KelabMama

Didik Anak Memegang Pensel Dapat Merangsang Fungsi Otak

Mendidik anak memegang pensel dan belajar menulis juga satu kemahiran penting rupanya. Ia dapat merangsang fungsi otak kanan dan kiri anak. Kemahiran menulis tak semestinya untuk tujuan akademik sahaja.

Biasanya bila belajar menulis orang akan kaitkan dengan akademik dan persediaan ke sekolah. Bila ajar anak menulis mesti kita suruh dia tulis nombor atau huruf. Kalau tak tahu kita paksa sampai dia kena tahu. Eh, salah rupanya cara tu.

Jom kita pelajari cara betul ajar anak menulis dan menggunakan pensel sebagai salah satu aktiviti menyeronokkan dan dalam masa yang sama mereka belajar banyak kemahiran. Penolong Pengarah (Occupational Therapist) Kementerian Pendidikan Malaysia, Puan Mahfuzah Zainol berkongsi panduan berguna.

MEMEGANG PENSEL DAN PERKEMBANGANNYA

Seorang occupational therapist kebiasaannya menerima klien yang mempunyai masalah dalam kemahiran menulis. Tidak dapat lari dari realiti bahawa memasuki umur persekolahan, yes, anak anda sememangnya harus boleh memegang pensel.

Jika dilihat dari segi perkembangan kanak-kanak juga, mesti ada peringkat, ‘able to draw shapes’.

Yes, able to draw shapes, not alphabets or numbers.

Namun realiti di Malaysia, jika pegang pensel saja, mesti nak tulis huruf dan nombor. Mari kita ubah, menulis tidak semestinya berkaitan akademik.

PEGANG PENSEL SATU KEMAHIRAN!

Memegang pensel boleh menjana kemahiran visual persepsi, koordinasi motor dan kreativiti (as it stimulates left and right brain to function). Memang sungguh, kemahiran memegang pensel sangat penting, sama penting seperti kemahiran bermain juga. Jangan abaikan jika mereka masih tidak boleh memegang pensel dengan tahap umur mereka. Bermain dengan pensel dan practice menconteng dari sekarang.

BELAJAR IKUT 5 FASA INI

Terdapat 5 fasa kemahiran menulis yang boleh dipraktikkan mengikut peringkat umur.

Fasa 1: Menconteng

Fasa 2: Menekap

Fasa 3: Meniru

Fasa 4: Menyalin

Fasa 5 : Menulis melalui memori

TEKNIK AJAR GUNA PENSEL

Ada teknik nak mengajar menulis melalui memori jika seseorang kanak-kanak tersebut ada low performance in memory. Gunakan teknik forward and backward chaining. Rasanya saya pernah share pasal teknik ini untuk menulis nama. Kesemua fasa kemahiran menulis ini saya telah praktikkan bersama klien saya. Sangat berkesan. Sekarang, sedang praktik dengan anak sendiri pula.

Dalam kempen 30 minit sehari bermain bersama anak anda, boleh buat aktiviti menulis ini. Dan harus diingat, menulis tidak seharusnya ada kertas. Boleh buat atas permukaan selain kertas juga!!

MENULIS MERANGSANG FUNGSI KEDUA BELAH OTAK KANAN DAN KIRI

Bersembang dengan anak anda semasa aktiviti memegang pensel menggalakkan penggunaan bahasa, pemikiran logik dan juga gaya berfikir selari dengan usia dan situasi semasa.