KelabMama

Mengajar Anak Bahasa Rojak – Bagus Atau Tidak?

Adakah bahasa rojak ini merosakkan bahasa kita? Ataupun mengelirukan anak kita dengan mencampuradukkan bahasa?

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter @AfiqShari mengetengahkan isu bahasa rojak digunakan dalam kehidupan seharian serta diajarkan kepada anak-anak.

Menerusi laman Twitter-nya;

Berhentilah ajar anak-anak bahasa rojak.

Contoh: “Adik, pakai shoes tu”

Berdasarkan pemerhatian aku, budak yang bagus English, mak ayah dia tak pernah ajar bahasa rojak macam ni.

Kalau English, English sahaja. Kalau Bahasa, Bahasa sahaja ayatnya.

Kredit: Afiq Shari

Ciapan Afiq telah membuatkan ramai orang mengongsikan pendapat mereka terhadap perkara yang diperkatakan.

Faktor Suku Kata

Antara faktor pembelajaran sesuatu bahasa kanak-kanak adalah suku kata. Ibu bapa adalah guru pertama memperkenalkan bahasa kepada anak-anak. Tidak hairanlah apabila ibu bapa mencari jalan mudah untuk fahamkan sesuatu bahasa kepada anak-anak.

Menurut replies di bawah tweet ini, seorang lagi pengguna Twitter menyuarakan pendapat mereka dengan mengatakan

Banyak perkataan yang dalam bahasa inggeris suku kata lagi sikit drp bahasa melayu,

contoh: shoes (1 suku kata), ka-sut (2 suku kata).

Budak-budak kecik susah nak sebut perkataan banyak-banyak suku kata.

Sebabtu ramai ibubapa “rojakkan” ayat nak bagi anak senang faham

Kredit: Twitter Naim Rajin

Kemahiran Komunikasi Yang Lebih Baik

Melihat penjelasan daripada seorang penceramah motivasi dan sering berkongsi ilmu tentang pengkajian minda dan tingkahlaku manusia secara saintifik, Encik Aiman atau lebih dikenali sebagai ‘Aiman Psikologi’ yang aktif di Twitter, beliau menyuarakan pendapat beliau dari segi psikologi mengenai isu ini:

> Code-Switching

Sebenarnya ia tak mudaratkan perkembangan otak & bahasa kanak-kanak. Ia “code-switching”, iaitu tingkahlaku ekspresi diri melalui bertukar-tukar bahasa dalam satu ayat. Kajian psikologi tunjuk mereka aktif “code switching”, perkembangan bahasa dan komunikasi lebih baik.

Kredit gambar: Borneo Bulletin

> Menjadi Lebih Ekspresif

Mereka menjadi lebih ekspresif dan lebih bebas untuk luahkan apa isi hati (sebab ada beza antara fikir dalam hati vs cakap melalui mulut). Dan mereka jadi lebih selesa nak keluarkan ayat dalam kepala itu, sebab tak ada limitasi “eh jap macam mana eh nak explain benda ni?”

Contohnya, bila kita tweet penuh BM, atau penuh BI. Perasaan dia lain kan? Kepuasan pun berbeza. Bukan bermaksud mana lebih baik, tetapi “berbeza”. Sebab setiap bahasa ada kelebihan tersendiri. Maka bila bercampur dalam satu ayat, code-switching membantu jadi lebih ekspresif.

Tweet ini merujuk kepada komunikasi kasual/pasar. Tidak terpakai untuk penggunaan rasmi seperti peperiksaan, temuduga, surat rasmi dan lain-lain. Jangan rojak pula untuk hal formal?

Kredit: Aiman Psikologi

Banyak faktor yang dikemukakan bagi bahasa rojak seperti code-switching mahupun kesenangan menggunakan suku kata mengajar sesuatu bahasa. Walau bagaimanapun, seperti yang dikatakan oleh Encik Aiman, mengajar mereka bahasa rojak dapat mengembangkan otak mereka.

Kredit gambar: Istock

Menurut Jabatan Kesihatan & Perkhidmatan Manusia, Amerika Syarikat, apabila kanak-kanak code-switch, mereka menggunakan semua bahasa mereka untuk “express themselves” dengan penuh keyakinan. Code-switch dapat membantu mereka mengembangkan kemahiran berkomunikasi dan mengenal bahasa mereka dengan lebih lanjut.

Menurut kajian dilakukan pada 2019 tentang code-switching, kelas yang menggunakan dwibahasa boleh motivasikan pelajar untuk menyampaikan maksud mereka dengan tepat dan dapat difahami oleh pendengar. Pelajar yang dibenarkan untuk code-switch secara bebas di dalam kelas kurang menghadapi halangan bahasa semasa membincangkan sesuatu perkara.

Pesan Mama Siti:

Terpulang kepada Mama yang mahu mengajar anak Mama. Jika mahu mereka fasih dalam sesuatu bahasa, sila ajar mereka dengan formula dan cara yang betul. Bahasa rojak tak salah pun, ia bermaksud mereka lebih senang menyuarakan pendapat serta perasaan mereka dalam campuran bahasa. Dan pastikan Mama menggunakan perkataan yang betul – bukan ‘bahasa baby’. Melentur buluh biarlah dari rebungnya, betul tak Mama?