“Eh, anak saya ni menangis je dari tadi! Diaper dah tukar, susu pun dah minum.“
“Hmm, agaknya susu badan Mama tak cukup. Tak apa lah, cuba Mama bancuh susu formula pula supaya awak kenyang lama.”
Eh, nanti dulu! Sebelum Mama melulu bancuh susu yang baharu, adalah penting untuk anda kenal pasti punca si kecil menangis. Atau erti kata lain, Mama cuba untuk mengenali bahasa tubuh bayi.
Bukan setiap kali menangis tu isyarat bayi lapar, bayi poo poo dan macam-macam lagi. Boleh jadi rengekan mereka itu disebabkan mahu seseorang mendakap, bermain dan sebagainya.
Malah, pandangan mata, senyuman dan gerakan tubuh si kecil itu semuanya melambangkan maksud dan keinginan tertentu tau, Mama!
Jadi, bagaimana cara mengenali bahasa tubuh bayi? Jom Mama Siti kongsikan.
Memahami dan Mengenali Bahasa Tubuh Bayi
1. Memandang Sambil Tersenyum
Apabila si kecil tersenyum sambil memandang tepat ke arah mata Mama untuk beberapa saat, biasanya itu isyarat mereka tengah poo-poo.
Masa ni Mama tunggu sebentar sampai mereka alihkan pandangan, kemudian cuba check diaper si kecil.
Bagaimanapun, ada maksud lain juga selain daripada tanda mereka tengah buang air besar. Sekiranya bukan disebabkan poop, pandangan demikian mungkin bermaksud bahawa bayi tadi sayang kepada Mamanya.
Mereka gembira bila merasakan orang yang mereka sayang berada berhampiran mereka.
2. Menendang Kaki
Tendangan kaki adalah perkara lazim dibuat hampir semua bayi yang mula aktif.
Kelakukan ini bermaksud si kecil sedang merasa gembira dan seronok dengan keadaannya.
3. Menghentak Kepala
Untuk bayi yang dah melepasi fasa newborn, ketika ini kepala mereka sudah kuat untuk berdiri tegak.
Tapi, bila perkembangan yang satu ni dah mula dikuasai, eh si kecil buat perangai hentak kepala pula? Tak kisahlah sama ada ketika dukung atau tummy time.
Mesti Mama tertanya-tanya apa sebabnya ya? Ia mungkin bermakna si comel meragam kerana rasa tak selesa atau dalam kesakitan.
Jadi, sekiranya si kecil mengulangi perbuatan ini dan dalam tempoh yang lama, segera bawa berjumpa doktor.
4. Memegang Telinga
Memegang telinga boleh jadi membawa maksud bayi dalam mood gembira. Namun jika menangis sambil memegang telinga, bermakna dia dalam proses tumbuh gigi dan kurang selesa.
Bagaimanapun, periksa telinga jika bayi sering memegangnya dengan kerap kerana dikhuatiri terdapat jangkitan kuman di situ.
5. Menggenggam Tangan
Menggenggam tangan seperti penumbuk biasanya adalah perbuatan normal yang sering dilakukan oleh bayi.
Namun, ini juga boleh jadi petanda yang mereka sedang lapar atau dalam keadaan stress. Pastikan bayi diberi makan dan perhatian.
6. Mengangkat Lutut
Si manja asyik mengangkat lutut seolah-olah mahu membuang sesuatu yang sukar dari punggungnya? Ia mungkin petunjuk bahawa bayi ada masalah pencernaan, perut tidak selesa, sembelit ataupun kentut.
Ambil bayi dan urut badannya dengan perlahan agar lebih banyak angin dapat keluar melalui sendawa mahupun kentut.
Jika anda menyusu, kurangkan pengambilan makanan yang boleh menyebabkan angin dalam badan.
7. Tangan Terangkat-Angkat
Ini biasanya berlaku disebabkan reaksi bayi yang alert pada bunyi dan persekitaran.
Bayi baru lahir memang mudah terganggu pada sebarang bunyi dan mengangkat tangan adalah respon yang normal.
8. Menggerak-gerakkan Tangan
Pernah melihat si kecil menggerak-gerakkan kedua tangannya secara sekaligus? Itu sebenarnya bermaksud dia sangat gembira sekali.
Sebab itu dia seakan-akan melambai dan memutar-mutarkan tangannya.
9. Mencampakkan Barang
Jika si manja anda itu sengaja menjatuhkan barang dan menunggu Mama mengambilnya, itu bermaksud dia bosan dan ingin mengajak anda bermain permainan lain dengannya.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Untuk mengetahui pelbagai info dan tips tentang si manja, ayuh klik SINI Mama dan Papa!