Mengantuk atau tak cukup tidur itu dah jadi lumrah bagi ibu-ibu yang ada anak kecil. Macam-macam sebab kenapa anak kecil kita bangun pada tengah malam. Bangun tengah malam sebab nak susu lah, lampin basah sangat tak selesa lah, itu ini dan banyak lagi kan? Jadi ada beberapa sebab atau punca mengapa anak-anak kecil bangun pada tengah malam. Selain itu cuma nak bagi ibu-ibu diluar sana untuk bantu memahami mengapa bayi kita ni kerap bangun pada waktu malam. Adakah ia kelaparan? Rasa tidak selesa? Sesuatu yang lain? Tak semuanya buruk kalau anak kita bangun tengah malam, contohnya jaga malam sebab nak menyusu. Anak bangun nak menyusu adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangannya yang sihat. Tetapi bangun malam berlebihan adalah kurang elok sebab anak-anak memerlukan tidur waktu malam yang cukup jika kurang tidur ia boleh meletihkan.
- KELAPARAN
Bayi yang baru lahir perlu makan sepanjang masa, tetapi bayi yang dah besar sikit memerlukan satu (atau mungkin dua) penyusuan pada waktu malam. Bayi kelaparan di tengah malam itu perkara biasa.
- LAMPIN BASAH ATAU BOCOR
Bila lampin basah dan bocor dah semestinya bayi tak selesa. Jadi memang bayi akan terjaga, dengan tukar lampin barulah bayi selesa nak tidur kan?
- TERLALU PANAS ATAU SEJUK
Bayi akan tidak selesa jika dia terlalu sejuk. Yang terbaik ialah mendapatkan suhu bilik yang optimum untuk tidur. Ibu juga perlu memakaikan anak dengan pakaian yang bersesuaian ya..
- BAYI BARU NAK TUMBUH GIGI
Bila bayi nak tumbuh gigi memang dia akan rasa kadang-kadang sakit. Memang bayi akan merengek saja, tidur pun boleh merengek. Mungkin sakit sangat agaknya. Bertabahlah wahai ibu demi membesarkan anak.
- ANAK SAKIT
Dapatkan langkah-langkah pencegahan yang terbaik untuk bayi atau anak kecil dari mudah mendapat sakit contohnya macak bila anak demam. Sebab jika anak kita sakit, ibu ayah bersedialah untuk berjaga malam kerana bayi atau anak kecil akan kerap bangun.
- TIDUR SIANG TERLALU LAMA
Tidur waktu siang memang satu perkara yang baik tapi ini mungkin akan mengganggu tidur malam pula. Betul kan?
- MIMPI / MENGIGAU
Kadang-kadang anak-anak jaga tengah malam juga disebabkan mimpi atau mengigau. Memang betul pun, kadang-kadang tu tiba-tiba saja nangis. Nak kene pujuk baru senyap.
- KEADAAN BILIK YANG TERANG
Tidur dalam bilik terang sangat pun tak boleh, sebab buat anak jadi tidur tak selesa. Orang dewasa pun tidur nak gelapkan, sebab lebih selesa.
Sumber: Ayurosman.com