Di bulan puasa ni, ramai yang telah pergi menghadap ilahi. Termasuklah wanita anak 4 ini. Perginya di bulan mulia, meninggalkan suami, 4 orang anaknya serta keluarga kerana pembuluh darah di otaknya pecah dan saluran air membengkak. Tak dapat Mama Siti bayangkan perasaan si anak kehilangan ibu tercinta secara tiba-tiba disaat orang lain sedang seronok membuat persiapan hari raya.
Sering mengadu sakit kepala
25 may 2019: perginya seorang ibu beranak 4 di bulan yg mulia ini disebabkan pembuluh darah pecah di otak.. sekejap ja benda nk jadi.. mulanya mengadu sakit kepala, si suami dh bawak pergi cek hospital bahagian emergency, doktor cakap gangguan kitaran haid dan migrain.. pastu diorang balik rumah mcm biasa.
2 ke 3 hari lepas, si mak pegi bazar ramadan terdekat dgn anak dia beli makanan nk berbuka puasa.. otw nk balik rumah, si mak berhenti2 motor tepi jalan sebab kata anak dia si mak pandangan asyik gelap, nk bawak moto tak nampak tapi si mak ni gagahkan jugak diri bawak moto sampai rumah.
Saluran utama pecah, saluran air kat otak membengkak
Dah sampai rumah nak dekat pukul 7 mlm tu, masuk dlm rumah si mak rebah, kebetulan si suami ada di rumah masa tu dan sempat disambut oleh suami dia dan terus bawak pergi hospital melaka (si mak ni koma dan kritikal).
Keesokan hari transfer ke #ppum .. si mak masih lagi koma dan kritikal sehingga la doktor datang bagitau pada si suami, harapan utk pulih amatlah tipis kerana keputusan scan otak dia didapati otak dia dh dipenuhi blood cloth, saluran utama pecah, kandungan garam tinggi, saluran air kat otak pun membengkak.. peluang utk hidup sgt tipis.. sedih si suami bila terkenangkan anak2 yg masih kecil bakal kehilangan ibu tercinta (anak sulung umur 11 tahun, anak dua dan tiga aku lupa tanya ??♀️ anak bongsu umur setahun 5 bulan dan masih menyusu badan)- hari ni last si bongsu minum susu mak dia, alhamdulillah tadi nurse usahakan utk pam susu si mak.. (tadi tgk dia minum susu mak dia, nk tumpah jugak ayaq mata aku)
Keputusannya negatif
Malam 24 may 2019, doktor cakap dia akan buat 2 test keesokan hari utk tentukan si mak ni akan bagi positif atau negatif respon.. kalau positif doktor akan usahakan lagi utk selamatkan si mak, kalau kedua2 test negatif si suami, anak2 dan family kena terima ketentuan ilahi.
Setelah buat kedua2 test tersebut hari ni mmg tiada respon dari si mak, keputusannya negatif.. semoga kak fazilah ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman.. selamatkan perjalanan pulang jenazah dan family dari ppum ke perlis dan engkau mudahkan la urusan beliau di dunia dan di akhirat. Amin.
BACA JUGAANDA SAKIT KEPALA ATAU MIGRAIN?
Sebab Haid Tak Teratur Yang Mama Kena Tahu
1. Ada masalah kesihatan
2. Hormon prolaktin berlebihan
3. Mengambil ubat-ubatan seperti jamu/ ubat kurus
4. Masalah tiroid
5. Stress dan tertekan
6. Obesiti
7. Terlalu kurus
8. Tersilap kira tarikh sebenar haid
9. Ambil ubat cegah kehamilan
10. Menyusu badan
11. Menopaus
12. Hamil
Sumber : Norzatulakmar Othman
Pesan Mama Siti
Jangan ambil remeh kalau sakit kepala atau kitaran haid mama tak teratur. Ada banyak kebarangkalian yang boleh berlaku. Seeloknya mama buat pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital. Mencegah lebih awal adalah lebih baik supaya tak jadi perkara yang tak diingini. Alfatihah untuk arwah