Selalunya kalau dah lambat bangun ni Mama mesti fikir nak masak telur kicap je sebab ni paling simple dan cepat. Nak masak menu lain risau tak sempat. Tapi, sebenarnya ada menu sahur ekspres Mama boleh masak selain telur kicap.
Jom tengok menu apa yang Mama Siti nak kongsikan untuk sahur esok.
6 Menu Sahur Ekspres untuk Mama
1. Ayam Goreng Bawang Putih
Bahan-bahan
- Ayam
- 4 sudu besar tepung ubi kayu
- 9 ulas bawang putih
- Garam
Bahan kisar
- 10 ulas bawang putih
- 2 biji bawang besar
- 2 sudu kecik ketumbar
- 1 kiub pati ayam
- ½ cawan air
Cara penyediaan:
- Mama gaul dulu ayam dengan garam.
- Blend bahan kisar tadi sehingga halus.
- Campurkan bahan kisar dengan ayam.
- Masukkan tepung ubi kayu, gaul rata.
- Perapkan ayam Mama lebih kurang 15 minit.
- Selepas 15 minit, gorengkan ayam dan masukkan bawang putih.
- Terbalikkan ayam dan goreng sehingga masak.
- Ayam goreng bawang putih sedia untuk dihidang.
Resepi: Dapur Biru
2. Udang Goreng Bersama Telur Dadar
Bahan-bahan
- Udang
- 3 biji telur
- Serbuk lada putih
- Tepung jagung
- Bawang merah – potong dadu
- Lobak merah
- Daun bawang
- Tomato
- Butter
- Garam
Cara penyediaan:
- Pecahkan telur dalam mangkuk dan campurkan dengan serbuk lada putih, sedikit garam dan tepung jagung. Kacau rata sehingga sebati.
- Masukkan bawang merah, lobak merah, daun bawang dan tomato.
- Seterusnya panaskan sedikit butter dalam kuali, bila butter dah cair Mama tuangkan telur ke dalam kuali.
- Kemudian Mama susunkan udang Mama.
- Terbalikkan telur Mama bila bahagian bawah dah garing.
- Bila bahagian bawah dah masak Mama boleh toskan sekejap.
- Sedia dihidangkan panas-panas.
Nota: Mama nak gorengkan udang dulu pun boleh juga, terpulang pada citarasa Mama ye.
Resepi: Buat Orang Lapo
3. Ayam Masak Blackpepper
Bahan untuk perapan
- ½ ekor ayam
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar kicap manis
- 1 sudu kecik serbuk lada hitam
Bahan tumbuk halus
- 3 ulas bawang putih
- 2 biji bawang merah
- 1 inchi halia
Bahan-bahan lain
- ½ cawan minyak masak
- 1 biji bawang holland – potong membulat
- 1-2 sudu kecik serbuk lada hitam
- 1 sudu besar sos tiram
- 1-2 sudu besar kicap manis
- ½ batang lobak merah – potong memanjang
- 1 ½ sudu kecik tepung jagung
- ¼ cawan air
- ½ biji capsicum hijau – potong besar
- ½ biji capsicum merah – potong besar
- garam
- gula
- hirisan daun bawang untuk taburan
Cara penyediaan:
- Marinate ayam dengan sos tiram, kicap cair, kicap manis dan serbuk lada hitam. Gaul rata, dan perapkan lebih kurang 15 minit
- Kemudian panaskan minyak, gorengkan ayam sehingga separuh masak atau keperangan. Ketepikan ayam.
- Keluarkan sedikit minyak, Mama masukkan bahan tumbuk halus tadi sehingga kekuningan.
- Tambahkan bawang holland sedikit dalam tumisan.
- Masukkan lada hitam, gaul rata.
- Seterusnya, Mama masukkan ayam goreng, sos tiram, air dari bekas perapan dan air dari bekas tumbuk halus tadi. Kacau rata.
- Tambahkan kicap manis sedikit, lobak merah dan tutup dengan penutup dalam 10 minit.
