Susu kambing ni sangat popular dalam Mama mengandung. Time mengandung mesti ramai yang suggest minum susu kambing, sebab dalam susu kambing ada banyak kelebihan pada kesihatan Mama dan bayi.
Walau bagaimanapun, dengan pengambilan susu kambing boleh menjadi bahaya pada kesihatan, sekiranya Mama mengamalkan minuman ini pada trimester pertama.
Apa bahaya yang Mama akan alami? Jom baca perkongsian Mama Siti mengenai bahaya minum susu kambing ketika Mama mengandung.
Bahaya Mama Minum Susu Kambing
1. Risiko Jangkitan Listeria
Mama mengandung berisiko tinggi terkena jangkitan bakteria Listeria yang ada dalam susu mentah, yang boleh menyebabkan komplikasi serius seperti keguguran atau kematian bayi baru lahir.
Dengan Mama minum susu mentah atau makan sesuatu produk yang dibuat daripada susu mentah boleh membahayakan bayi dalam kandungan, walaupun Mama tidak rasa sakit pada perut.
Bakteria boleh mencemari susu melalui pelbagai cara, termasuk jangkitan darah pada puting susu haiwan, pencemaran dengan najis semasa memerah susu, atau pencemaran daripada orang yang memerah susu tersebut.
Susu mentah yang tercemar boleh membawa penyakit bawaan makanan dengan gejala seperti muntah, cirit-birit, dan kekejangan perut, dengan risiko komplikasi yang serius seperti kematian.
Bagi individu tertentu pula seperti bayi, Mama mengandung, individu dewasa yang lebih tua, atau individu dengan sistem imun yang lemah, berisiko lebih tinggi untuk mengalami kesan serius dan kematian akibat mengambil susu mentah yang tercemar.
2. Kerap Buang Air Besar
Pengambilan susu kambing membantu detoksifikasi badan dengan membuang toksin melalui najis selepas menyingkirkan sisa toksin dalam usus Mama.
3. Loya
Bagi Mama mengandung, Mama Siti sarankan untuk Mama mengambil susu kambing selepas makan untuk mengelakkan rasa loya di perut. Bagi yang baru mencuba susu kambing, disarankan untuk mengambil kuantiti kecil sekali sehari selepas makan untuk mengelakkan reaksi negatif pada sistem pencernaan.
Ini juga membantu mengenal pasti Mama ada alahan atau tidak dengan susu kambing. Mama yang kerap mengambil susu ini disarankan untuk mengambilnya selepas makan untuk mengelakkan rasa loya. Jika Mama ada rasa ketidakselesaan pencernaan, elakkan pengambilan susu kambing.
4. Sakit Kepala
Susu kambing boleh menyebabkan sakit kepala Mama mengandung dengan paras gula yang rendah. Untuk meredakan sakit kepala ni Mama boleh cuba minum jus buah-buahan dan lebih banyak air.
Sakit kepala akibat susu kambing ni biasanya ringan, tetapi jika masih berlarutan, Mama berhentilah minum dan dapatkan nasihat doktor.
5. Insomnia
Susu kambing memberikan kesan bertenaga yang kuat, menyebabkan Mama akan terjaga hingga lewat malam dan kurang tidur seterusnya mengurangkan waktu Mama berehat. Keadaan yang berterusan ini boleh menjejaskan kesihatan badan Mama.
Pengambilan susu kambing meningkatkan metabolisme badan dan memberikan tenaga yang berterusan, oleh itu disarankan untuk mengelakkan Mama minum sebelum tidur.
Khasiat Susu Kambing kepada Mama Mengandung
Susu kambing memberikan pelbagai manfaat penting untuk Mama mengandung dan bayi, termasuk:
- Perkembangan Tulang Anak: Kaya akan kalsium, membantu dalam pertumbuhan tulang anak.
- Penyusuan Mama: Membantu meningkatkan penghasilan susu Mama kerana kandungan nutrisinya.
- Baik untuk Diabetes: Sesuai untuk Mama mengandung yang ada penyakit diabetes kerana mempunyai kandungan A2 beta-casein dan asam amino.
- Sumber Tenaga: Memberikan tenaga yang cukup untuk Mama mengandung dan menyusukan.
- Tumbesaran Kandungan dan Bayi: Mengandung mempunyai pelbagai mineral dan vitamin penting untuk perkembangan kandungan dan bayi.
- Kecerdasan Otak Bayi: Kandungan riboflavin penting untuk perkembangan sel otak bayi.
Susu kambing sangat baik, namun Mama mengandung yang mempunyai penyakit kronik perlu dapatkan nasihat doktor sebelum mengamalkan susu kambing sepanjang tempoh kehamilan Mama.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Dapatkan lebih banyak informasi kesihatan ketika Mama mengandung di SINI.