Mama Siti suka tengok mama yang mengandung ni bergaya. Comel dan cantik! Betullah orang kata bila berbadan dua ni naik seri bakal mama tu tau. Tapi yang buat Mama Siti risau ni ada mama yang suka sangat pakai baju ketat-ketat. Mama Siti paham ada mama yang teruja nak ‘tunjuk’ perut yang semakin membesar tapi tahukah mama bila pakai pakaian yang ketat masa mengandung ni boleh mendatangkan keburukan pada mama dan kandungan?
RISIKO PAKAI PAKAIAN KETAT
Bila mama pakai pakaian ketat bukan je buatkan mama rasa tak selesa tapi baby dalam kandungan mama pun sama. Selain itu, mama dan kandungan juga berisiko:
#Kurang Peredaran Darah
Bila mama pakai pakaian yang ketat boleh melambatkan peredaran darah dalam badan tau. Terutamanya untuk mama yang baru hamil, saluran darah berkembang sebagai persediaan untuk meningkatkan darah untuk disalurkan ke plasenta dan baby. Sebelum jumlah darah meningkat untuk mengisi saluran darah, mama berisiko mengalami hypertension dan tekanan darah rendah.
#Heartburn a.k.a Pedih Ulu Hati
Mama tahu tak kalau pakai seluar ketat terutama pada bahagian pinggang boleh buatkan pedih ulu hati? Pedih ulu hati ni terjadi bila makanan yang mama makan lambat cerna dalam perut sebab proses penghadaman lambat. Bila perut rasa penuh, kantung amnion dan baby membuatkan tekanan pada perut. Tekanan daripada pakaian ketat tadi menolak perut mama dan memaksa makanan tak habis cerna tu ke atas sehingga menyebabkan pedih ulu hati (heartburn)
#Sakit-sakit Badan
Perasan tak bila mama pakai baju ketat ni kadang-kadang buat mama rasa sakit-sakit badan? Termasuklah pada bahagian dada, perut dan lengan. Kalau mama pakai bra yang ketat pun boleh membuatkan sakit dalam dada, bawah lengan dan belakang. Ditambah pula jika mama dah nak dekat due bersalin, payudara lebih terdedah kepada sakit atau sebarang komplikasi dari bra yang ketat. Seeloknya mama pakai bra ‘maternity’ kerana ia lebih selesa dan sesuai untuk mama hamil.
Ditambah pula buah dada mama dalam proses untuk menghasilkan susu apabila dilahirkan. Kalau mama pakai bra yang ketat akan memberi tekanan pada payudara dan boleh menyebabkan saluran susu tersumbat. Jaga-jaga ye mama!
#Jangkitan Yis
Masa hamil, rembesan faraj semakin meningkat. Bila mama pakai seluar ketat, membuatkan yis yang secara semulajadinya ada dalam faraj akan overproduce sehingga menyebabkan jangkitan. Mesti mama tak rasa selesa nanti!
#TPS (Tight Pants Syndrome) dan DVT (Deep Vain Thrombosis)
Tight Pants Syndrome ni sama macam heartburn tapi gejala awal bermula dengan simptom kesemutan, kekejangan sehingga mati rasa pada kaki. Kalau mama selalu pakai ketat akan mengganggu aliran darah ke kaki atau Deep Vain Thrombosis akan membuatkan penggumpalan darah pada kaki dan buatkan mama susah nak berjalan.
#Adab Masa Mengandung
Apa-apa pun bagi yang beragama Islam kita masih ada adab-adab yang perlu dijaga semasa mengandung. Kan tak manis kalau mama berpakaian ketat dalam keadaan perut yang tengah memboyot tu. Nampak macam sarung nangka je nanti. Tak naklah macam tu kan? Nak bergaya tak salah tapi kenalah ikut kesesuaian ye mama.
Semoga bermanfaat!
Bestnya Baby Warehouse SALE dengan tawaran menarik dari Motherhood.com.my dan JOM join NewMama bersama KelabMama hari ini!