Kadangkala mengepam susu badan di tempat kerja boleh menjadi gangguan. Gangguan dari segi fizikal, emosi atau persekitaran. Bagi ibu yang pertama kali melangkah ke tempat kerja selepas cuti bersalin, situasi ini pasti memberi sedikit tekanan kepada mereka. Seeloknya, anda mula mengepam susu badan di rumah sebelum kembali bekerja selepas bersalin. Ini ialah supaya anda tahu apa yang sebenarnya akan berlaku dan dapat membiasakan diri dengan situasi yang berbeza ini.
Nasib baik organisasi hari ini ada yang sudah peka dengan dilema yang dihadapi ibu berkerjaya yang mempunyai bayi kecil. Oleh itu, mereka menyediakan tempat khas untuk si ibu mengepam susu ditempat kerja dengan selesa, atau memberi kelonggaran kepada kaum ibu untuk mencuri sedikit masa ketika kerja untuk proses pengepaman. Secara idealnya, anda perlu mempunyai akses ke sebuah bilik persendirian di tempat kerja, seperti bilik pejabat yang tidak digunakan, bilik persidangan, bilik stor bersih yang lengkap dengan poin kuasa. Minta staf sumber manusia untuk mencadangkan tempat sesuai dan cuba dapatkan sokongan rakan sekerja atau pengurus anda.
Anda harus mengepam sama kerap seperti kekerapan bayi menyusu sebab anda boleh menyimpan susu itu dalam peti sejuk sebagai bekalan. Sekiranya anda mengepam secara kerap tanpa mengikut jadual menyusu, anda akan mendapat sedikit susu sahaja berbanding dengan mengepam pada waktu menyusu penuh. Tetapi jika anda mengepam semasa waktu bukan menyusu dan di samping itu menyusukan bayi pada masa yang sama, anda akan menghasilkan susu berlebihan dan akan berasa tidak selesa. Bila anda baru mula mengepam, anda mungkin dapat mengumpulkan sedikit susu sahaja, tetapi tidak lama nanti, anda akan mendapat beberapa auns setiap kali mengepam selama 15 hingga 20 minit. Ia bergantung kepada anda tetapi cuba melakukannya pada masa yang sama setiap hari. Jika anda boleh mengepam setiap tiga jam, anda akan boleh menghasilkan jumlah susu yang diperlukan oleh bayi anda. Mengepam sekali atau dua kali sehari adalah lebih realistik, dan ianya mencukupi untuk memenuhkan bekalan susu anda untuk penyusuan pada waktu pagi, petang dan hari minggu.
Selain pam susu, anda juga perlu menyediakan alatan ini sebagai persedian untuk mengepam susu di tempat kerja:
- Botol susu.
- Beg susu
- Peti sejuk atau kotak sejuk
- Pek Ais
- Pelapik payu dara
Cara Menyimpan Stok Susu
- Pam dan simpan susu sama ada dalam botol atau beg plastik yang dibuat khas untuk tujuan ini. Label dan letak tarikh pada botol dan beg. Pastikan ada ruang pada botol atau beg untuk pengembangan susu semasa pembekuan.
- Simpan susu yang baru dipam dalam peti sejuk pejabat atau bekas pendingin semasa di tempat kerja. Bawa ia pulang dalam bekas pendingin yang berisi pek ais jika perjalanan anda melebihi 30 minit.
- Cairkan susu yang beku dengan memegang botol atau beg di bawah aliran air suam atau letakkan di dalam mangkuk yang berisi air suam. Jangan guna ketuhar gelombang mikro atau dapur kerana suhu tinggi akan memusnahkan sesetengah nutrien. Susu akan berpisah dari patinya, jadi anda perlu menggoncangkannya sedikit semasa menghangatkan atau sebelum memberikannya kepada bayi anda.
Sumber: Internet