KelabMama

15 Menu Berpantang Yang Sedap dan Menyelerakan Buat Mama Selepas Bersalin

Pengalaman melahirkan dan berpantang adalah suatu perjalanan yang tak mungkin dilupakan bagi seorang ibu. Ianya mungkin berbeza dari setiap satu kelahiran yang dilalui.

Selepas kelahiran, dalam tempoh berpantang ini pemakanan ibu perlu dijaga, apatah lagi dalam masa yang sama menyusukan bayi. Penting untuk ibu-ibu selepas bersalin untuk amalkan makan makanan yang berkhasiat.

Sumber: hmetro.com.my

Biasanya kita gelar makanan orang berpantanglah kan. Ini adalah untuk memastikan para ibu akan dapat zat daripada makanan setelah bertarung nyawa mengandungkan bayi dan juga selepas bersalin.

Banyak darah dan vitamin dalam badan ibu yang keluar setelah melahirkan anak. 

Resepi menu berpantang yang akan dikongsi ini boleh dimakan oleh ibu-ibu yang bersalin normal atau secara pembedahan. Dua-dua pun luka kan?

Jadi pengambilan makanan yang betul sedikit sebanyak dapat mempercebatkan proses penyembuhan luka. Selain menu yang diambil perlu mempunyai nutrisi yang lengkap yang diperlukan oleh badan, ianya juga akan menggantikan nutrisi yang hilang serta menggalakkan penghasilan susu yang berkualiti yang diperlukan oleh bayi.

Sumber: hellodoktor.com

Menjadi seorang ibu yang menyusukan bermakna anda akan selalu berasa lapar, apatah lagi di dalam tempoh pantang di mana pilihan makanan adalah terhad. Ini tidak bermakna ibu tidak dapat menikmati makanan yang lazat dan berkhasiat buat tubuh badan anda.

Dalam menu berpantang, kebanyakan bahan asas masakan yang wajib ada adalah seperti halia, bawang putih, lada hitam, serai dan pelbagai jenis rempah ratus yang mepunyai fungsi tertentu seperti membuang angin, melancarkan peredaran darah serta memanaskan badan.

Ironinya, makanan atau menu sajian berpantang yang akan dielakkan kebiasaannya adalah bersifat sejuk terlalu berair ataupun berangin.

Ini bagi megelakkan ibu-ibu yang berpantang mengalami simptom seperti kembung perut, badan berangin, kelesuan badan serta kegatalan pada bahagian luka yang akan melambatkan proses penyembuhan.

Bahan-bahan Wajib Dalam Menu Berpantang

Antara bahan asas yang menjadi bahan wajib di dalam menu berpantang serta khasiatnya adalah:

Menu Berpantang Yang Berkhasiat

Berikut adalah menu berpantang yang amat lazat dan berkhasiat buat ibu-ibu bersalin:

1. Ikan tenggiri/kembung masak singgang.

Bahan-bahan:

Cara memasak:

2. Ikan tenggiri/kembung masak asam

Bahan-bahan:

Cara memasak:

  1. Ikan dibersihkan – dilumurkan dengan serbuk kunyit dan garam. Kemudian digoreng sehingga masak, ketepikan.
  2. Sedikit minyak gorengan ikan tadi dijadikan minyak tumisan.
  3. Tumis bahan hirisan bersama cili kering sehingga naik bau yang wangi atau kekuningan.
  4. Masukkan air asam jawa.
  5. Biarkan bahan mendidih.
  6. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi.
  7. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
  8. Sedia untuk dihidangkan.

Nota: Cili kering tidak diperlukan sekiranya tidak mahukan menu yang pedas.

3. Kerabu pegaga

Sumber: Pantangplus.com

Bahan-bahan:

Cara memasak:

  1. Gaulkan semua bahan bersama sedikit jus limau.
  2. Perasakan dengan gula dan garam.
  3. Sedia untuk dihidangkan, dimakan bersama nasi panas.

4. Ikan Masin Masak Asam Halia

Sumber: resepisahabat

Bahan-bahan:

Cara memasak:

  1. Ikan masin digoreng garing – asingkan.
  2. Gunakan sedikit minyak gorengan ikan masin untuk menumis.
  3. Tumiskan cili kering bersama bawang putih, halia, lada hitam sehingga wangi.
  4. Masukkan air asam jawa – biarkan sehingga mendidih.
  5. Masukkan ikan masin.
  6. Tambahkan garam sekiranya perlu.
  7. Sedia dihidangkan bersama nasi panas.

5. Serunding Halia

Sumber: Pantangplus.com

Bahan-bahan:

Cara memasak:

  1. Goreng halia dengan api sederhana sehingga garing. Toskan minyak.
  2. Ikan bilis dan bawang putih digoreng sehingga garing dan wangi.
  3. Setelah itu, gaul sekali dengan ikan bilis goreng, bawang goreng, lada hitam dan perasakan dengan garam.

Nota: Serunding halia boleh dihasilkan dengan banyak dan disimpan dalam bekas kedap udara.

