Macam mana dengan persekolahan anak Mama Papa? Mesti Mama risaukan macam mana mereka uruskan diri mereka di sekolah. Jangan risau, Mama boleh sediakan mini-kit kecemasan ni untuk kegunaan mereka di sekolah nanti.
Mini-kit Kecemasan Anak-anak ke Sekolah
1. Name Card Kecemasan
Mama Papa perlu sediakan name card kecemasan pada beg anak-anak. Mama Papa tuliskan nama anak, nombor telefon kecemasan, dan jugak nombor ahli keluarga yang boleh dihubungi untuk kecemasan.
Sebab anak-anak baru je sekolah jadi untuk menghafal nombor telefon serta alamat rumah mungkin susah sikit bagi mereka. Jadi, bila ada kad kecemasan ni senang lah. Mama Papa boleh beli name card seperti keychain senang untuk mereka tengok dan berikan kepada guru.
2. Tisu Poket
Anak-anak sering mengalami hidung berair, terutamanya musim perubahan cuaca, kadang-kadang ada jugak anak yang alergi dengan udara. Tisu poket ni boleh membantu mereka bersihkan hidung mereka dengan selesa dan mengurangkan ketidakselesaan juga.
Oh ye, lagi satu tisu poket penyelamat untuk mereka membersihkan tangan mereka dengan mudah, menjaga kebersihan dan hygiene mereka.
3. Wet Tissue Poket
Tisu basah pun sama boleh membantu membersihkan tangan atau muka anak Mama Papa dengan lebih bersih daripada tisu biasa. Ia juga sangat berguna untuk anak-anak membersihkan kotoran atau tumpahan yang tidak dijangka.
Biasalah anak-anak baru belajar untuk makan sendiri, jadi senang untuk mereka bersihkan tumpahan pada baju mereka dengan tisu basah daripada guna air di sinki. Habis lencun baju sekolah mereka nanti.
4. Plaster
Sebagai salah satu tindakkan pantas untuk anak-anak tampal sekiranya mereka luka atau kulit terkopek. Lepas sapu, boleh lah tampal plaster supaya selepas sedikit sementara nak tunggu waktu balik sekolah.
Mama Papa boleh beli plaster ni dalam saiz yang berbeza dan pelbagai pilihan gambar plaster yang menarik untuk anak-anak.
5. Mini Balm atau Minyak Angin Kecil
Ini antara yang wajib Mama Papa bekalkan untuk anak-anak. Ada dalam kalangan anak-anak yang selalu sakit perut atau mual waktu pagi, jadi ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga yang Mama Papa wajib sediakan untuk mereka.
Mama Papa beli mini balm yang kecil je pun sudah memadai untuk mereka letak dalam beg sekolah.
Jadi, Mama bolehlah sediakan mini-kit kecemasan ni dalam beg sekolah anak-anak. Semua barang-barang ni kecil sahaja, jadi tak menambah beban beg sekolah anak-anak.
Dapatkan lebih banyak informasi keibubapaan Mama Papa di SINI.