KelabMama

Menu Sahur untuk Anak-Anak: Tak Perlu Pening, Ini Idea Best!

menu sahur untuk anak

Anak-anak mesti dah bosan asyik sahur dengan telur atau roti setiap hari. Kalau Mama mencari menu sahur untuk anak yang lebih menarik dan mengenyangkan, apa kata cuba sesuatu yang baru?

Dengan resipi sahur yang Mama Siti kongsikan ini, bukan sahaja memberi variasi, tetapi juga penuh khasiat. Mesti anak-anak lebih bersemangat untuk bangun sahur dan bersedia menjalani hari berpuasa dengan ceria!

Menu Sahur untuk Anak-Anak

1. Spaghetti Carbonara

Bahan-bahan

Bahan-bahan untuk spaghetti:

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan air ke dalam periuk dan didihkan. Setelah air mendidih, rebuskan spaghetti kering bersama sedikit garam. .
  2. Tuangkan sedikit minyak ke atas spaghetti yang telah ditos dan kacau supaya tidak melekat.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis bawang Holland hingga layu. Masukkan bawang putih dan kacau sehingga naik bau.
  4. Tambahkan sosej dan capsicum, tetapi jangan biarkan terlalu layu.
  5. Masukkan udang dan kacau sehingga bertukar warna kemerahan. Taburkan serbuk lada hitam dan gaul rata.
  6. Masukkan cendawan dan kacau seketika sebelum menuangkan sos carbonara dan susu full cream.
  7. Tambahkan keju serbuk Itali dan taburkan herba pilihan untuk aroma yang lebih enak.
  8. Gaul hingga semuanya sebati dan sedia untuk dihidangkan.

Resipi: Che Nom

2. Wrap Ayam & Sayur

Bahan-bahan perapan ayam:

Bahan-bahan untuk salad dressing

Bahan-bahan lain:

Cara Penyediaan:

  1. Letakkan ayam dalam mangkuk, bawang putih parut halus, serbuk lada hitam, serbuk paprika salai. Tambahkan garam dan minyak zaitu. Gaul sekata, pastikan kedua bahagian bersalut. Perap sekejap.
  2. Selepas mama cucikan daun salad, mama rendamkan sekejap dengan air sejuk.
  3. Mama hiris nipis timun dan carrot potong memanjang.
  4. Untuk ceri tomato mama potong dua.
  5. Panaskan kuali dan pastikan bebetul untuk grill ayam. terbalikkan ayam selepas 30 saat dan tutup dengan penutup sekejap.
  6. Mama boleh tutup dalam 30 saat juga, ulang dalam 3 kali atau sehingga ayam masak.
  7. Kembali kepada salad pula, mama keringkan salad.
  8. PDalam botol kecil masukkan minyak zaitun, jus lemon, lada hitam, dijon mustard an goncangkan, tambahkan sedikit garam dan madu, goncang sekata.
  9. Kemudian mama panaskan tortilla,
  10. Sebelum mama potong ayam, sapukan madu sedikit pada ayam,
  11. Untuk balut, mama gunting sehingga ke bahagian tengah roti, kemudian mama susunkan ayam, sayur, salad dressing, mayonis dan lipatkan tortilla.

Resipi: Che Nom

3. Udang Buttermilk

Kredit Gambar: YouTube Chiqa Iqa

Bahan-bahan

Cara Penyediaan:

  1. Gaul udang bersama garam dan tepung jagung sehingga rata.
  2. Panaskan minyak. Goreng udang selama 2 minit. Toskan.
  3. Dalam kuali asing, masukkan mentega dan cairkan menggunakan api perlahan.
  4. Masukkan bawang putih, cili padi dan daun kari. Gorengkan sehingga wangi.
  5. Masukkan susu sejat. Renehkan seketika.
  6. Masukkan udang dan gaul sehingga rata. Masukkan garam secukup rasa.

Resipi: Seismik Makan

4. Sup Ayam

Bahan-bahan

Cara Penyediaan:

  1. Tumbukkan bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Rendamkan carrot dengan kentang sekejap.
  3. Panaskan minyak masak, dan tumiskan bahan tumbuk sehingga kering air dan kekuningan.
  4. Masukkan sup bunjut dan ayam, tutup kan penutup kuali sekejap, masak sehingga ayam kecut dan perang sedikit.
  5. selepas ayam perang sedikit masukkan batang sup, masukkan lada sulah. dan kacau sekejap.
  6. Masukkan air, carrot dan kentang. reneh dengan api sederhana.
  7. Masak sehingga carrot dan kentang empuk.
  8. Kemudain masukkan pati ayam dan garam.
  9. Tabur dengan hirisan daun dan siap untuk dihidang.

Resipi: Che Nom

Dengan menu sahur untuk anak yang lebih menarik dan berkhasiat, sahur pasti jadi lebih seronok dan bertenaga.

Mama juga boleh cuba masakkan makanan kegemaran mereka supaya lebih berselera.

Yang penting, pastikan anak-anak mendapat makanan yang cukup agar mereka kekal cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Selamat mencuba, Mama!


Mama nak cuba buat resipi ikan keli berlada untuk berbuka? Klik di SINI.