Seperti yang Mama Siti kongsikan sebelum ini, Mama yang menyusu atau sedang mengandung WAJIB puasa seperti orang lain. Bukan apa Mama Siti risau bila ramai orang ingat bila Mama hamil dan menyusukan baby mesti tidak wajib berpuasa.
Mama hamil dan menyusu yang tidak berpuasa tanpa keuzuran hukumnya adalah berdosa kerana berpuasa adalah satu kewajipan bagi setiap umat Islam.
Tetapi diberikan kelonggaran kepada golongan seperti Mama ini untuk tidak berpuasa kerana bimbang akan kesihatan diri serta kandungan dan bimbang akan kekurangan susu. Tetapi ada syarat yang dikenakan dan perlu dilakukan oleh Mama. Syaratnya wajib qada dan membayar fidyah mengikut keadaan dan sebab tidak berpuasa.
Mama jangan risau, jom Mama Siti kongsikan tips untuk mama survive sepanjang bulan puasa ini.
Tips Mama Mengandung Survive Puasa
1. Panduan Pemakanan

Bulan puasa juga Mama perlu pastikan hidangan Mama lengkap dari segi nutrisi.
Sebagai panduan, ini adalah beberapa saranan pengambilan makan oleh Doktor Kanan Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd Dr Zubaidi Ahmad kepada Mama mengandung yang akan berpuasa nanti.
- Elakkan makanan yang berasid atau bergoreng kerana boleh membuatkan MAma mengalami masalah pedih ulu hati.
- Pengambilan vitamin tamabahan ketika waktu bersahur untuk mengekalkan kesegaran badan sepanjang berpuasa.
- Mama melewat-lewatkan bersahur.Kalau boleh Mama bersahur sehingga waktu imsak supaya Mama tidak cepat pada waktu siang.
- Mama makan dengan sederhana ketika waktu berbuka dan dengan perlahan.
Mama perlu ingat ye Mama kena kurangkan pengambilan gula yang berlebihan. Mama Siti faham bulan puasa ini nafsu makan kita membuak-buak lebih-lebih lagi apabila pergi ke bazaar ramadan.
Bukan tidak boleh makan ye tetapi Mama Siti minta Mama untuk kurangkan saja dalam makan makanan yang bergula ini. Ini kerana kalau Mama ambil gula yang berlebihan akan menyebabkan paras gula dalam badan Mama akan bertambah secara mendadak.
Situasi ini akan membuatkan Mama mudah rasa mengantuk dan pening.
2. Pengambilan Susu dan Kurma

Selain makan makana yang seimbang, pada waktu sahur Mama cuba makan buah kurma dengan susu. Kerana buah kurma ini merupakan satu makan yang sihat. Bukan itu sahaja, malah ia juga makanan sunnah Nabi.
Buah kurma ini banyak khasiat jadi tidak rugilah Mama makan buah kurma ini. Kalau Mama nak buat air kurma susu pun boleh juga. Kalau Mama tidak tahu bagaimana Mama Siti ada sediakan resepi pati kurma.
Nanti Mama bolehlah ikut resepi macam mana nak buat pati kurma senang saja cara untuk membuatnya. Waktu sahur nanti bolehlah Mama minum dan niatkan supaya diberikan tenaga yang berpanjangan untuk berpuasa pada hari tersebut.
3. Perbanyakkan Minum Air Kosong

Minum air kosong yang banyak pada waktu puasa adalah penting unuk semua individu terutama sekali kepada Mama mengandung. Selepas masuk waktu berpuasa Mama kena banyakkan minuma air kosong untuk hidrasi Mama.
Mama perlu usahakan untuk minum air masak sekurangnya 2 liter selepas berbuka hingga ke waktu imsak. Mama minum dengan kuantiti sedikit saja tetapi kerap kali.
Begitu juga pada waktu sahur. Mama perlu minum air kosong untuk pastikan badan Mama kekal hidrasi di waktu siang sehingga waktu berbuka puasa.
4. Kekalkan Tubuh Badan yang Aktif

Bulan ramadan ini membuatkan kita semua menghadkan pergerakan kerana tidak mahu hilangkan tenaga yang ada. Walau bagaimanapun, kita semua perlu melakukan senaman untuk membuatkan tubuh badan kurang rasa lesu.
Antara senaman yang senang untuk dilakukan oleh Mama ialah berjalan dengan banyak dan boleh juga memcuba yoga. Tetapi Mama juga tidak perlu untuk memaksa diri Mama melakukan senaman sekiranya Mama tidak larat.
Mama juga perlu berhati-hati sekiranya Mama mengalami sakit beis, sakit kepala dan sesak nafas sebelum memulakan senaman Mama Siti sarankan untuk Mama berhenti melakukan senaman.
Jangan kerana Mama mahu bersenaman sampai lupa kesakitan yang Mama alami. Ini untuk mengelakkan berlaku sebarang kejadian seperti pitam atau jatuh ketika melakukan senaman.
5. Kawal Saiz Badan Mama

Mama tidak perlu untuk ambil makanan dalam porsi atau portion yang banyak semasa berbuka kerana makanan ersebut akan menekankan badan Mama. Makanan berlebihan boleh menyebabkan senak serta pertambahan berat badan Mama.
Terutama sekali jika pengambilan makanan Mama yang mempunyai gula dan garam yang tinggi. Mama hanya perlu makan dengan porton yang Mama perlukan saja.
Ini adalah untuk mengelakkan Mama daripada mendapat pertambahan berat badan yang tidak sihat atau berasa tidak selesa selepas makan.
Kesan Sampingan Ibu Mengandung Teruskan Puasa
Seperti yang dikongsikan oleh Dr Suriyakhatun sekiranya Mama mempunyai masalah kesihatan tetapi masih mahu berpuasa, ini mungkin beberapa impaj yang Mama akan hadapi:
- Berat badan tidak naik seperti yang dirancang.
- Kurang selera makan waktu sahur dan berbuka.
- Penyakit kronik yang lain.
- Hampir cukup bulan (bahaya pre-term labour jika mengalami hipoglisemia).
- Tekanan darah rendah.
- Gestational diabetes melitus (kencing manis sewaktu mengandung).
- Ada penyakit yang menjejaskan penghadaman.
Berkemungkinan juga baby akan terjejas di dalam kandungan dan akan membawa masalah kesihatan yang kronik pada baby pula. Tak salah Mama mencuba berpuasa tapi Mama perlu menitikberatkan kesihatan Mama dan juga baby. Mama tak perlu risau kalau Mama tidak mampu untuk berpuasa.
Oh ye, Mama Siti nasihatkan untuk Mama dapatkan khidmat nasihat dan panduan daripada doktor juga. Mungkin apa yang Mama Siti kongsikan ini sedikit sahaja. Selamat menjalani ibadah puasa Mama semua.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Mama perlukan tips ketika Mama hamil? Klik di SINI.