Setiap wanita yang hamil pasti risau memikirkan situasi semasa nak melahirkan nanti. Apatah lagi bila dengar cerita mereka yang dah berpengalaman bersalin lagilah macam-macam perkara yang bermain difikiran. Pastinya pelbagai tips yang dibaca untuk memudahkan proses bersalin seperti yang dikongsi oleh wanita ini.
Menariknya, tips ini datang dari sebuah majalah dari negara Jepun dimana wanita di sana mengamalkan semua tips ini supaya dapat berhadapan dengan ‘easy labour’. Wah, mama boleh cuba ni!
89% daripada mama mudah bersalin amalkan tips ni
Menurutnya dalam majalah ni terdapat pelbagai tips tentang proses kehamilan dan untuk pengetahuan mama, tips yang ada dalam majalah ni ternyata sangat berguna dan berkesan tau! Antara tips yang dinyatakan ialah :
1. Lembutkan badan, stretch, maternity yoga, duduk bersila butterfly dan naik turun tangga (yang ni lebih efektif dari berjalan jauh)
2.Keep warm! 88% daripadanya telah berjaya melalui ‘Easy Labor’ dengan memastikan badan sentiasa ‘panas’ dan tak terlalu terdedah dengan keadaan sejuk.
3. 80% daripadanya mengawal berat badan ketika hamil dan mengamalkan pemakanan yang sihat. Ini sangat penting untuk mama hamil juga mengamalkan gaya hidup yang sihat. Banyakkan makan sayur, banyak minum sup, snek yang sihat dan kurangkan pengambilan garam untuk elak perut nampak ‘kembang’.
Di Jepun, nurse dan doktor sangat pentingkan pregnancy weight ni. Kalau BMI normal boleh naik 7-10kg je. Diorang juga sangat strict dengan pengambilan garam. Kalau banyak sangat ambil garam boleh sebabkan water retention, muka, jari, tangan, kaki akan nampak macam ‘kembang’ & ‘bengkak’ . Bahaya juga takut preeclampsia. Sebab tu mak-mak Jepun ni bila pregnant tak nampak pregnant sangat sebab diorang tak nampak ‘kembang’. Perut pun kecik je.
4. 78% daripadanya selalu mengamalkan ‘bonding time’ dengan kandungan. Kena selalu bercakap dengan baby dalam perut.
Ingat, labor is kerjasama between mom & baby. Dalam labor room tu bukan mak je berusaha meneran, baby pun berusaha untuk keluar! (rasanya mindset ni sangat penting)
5. 68% daripadanya rileks dan enjoy sepanjang kehamilan. Antara aktiviti yang boleh dilakukan seperti pakai eye mask, dengar lagu kegemaran, nikmati minuman kesukaan, mandi buih. Yang penting tak stres.
6. 58% daripadanya pula mengamalkan untuk berjalan selama 30 minit ke satu jam sehari. Baby pun senang turun katanya.
7. Manakala 50% daripadanya bertukar kepada kehidupan yang lebih sihat. Dari seorang yang berjaga malam bertukar kepada seorang yang morning person (bangun awal). Dapat tidur yang cukup 7-8 jam dan nikmati makan malam seawal 6-7 malam.
8. 43% daripadanya selesaikan masalah-masalah kecik secepat mungkin supaya tak stres.
9. 31% daripadanya praktis visualization of labour. Waktu ni mama boleh kaji dan fahamkan situasi-situasi yang bakal dihadapi:
– kalau pecah air ketuban
– kalau strong contraction
– kalau ada spot/ bleeding/ mucus plug
Sumber : mrs.aliff
BACA JUGA 11 RESEPI TERBAIK SEMASA PANTANG
Pesan Mama Siti
Apa-apa pun bagi kita yang beragama Islam, kita kena teruskan berdoa dan tawakal kepada Allah. Minta dipermudahkan urusan nak melahirkan anak. Kita hanya merancang dan selebihnya Allah yang menentukan. InsyaAllah. Semoga bermanfaat!