- Bancuhkan tepung jagung sedikit, masukkan dalam kuali dan masukkan garam, gula dan capsicum.
- Tambahkan sedikit air kalau Mama suka kuah cair.
- Akhir sekali, masukkan bawang holland dan tutupkan api.
- Sedia untuk dihidang menu sahur Mama.
Nota: Pastikan Mama kacau rata tepung jagung untuk elakkan tepung jadi berketul-ketul.
Resepi: Che Nom
4. Telur Bistik
Bahan-bahan
- 2 biji telur
- isi ayam – potong dadu/kecik
- sayur campur
- bawang putih
- bawang holland
- cili padi
- tomato
- sos cili
- sos tomato
- sos tiram
- sos ikan
- gula
- daun sup
Cara penyediaan:
- Pecahkan telur dan masukkan sos ikan. Gaulkan sampai rata.
- Mama goreng telur dadar seperti biasa. Toskan.
- Dalam kuali lain, Mama tumis bawang holland, putih dan cili sampai wangi.
- Masukkan isi ayam, gaul rata.
- Dalam mangkuk kecik, Mama masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram, masukkan sedikit dan kacau sebati.
- Masukkan sos yang Mama bancuh dalam kuali, biarkan sehingga mendidih.
- Tambahkan sayur campur dan tomato, sos ikan, gula dan daun sup.
- Curahkan kuah atas telur dadar. Kalau nak masukkan telur tadi dalam kuah tadi dan panas atas api sekejap pun boleh. Siap!
Resepi: Rezeki Dapur Kita
5. Ikan Tongkol Kicap Berempah
Bahan-bahan
- 4 ketul ikan tongkol
- 45ml kicap manis
- 20 gram serbuk ketumbar
- 20 gram serbuk jintan manis
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- 5 ulas bawang putih – cincang halus
- 1 labu bawang besar – belah empat
- 1 biji cili merah – hiris serong
- Lada sulah
- Garam
Cara penyediaan:
- Lumur ikan tongkol dengan sedikit garam dan digoreng sehingga garing. Ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
- Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan kicap. Didihkan seminit.
- Masukkan ikan tongkol yang telah digoreng bersama bawang dan cili merah.
- Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Nota: kalau Mama nak guna ikan lain pun boleh juga tak ada masalah.
Resepi: rasa
6. Singgang Ikan Tongkol
Bahan-bahan
- 3 ketul kan tongkol – basuh bersih rendam limau dah asam keping bg hilang hanyir
- 1 biji bawang merah besar – hiris
- 2 ulas bawang putih – hiris
- i inchi lengkuas – hiris
- 2-3 tangkai cili kering/api
- 1 sudu besar gula merah – ¼ ketul gula melaka
- 3 cawan air
- 2 keping asam gelugor
- 7 sayur bendi – potong 2
- Garam
Cara penyediaan:
- Panaskan air dan masukkan bawang merah dan putih, cili kering, lengkuas dan asam keping.
- Mama tunggu sehingga air mendidih, kemudian masukkan ikan.
- Biarkan kuah mendidih, perlahankan sedikit api dan masukkan garam dan gula merah.
- Bila ikan Mama dah masak, Mama masukkan kacang bendi.
- Bendi Mama dah layu, boleh matikan api dan siap untuk dihidang menu sahur Mama.
Resepi: Dapur Berasap
Nota: Mama boleh gunakan gula melaka anggaran ¼ ketul dan asam pula bergantung jenis asam, kalau asam jenis masam Mama boleh letak 1-2 je.
Prefect sedikit menu sahur ekspres kali ni, kalau tak sahur dengan telur kicap je bosan jugak. Menu-menu sahur ekspres ni simple je tapi menyelerakan untuk family Mama makan lagi-lagi waktu sahur yang tak ada mood nak makan.
Selamat mencuba Mama!
Mama nak tahu apa lagi menu yang Mama boleh cuba? Klik di SINI.