KelabMama

MATA PANDA DILEMA DIHADAPI KEBANYAKKAN MAMA PUNYA ANAK KECIL

Rutin yang menyebabkan kekurangan waktu tidur ini akan membuatkan mata kelihatan bengkak, tidak bermaya dan menyebabkan kemunculan lingkaran gelap di bawah mata. Selain daripada tidak mendapat tidur yang cukup, masalah ini juga timbul kerana mata mengalami keletihan akibat terlalu lama menghadap skrin komputer atau membaca buku. Mata bengkak atau sembab akan mencacatkan penampilan anda sehingga boleh membuatkan seseorang itu hilang keyakinan diri sama ada di tempat kerja, sekolah ataupun ketika menghadiri urusan rasmi. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana terdapat beberapa petua semula jadi yang boleh diamalkan bagi mengurangkan masalah mata bengkak dan lingkaran hitam di bawah mata.

 

AIS

Menggunakan ais adalah cara yang paling mudah bagi mengurangkan masalah ini. Anda hanya perlu sejukkan bahagian sembab dengan ais batu. Jika tidak ada ais batu, anda boleh menggunakan sudu. Masukkan sahaja sudu ke dalam peti ais, setelah sudu tersebut sejuk, lekatkan ia ke bahagian mata yang bengkak.

 

TEH UNCANG

Ambil satu teh uncang dan rendam di dalam air panas. Angkat uncang tersebut dan lekapkan di bahagian mata sehingga uncang tersebut sejuk. Kemudian ulang lagi dengan merendam semula uncang teh tersebut ke dalam air panas dan kemudian letakkan di bahagian mata yang terpejam sehingga sejuk. Ulang proses ini dua hingga tiga kali.

 

TEH HIJAU

Ramai yang tidak tahu khasiat teh hijau. Teh hijau mempunyai seribu satu khasiat yang mampu membuat anda seakan-akan tidak percaya kesannya. Selain dapat meningkatkan metabolisme tubuh, teh hijau juga dapat menghilangkan ­lingkaran gelap bawah mata. Jadi bagi anda yang mempunyai masalah lingkaran gelap bawah mata, ini yang patut anda cuba. Rendam uncang teh hijau dengan air suam. Kemudian letakkan­nya ke atas kelopak mata selama beberapa minit. Lakukan kaedah ini tiga kali seminggu dan lihatlah hasilnya. Lingkaran gelap bawah mata menjadi pudar dan lama-kelamaan akan hilang sepenuhnya.

 

TIMUN

Timun merupakan sejenis sayuran yang bukan sahaja baik untuk kesihatan, tetapi juga baik untuk mata. Kandungan astringent yang terdapat pada timun membantu menyegarkan mata bengkak atau sembab. Praktikkan cara mudah ini untuk kembalikan kesegaran mata dengan secepatnya:

 

AIR SUAM

Ambil sehelai kain dan basahkan dengan air suam sederhana panas. Elak merendamnya dengan air yang terlalu panas kerana akan mencederakan urat mata. Selepas itu, perah kain terbabit dan letakkan di bahagian mata.Tenang dan rehat kerana ia mampu mempercepatkan proses menyegarkan mata. Biarkan selama 10 minit dan anda pasti akan merasai kesegarannya.

 

 

 

Sumber: Intenet