6. Daging masak halia

Sumber: marinabashah.com

Bahan-bahan:

Cara memasak:

  1. Bersihkan daging, dan dipotong sederhana kecil.
  2. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali.
  3. Tumis bawang putih,bawang besar dan halia sehingga naik bau.
  4. Masukkan daging. Masak sehingga daging mengeluarkan air.
  5. Masukkan air sedikit demi sedikit.
  6. Perlahankan api dan masukkan serbuk lada hitam, garam secukup rasa.
  7. Masakkan sehingga kuah memekat.
  8. Sedia untuk dihidangkan.

7. Ikan haruan goreng rempah

Sumber: marinabashah.com

Bahan-bahan:

Bahan-bahan untuk ditumbuk:

Cara memasak:

  1. Gaulkan ikan bersama serbuk kunyit dan garam.
  2. Perap selama 15 minit.
  3. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing.
  4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali yang lain dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk.
  5. Masukkan sos lada hitam,rempah ikan dan garam. Kacau sekata dan curahkan ke atas ikan.
  6. Sedia untuk dihidang!

8. Ikan Tenggiri Bakar Berempah

Sumber: yatiekitchen

Bahan bahan:

Bahan ditumbuk:

Cara memasak:

  1. Bahan-bahan yang ditumbuk dilumurkan pada ikan dan dibiarkan seketika supaya sekata. 
  2. Renjiskan sedikit ikan dengan minyak zaitun – untuk tidak mengeringkan ikan.
  3. Balut ikan menggunakan dengan daun pisang. Jika tidak ada, boleh digantikan dengan alumunium foil.
  4. Bakar dengan menggunakan kuali pemanggang sehingga masak.

9. Ikan kukus / stim lemon halia

Sumber: Faezah Ismail

Bahan-bahan:

Cara memasak:

  1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya.
  2. Lumurkan ikan dengan garam secukupnya dan letak di dalam bekas tahan panas.
  3. Kemudian taburkan bawang dan halia yang sudah dihiris tadi di atasnya.
  4. Kukus sehingga 1/2 masak.
  5. Setelah itu, masukkan sos ikan, sedikit air, cili padi dan jus limau nipis. Kukus lagi hingga masak.
  6. Setelah masak, taburkan daun sup dan biarkan ia merenih sebentar.
  7. Hidangkan bersama nasi putih.

10. Sup ikan merah

Sumber: Faezah Ismail

Bahan-bahan:

Cara memasak:

  1. Didihkan air secukupnya bersama sup bunjut ikan, bawang merah, bawang putih, halia yang dihiris, kayu manis, bunga lawang dan pelaga.
  2. Biarkan air menggelegak sebelum dimasukkan ikan.
  3. Akhirnya masukkan lada hitam dan garam secukupnya.
  4. Taburkan daun sup dan bawang goreng.
  5. Tutup api dan sedia dihidangkan.

11. Sup sayur

Sumber: rasa.my

Bahan-bahan:

Cara memasak:

  1. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih.
  2. Masukkan bawang merah dan bawang putih yang dihiris serta lobak merah.
  3. Perasakan garam.
  4. Biarkan mereneh sehingga lobak empuk.
  5. Masukkan sawi, daun sup dan daun bawang.
  6. Perasakan dengan lada sulah dah garam.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

12. Ayam panggang halia

Sumber: Majalah Rasa

Bahan-bahan:

Cara memasak:

  1. Bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam ditumbuk halus – digaul bersama kunyit.
  2. Bahan yang digaulkan tadi dilumurkan sekata pada bahagian ayam, yang diperasakan dengan garam.
  3. Renjiskan sedikit minyak aitun / minyak masak pada ayam.
  4. Ayam dibungkus di dalam daun pisang.
  5. Bakar di atas kuali pemanggang atau kuali non-stick sehingga masak.

13. Daging goreng lada hitam

Sumber: Majalah Rasa

Bahan-bahan (untuk 1 hidangan):

Cara memasak:

  1. Perap daging bersama ketumbar, sedikit gula dan garam.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali.
  3. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga wangi.
  4. Masukkan daging yang telah diperap dan lada hitam yang ditumbuk kasar. Kacau dan boleh tambah sedikit air untuk melembutkan daging.
  5. Masak sehingga daging masak, tambahkan sedikit garam jika perlu.
  6. Angkat dan hidangkan.

14. Ayam panggang lemon berherba

Bahan-bahan:

Cara memasak:

  1. Masukkan ayam dalam zipper bag (plastik biasa pun okay).
  2. Untuk bahan perapan, campurkan minyak zaitun, bawang putih, kulit lemon, rosemary, thyme, garam dan lada hitam.
  3. Sebatikan dan tuang dalam zipper bag yang diletakkan ayam tadi.
  4. Perap dalam peti sejuk selama lebih kurang 2-4 jam.
  5. Untuk memanggang, keringkan ayam tadi dari perapan. kemudian gunakan kuali pemanggang untuk memanggang dalam lebih kurang 15-20 minit sehingga ayam betul-betul masak.

15. Lempeng oat

Sumber: Makanan Pantang

Bahan-bahan:

Cara memasak:

  1. Oat yang dikisar halus menjadi tepung atau boleh tambah dengan tepung gandum.
  2. Sebatikan adunan bersama sedikit air dan bakar di atas non-stick pan.
  3. Dihidangkan bersama sedikit madu asli.

Semoga menu berpantang ini memudahkan bakal-bakal ibu semasa berpantang nanti.