Kalau pergi mall sekarang, dah mula penuh dengan hiasan Chinese New Year. Anak-anak yang first time tengok hiasan-hiasan ni mesti tertanya-tanya perayaan atau event apa. Lagi untung bila Mama Papa datang waktu mereka tengah buat pertunjukan tarian singa, anak confrim excited tengok ‘singa’ menari-nari.
Tapi anak-anak mesti tertanya apa tu Chinese New Year, selalu Hari Raya je. Haa ini yang Mama Siti nak tolong Mama Papa untuk jawab pertanyaan anak-anak Mama Papa.
Apa itu Chinese New Year
Chinese New Year merupakan perayaan yang penuh dengan tradisi dan simbolisme penting dalam budaya Cina. Tahun Baru Cina mungkin sambutan perayaan kaum Cina yang paling popular di Malaysia termasuk juga agama lain yang kahwin campur akan sama-sama meraikannya sebagai tanda hormat.
1. Tahun Baru Lunar
Tahun Baru Cina ni perayaan Tahun Baru dalam kalendar lunar Cina. Anak boleh memahami bahawa selain daripada merayakan Tahun Baru dalam kalendar Gregorian, ada jugak cara lain untuk mengukur masa dalam budaya yang berbeza.
2. Tradisi Keluarga
Malam Tahun Baru Cina adalah masa di mana keluarga akan berkumpul untuk makan malam bersama-sama. Kanak-kanak dapat memahami nilai keluarga dan pentingnya luang masa bersama dengan ahli keluarga.
Malam Tahun Baru akan penuh dengan pelbagai untuk sama-sama makan, salah satu hidangan wajib yang ada adalah yee sang. Apa yang Mama Siti tahu time nak gaulkan yee sang tu, semua keluarga di meja akan sama-sama gaul dan mengangkat yee sang sebagai tanda untuk lebih kaya.
Semestinya akan meriah lagi bila dengar kekecohan ahli keluarga serta dengan ucapan selamat yang diucapkan sambil meletakkan sos ke atas yee sang. Unik bukan!
3. Simbolik Haiwan Zodiak
Setiap tahun dalam zodiak Cina dikaitkan dengan satu haiwan. Kanak-kanak boleh memahami konsep ini dan mengenali haiwan-haiwan tersebut serta sifat yang dikaitkan dengan setiap tahun.
Dalam kalendar luna cina yang ada 12 jenis zodiak haiwan ni, ada kaitan dengan 12 jenis haiwan tau Mama Papa. Haiwan ni dipilih berdasarkan satu pertandingan yang dibuat tau. Macam mana mama Siti tahu? Sebab kecik-kecik dulu Mama Siti selalu tengok dekat tv tentang zodiak kalendar luna cina ni.
4. Sampul Merah (Angpau)
Tradisi memberi dan menerima sampul merah mengandungi wang sebagai simbol keberuntungan. Kanak-kanak boleh memahami bahawa ini adalah cara orang dewasa memberi dan berkongsi kebahagiaan dengan yang lain.
Kalau Mama nak tahu, angpau ini juga sering dijadikan salah satu barangan dekorasi sempena Tahun Baru Cina kerana simboliknya kepada masyarakat Cina.
Angpau ni pun dianggap sebagai hadiah jugak sama macam Hari Raya dengan Krismas. Cuma dalam masyarakat cina yang dah kahwin je boleh bagi angpau, untuk yang belum berkahwin dilarang untuk berikan angpau tau, sedikit berbeza dengan tradisi Hari Raya.
5. Lion Dance dan Dragon Dance
Pertunjukan tarian singa dan naga adalah sebahagian daripada perayaan. Kanak-kanak dapat menyedari keunikan dan keceriaan tarian-tarian ini serta nilai seni dan budaya dalam perayaan tersebut.
Kalau dekat kedai, mall atau mana-mana tempat pasti dapat tengok lion dance atau tarian singa ni. Dari jauh pun dah boleh dengar bunyi gendang yang dipukul sebagai latar muzik untuk mereka menari. Dua tarian ni ada beza sedikit tau Mama, tapi yang biasa kita tengok tarian singa.
6. Nilai-nilai Murni Menyambut Perayaan
Perayaan ini mengajarkan nilai-nilai seperti hormat kepada orang tua, kasih sayang, dan gotong-royong. Kanak-kanak dapat belajar tentang pentingnya menghormati orang lain dan membina hubungan yang baik dalam masyarakat.
Melalui pemahaman tentang tradisi dan makna di sebalik Tahun Baru Cina, kanak-kanak dapat menghargai kepelbagaian budaya dan membangun kesedaran tentang nilai-nilai keluarga dan masyarakat.
Bila Chinese New Year Disambut?
Perayaan Tahun Baru Cina, juga dikenali sebagai Tahun Baru Cina atau Festival Musim Bunga, berubah setiap tahun berdasarkan kalendar lunar Cina. Tarikh perayaan ini jatuh antara 21 Januari dan 20 Februari dalam kalendar Gregorian.
Perayaan ini bermula pada malam bulan baru Cina dan berlangsung selama kira-kira 15 hari, meliputi tempoh dari malam bulan baru sehingga Pesta Tanglung. Oleh itu, tarikh Tahun Baru Cina berubah setiap tahun dan tidak selalunya bertepatan dengan Tahun Baru Gregorian yang jatuh pada 1 Januari.
Selain dari Chinese New year ada jugak beberapa perayaan yang lain tau, seperti pesta tanglung, perayaan kuih bulan, pesta perahu naga dan perayaan Winter Solstice.
Meriah jugak kan perayaan Tahun Baru Cina ni, Mama Siti rasa part yang paling anak-anak suka mesti tarian singa dengan dapat angpau tu. Tarian singa tu Mama Siti pun teruja jugak tiap kali tengok.
Kalau ada pertunjukan tarian singa dekat kawasan rumah Mama Papa, boleh lah Mama Papa bawak anak-anak untuk tengok sama.
Mama Papa nak tahu apa kepentingan safety harness dekat anak-anak? Klik di SINI.