Minum air halia adalah salah satu rahsia untuk kekal cantik. Bagi seorang wanita, kecantikan dan kesihatan mestilah sentiasa dijaga dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Sebab itu, ada pelbagai jenis tips kecantikan dan kesihatan yang kita dengar dari orang-orang lama dan tak lupa juga di internet. Kaum lelaki juga tak ketinggalan dalam mengikuti tips ini untuk menjaga kesihatan tubuh badan.
Jom kita ikuti perkongsian dari seorang pengguna laman Twitter, Jiun Er, tentang amalan baik yang telah dia amalkan sejak turun temurun daripada neneknya. Antara bahan utama yang digunakan untuk kekal cantik adalah halia.
MINUM AIR HALIA JE
Seperti yang kita tahu, halia mempunyai 1001 khasiat yang bagus untuk tubuh badan. Halia juga selalu digunakan oleh kita dalam masakan kerana ia mempunyai rasa pedas sikit dan mampu memberi aroma yang wangi ketika memasak.
Khasiat Halia Untuk Wanita
#1 Dapat menghapuskan sel kanser
Berdasarkan dari sebuah kajian, halia mampu untuk menghapuskan dan memberhentikan sel kanser daripada merebak terutamanya kanser ovari.
#2 Mampu menaikkan seri wajah
Halia juga mampu memulihkan kesihatan dalaman dan juga membuatkan wajah serta tubuh rasa lebih segar.
#3 Boleh turunkan berat badan
Halia juga boleh menurunkan berat badan dan melancarkan sistem metabolisma kita.
#4 Boleh hilangkan bau badan
Ia juga boleh menghilangkan bau badan dan ini khas buat mereka yang kuat berpeluh dan mempunyai bau badan.
#5 Redakan senggugut
Bagi kaum wanita, halia mampu meredakan senggugut dan masalah pencernaan. Wanita yang tengah period pain wajib meminumnya dan hanya dibenarkan minum minuman halia panas atau suam.
#6 Buang angin dalam badan
Halia juga mampu untuk membuang angin di dalam badan.
#7 Anti penuaan
Untuk pengetahuan mama, halia juga merupakan salah satu bahan anti penuaan tau!
#8 Ransang pengeluaran susu ibu
Bagi ibu yang sedang menyusukan anak, halia dianggap sebagai galactagogue yg merangsang pemgeluaran susu ibu.
#9 Aromanya mampu kurangkan tekanan emosi
Dengan aroma halia, ianya mampu mengurangkan tekanan emosi dan boleh menenangkan minda kita.
Jadi tak hairanlah kenapa masih ada yang amalkan minuman ini walaupun mungkin pada sesetengah orang yang tak sukakan rasanya. Tapi khasiat halia ni yang baik untuk badan dan sebab itu kita boleh amalkan untuk mencapai kesihatan yang baik. Selain digunakan dalam masakan, halia juga boleh digunakan untuk membuat manisan. Halia boleh didapatkan di pasar dan dijual dengan harga yang sangat murah. Tips ini sangat mudah dan sesuai untuk diamalkan.
Selamat mencuba!
Sumber: Jiun Er
Baca juga: Amalan Pemakanan Semasa Berpantang Sejak Zaman Nenek Moyang
Pesan Mama Siti
Banyak sebenarnya khasiat halia ni. Selain dari halia, kita boleh gunakan kunyit, pegaga, serai dan lain lagi. Di mana semua ini, ada juga khasiatnya yang tersendiri dan sebab itu orang tua kata tak rugi kalau berbudi pada tanah.