Adakah Mama mencari makanan untuk boost milk production Mama? Mama Siti faham kita sebagai ibu memang risau dengan kualiti susu, pengeluaran susu dan sebagainya. Haa, mujurlah Mama Siti jumpa makanan-makanan ini yang boleh bantu Mama untuk mengeluarkan susu yang banyak dan berkualiti.
Susu ibu adalah makanan yang paling berkhasiat yang Mama boleh beri pada si manja. Ia mempunyai khasiat seperti protein, karbohidrat, lemak, mineral dan air. Si manja juga dapat menghadam susu dengan baik jika diberikan susu ibu.
Untuk pengetahuan Mama, susu dihasilkan mengikut keperluan si manja tau! Sewaktu bayi baru lahir, mereka mempunyai perut yang sangat kecil. So, Mama jangan la risau jika susu tak cukup!
Sekiranya lepas mereka semakin besar dan Mama bimbang susu tak cukup, bolehlah amalkan milkbooster semula jadi ini yang boleh diperoleh daripada sumber makanan sahaja. Antaranya dalam sayur-sayuran, buah-buahan, protein, karbohidrat, produk tenusu dan lain-lain.
Di bawah adalah senarai makanan untuk milkbooster yang boleh diambil semasa Mama menyusu badan.
8 Sumber Milkbooster Semula Jadi Untuk Mama
#1 Bayam
Wah, bayam? Ya betul, bayam membantu pengeluaran susu Mama. Jika ada yang mengatakan bahawa bayam adalah makanan yang ‘sejuk’ dan boleh membahayakan tubuh Mama yang baru melahirkan bayi serta bimbang perut bayi akan kembung hanyalah mitos semata-mata.
Jangan takut lagi! Bayam bagus untuk menambahkan kuantiti dan kualiti susu Mama. Mama boleh cuba dengan sedikit dan ambil dalam kuantiti yang sederhana and see the result for yourself!
#2 Oatmeal
Bijirin popular dan berkhasiat ini juga merupakan salah satu milkbooster semula jadi yang terbaik buat ibu-ibu menyusu. Selain sebagai milkbooster, oat juga membantu dalam menjaga pemakanan ibu kerana ia membuatkan kita rasa cepat kenyang dan elok untuk sistem penghadaman.
Oat boleh dimakan dengan pelbagai cara – Mama boleh hidangkan oat dengan buah, savori dan banyak lagi. Sekarang pun oat pun dihasilkan dalam biskut dan snek yang memudahkan Mama nak bawak ke mana-mana sahaja.
#3 Horlicks
Biar betul, Horlicks pun?! Yes! Selain oat, minuman horlicks juga boleh membantu Mama. Tetapi awas! Ia mungkin lebih mahal berbanding minuman lain. Tetapi semua vitamin dan nutrien yang terdapat dalam horlicks ni dapat membantu Mama mengeluarkan susu dengan banyak tau, Mama!
#4 Durian
Haa, masa mengandung Mama pun tak sure boleh makan ke tak durian ni kan? Time menyusu Mama boleh makan tau! Tetapi tidak ramai yang tahu keajaiban buah durian sebagai salah satu milkbooster semula jadi buat para ibu.
Walau bagaimanapun, Mama harus berhati-hati dalam pengambilan buah durian ini. Make sure Mama hanya ambil dalam kuantiti yang sederhana kerana pengambilan yang banyak akan menyebabkan peningkatan suhu badan.
#5 Lobak Putih
Adakah Mama tahu bahawa lobak putih menghasilkan banyak susu? Mama boleh memarut lobak dan memerah airnya dan minum air tersebut. Bagi yang tak biasa, mungkin Mama akan mengambil masa untuk telan airnya tetapi ia membuahkan hasil yang luar biasa.
Jika Mama tidak mahu meminunnya, Mama boleh masaknya sebagai sup untuk lauk tengah hari. Amalkan setiap hari untuk sejuk badan dan sebagai salah satu milkbooster semula jadi Mama.
#6 Barli
Bukan sahaja ia dapat melawaskan pembuangan air kecil, tetapi barli juga sangat bagus sebagai milkbooster semula jadi ibu-ibu menyusu. Barli yang juga bagus dalam menyejukkan badan juga sangat baik untuk kesihatan kita.
Ditambah rasanya yang sedap, Mama nak minum air barli tanpa gula pun boleh. Malah, ianya adalah lebih baik!
#7 Keju
Mama suka keju tak? Buat pencinta keju, memang heaven ya bila dapat tahu keju boleh menghasilkan susu badan yang banyak. Tetapi berhati-hati juga dengan pemakanan keju ya Mama, kerana keju mempunyai lemak yang tinggi. So, berpada-pada lah semasa menggunakannya dalam menu Mama.
#8 Makanan Sunnah
Untuk pengetahuan Mama, milkbooster semula jadi yang terbaik adalah makanan sunnah seperti kurma. Ini adalah kerana ia mempunyai khasiat yang tinggi bukan sahaja untuk Mama, tetapi untuk seisi keluarga. So, Mama Siti amatlah galakkan untuk Mama yang mengandung dan Mama yang menyusu, mengamalkan makanan sunnah ini.
Makanan sunnah:
- Kurma
- Habbatussauda
- Madu
Selalunya, kurma boleh dimakan makan macam tu sahaja atau dikisar bersama badam dan susu. Mama juga boleh mengambil jus kurma di pasaran. Habbatussauda atau jintan hitam pula boleh dimasukkan ke dalam minuman atau dimakan begitu sahaja.
Manakala madu boleh diambil satu sudu sehari dan atau masukkan satu sudu madu ke dalam air suam dan diminum sebaik-baiknya semasa perut kosong. Amalkan memakan makanan sunnah ini sekurang-kurangnya sekali sehari.
Sebenarnya, lebih banyak makanan atau milkbooster semula jadi yang boleh menjadi suplemen untuk susu kita. Namun demikian, makanan milkbooster ni juga bergantung pada badan Mama.
Yang penting, mana yang boleh dimakan semasa berpantang, ambillah dalam kuantiti yang sederhana dan konsisten. Ini akan membantu mengekalkan kualiti dan kuantiti susu ibu yang dihasilkan. Dan jangan lupa untuk stay hydrated!