KelabMama

BAGAIMANA NAK MENGATASI MASALAH ANAK-ANAK KENCING MALAM?

Masalah kencing malam, atau istilah perubatannya enuresis adalah perkara normal bagi kanak-kanak . Biasanya selepas kanak-kanak berumur lima atau enam tahun mereka akan berhenti tabiat tersebut.

Bagaimanapun dari segi istilah, jika kanak-kanak itu selalu kencing malam tanpa sebab yang pasti ia dinamakan sebagai primary enuresis.

Tetapi jika masalah kencing malam hanya berlaku sesekali iaitu apabila kanak-kanak terlalu aktif bermain di siang hari menyebabkan dia penat, ada masalah emosi seperti sedih dan marah atau waktu tidur yang berubah, ia dinamakan secondary enuresis.

Namun jika ibu bapa melihat masalah kencing malam pada anak berterusan tanpa ada tanda mahu berhenti, berusahalah untuk merawatnya kerana bimbang ia ada kaitan dengan masalah saraf tunjang, jangkitan kuman pada air kencing, diabetis atau buah pinggang.

Punca kencing malam:

Menurut Pakar Kanak-Kanak, ada beberapa faktor utama berkait rapat dengan kencing malam. Antaranya keturunan, kelewatan dalam mencapai tahap kematangan untuk pengawalan pundi kencing dan kurangnya penghasilan hormon antidiuretik (ADH) ketika tidur.

Kanak-kanak yang mempunyai masalah kerap kencing malam juga dikatakan disebabkan ruang pundi kencing mereka bersaiz kecil. Kurang penghasilan hormon yang dipanggil vasopressin semasa tidur. Vassopressin adalah penting untuk mengurangkan penghasilan kencing di waktu malam.

Tip Mengatasi Masalah Anak Kencing Malam

Mama jangan terus mengalah ye. Selamat mencuba!