dan terdapat banyak khasiat minyak kelapa dara untuk ibu mengandung jika kerap amalkan penggunaannya.

Kalau Mama nak tahu juga, minyak kelapa dara ini merupakan ubat serba boleh dan semula jadi yang boleh memainkan peranan penting dalam kesihatan pranatal dan selepas bersalin anda.

Berasal dari kelapa matang, minyak yang boleh dimakan ini kaya dengan lemak tepu, tetapi bukan jenis yang menyumbat arteri anda. Ia mengandungi trigliserida rantai sederhana (MCT), yang mempunyai manfaat kesihatan yang unik.

Dalam artikel kali ini, Mama Siti akan kongsikan 9 cara Mama dapat memanfaatkan khasiat minyak kelapa dara semasa kehamilan. Teruskan membaca!

Senarai Khasiat Minyak Kelapa Dara Untuk Ibu Mengandung

Kredit gambar: www.paperplanestore.com

#1. Mengurangkan Alahan Mengandung (Morning Sickness)

Wanita hamil sinonim dengan alahan semasa mengandung seperti loya dan muntah. Dengan pengambilan secara konsisten, minyak kelapa dara boleh membantu untuk mengurangkan alahan yang dialami semasa awal kehamilan.

Ini kerana minyak kelapa dara dapat mengurangkan rasa perit dan mengurangkan masalah asid refluks.

Cara makan minyak kelapa dara ini adalah hanya perlu letakkan 1 sudu minyak kelapa dara dalam minuman Mama dan pastikan Mama konsisten ya!.

#2. Meningkatkan Sistem Imun Badan

Kandungan asid laurik dalam minyak kelapa dara dapat membantu meningkatkan imuniti, memerangi jangkitan dan membantu mencegah penyakit semasa hamil.

Kebanyakan jangkitan kulat, virus dan bakteria dapat dicegah dengan minyak kelapa dara.

#3. Meningkatkan Penghasilan Susu Ibu

Kredit gambar: www.everydayhealth.com

Kandungan asid laurik dalam minyak kelapa dara juga dapat membantu meningkatkan penghasilan susu ibu.

Minyak kelapa dara ini akan membantu pengeluaran susu ibu semasa hamil dan selepas bersalin. Susu yang dihasilkan pula berkualiti tinggi.

#4. Membantu Masalah Sembelit Semasa Hamil

Ibu hamil dengan sembelit tidak dapat dispisahkan. Ramai ibu hamil mengalami masalah sembelit semasa hamil ekoran dari perubahan hormon yang menyebabkan pergerakan usus menjadi lambat.

Dengan mengamalkan minum minyak kelapa dara ini mampu mengurangkan masalah sembelit yang dialami.

#5. Minyak Kelapa Dara Untuk Ibu Mengandung Mampu Mengurangkan Stretch Mark

Kredit gambar: parenting.firstcry.com

Ramai ibu hamil pening dengan masalah stretch mark terutamanya di bahagian perut. Perut dah macam peta dunia, penuh dengan stretch mark.

Sapukan minyak kelapa dara pada kawasan kulit yang berlakunya stretch mark.

Sapukan dengan konsisten dan ianya akan dapat membantu mengurangkan kesan regangan tersebut serta menjadikan kulit lebih lembut.

#6. Membantu Menstabilkan Kadar Haemoglobin (HB)

Kadar HB yang rendah semasa hamil adalah membahayakan bagi Mama juga bayi dalam kandungan.

Kandungan minyak kelapa dara yang mengandungi zat besi membantu untuk menstabilkan kadar HB Mama.

#7. Minyak Kelapa Dara Untuk Ibu Mengandung Mampu Menggantikan Susu

Ibu hamil sangat disarankan untuk menjadikan susu sebagai minuman harian mereka. Namun, ramai Mama yang mengandung tidak boleh dan suka minum susu kerana akan rasa loya atau akan muntah selepas minum.

Oleh itu, sebagai alternatif Mama boleh mengambil minyak kelapa dara sebagai pengganti susu.

#8. Merawat Jangkitan Kulat Semasa Hamil

Kredit gambar: www.bellybelly.com.au

Semasa hamil, ramai ibu yang cenderung untuk terkena jangkitan kulat seperti candida albicans. Kulat ini selalu terjadi di tempat yang hangat dan lembap.

Semasa hamil, wanita mengandung selalu dikaitkan dengan masalah keputihan iaitu jangkitan kulit di bahagian vagina.

Masalah keputihan ini bukan sahaja menyebabkan ketidakselesaan tetapi juga boleh menyebabkan masalah lain yang boleh menjejaskan bayi dalam kandungan. Oleh itu, minyak kelapa dara yang bersifat anti kulat ini mampu membantu masalah ini.

Tambahkan minyak kelapa dara dalam menu harian Mama dan lihatlah hasilnya nanti.

#9. Bantu Lembapkan Kulit Kepala

Disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku semasa hamil, kulit kepala Mama akan menjadi kering.

Sekiranya ini berlaku, sapukan sedikit minyak kelapa dara pada kulit kepala dan biarkan selama satu malam. Kemudian, pada keesokannya bilas dengan air suam.

Hasilnya kulit kepala Mama akan sihat dan kelihatan sentiasa lembab.

Minyak kelapa dara adalah bahan semulajadi yang mempunyai pelbagai manfaat kepada ibu mengandung. Selain dari di atas, minyak kelapa dara dikatakan mampu membantu memudahkan proses bersalin.

Minum dengan konsisten dapat membantu mengurangkan koyakan semasa proses bersalin. Namun, ibu mengandung perlu bercakap dengan doktor terlebih dahulu sebelum menggunakan atau mengambil minyak kelapa dara ini.

Jangan lupa juga untuk join program New Mom Program yang dianjurkan Motherhood.com.my, yang menawarkan pelbagai hadiah menarik antaranya ialah Welcome gift dan cabutan bertuah bulanan untuk 31 pemenang yang menawarkan hadiah seperti sebuah Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat dan 30 set bayi ekslusif untuk dimenangi.


Mama juga boleh dapatkan pelbagai lagi tips kesihatan dan kehamilan di SINI!