KelabMama

“Berapa banyak masa spend dengan anak TANPA gajet & TV?” Pakar Jelaskan Tantrum Anak Kecil & Cara Berkesan Mengatasinya

Tantrum anak kecil adalah satu masalah dan proses yang setiap ibu bapa akan lalui. Ia bukan mudah untuk dikawal. Ibu bapa pun cari macam-macam cara dan juga sumber untuk melawan ataupun memahami tantrum ni apa sebenarnya.

Definisi tantrum adalah tingkah laku yang di mana berlakunya kemarahan secara tiba-tiba atau perlakuan tidak wajar seperti menangis, menjerit, memekik dan menunjukkan ketidakpuasan hati dengan tindakan menendang dan memukul. 

Selalunya ia berlaku sebagai tindak balas kepada keperluan atau keinginan mereka yang tidak disempurnakan. Dan ia adalah berbeza dengan meltdown tau Mama.

Tantrum lebih cenderung berlaku pada kanak-kanak yang lebih muda atau orang lain yang tidak dapat menyatakan keperluan mereka atau mengawal emosi apabila mereka rasa kecewa.

Ikuti perkongsian seorang ibu muda dan juga Pakar dalam Bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak yang tak lokek mendidik ibu bapa lain memahami anak-anak kita, tentang tantrum anak-anak dan bagaimana ibu bapa boleh menangani masalah ini.

Jom baca di bawah!

Tantrum Anak Kecil Ni Normal Ke?

Soalan macam ni pun banyak yang i dapat di Instagram. First parents kena faham anak show tantrum adalah normal dan ia sebahagian daripada perkembangan anak anak. Sebelum kita marah kenapa anak tantrum, kita check balik punca kenapa dia tantrum.

Anak 1 tahun masih belum pandai untuk communicate, shows tantrum adalah salah satu cara untuk anak communicate. Dan mesti ada emotional needs anak yang kita masih tak penuhi lagi.

Apa Yang Ada Dalam Emotional Needs?

1. Masa – Berapa banyak masa yang kita dah spend untuk anak anak TANPA gadget dan TV?

2. Sentuhan – Berapa kali dalam sehari kita dah peluk dan cium anak, sambil cakap “I Love You”?

3. Layanan – Pernah tak kita layan anak bila dia ajak kita bermain dengan dia? Macam mana kita respon? “Ish ibu ayah ada kerja ni” “Adoi kacau lah adik ni” Pernah check?

4. Pujian – Sedangkan kita yang dewasa pun dahagakan pujian, apatah lagi anak kecil yang baru umur 1 tahun. Bila last kita raikan percapaian anak dan berikan pujian?

5. Hadiah – Hadiah yang paling berharga untuk anak anak adalah kehadiran ibu ayah tu sendiri dalam dunia mereka.

Ibu ayah, nk anak dgr cakap tak perlu nak disiplinkan anak, marah anak, hukum anak. Mmg akan membantu, tapi percayalah akan effect mental & emosi in long term. Belajar utk reflect semula diri sendiri. Anak takkan buat perangai tanpa sebab, belajar cari punca dari akarnya dulu.

Jika Mama nak baca dengan lebih lanjut tentang ini, boleh klik di pautan di bawah.

Banyak sebenarnya sebab-sebab anak kecil ni tantrum. Sebagai ibu bapa, kita harus fahamkan dahulu situasi dan juga pastikan mereka fahami mengapa sesetengah perkara dilarang oleh Mama dan Papa.

Bila anak-anak kecil faham, InsyaAllah, akan kurang tantrum mereka. Memang mula-mula susah untuk bagi mereka faham, tetapi dengan usaha dan tawakal, InsyaAllah Mama Siti percaya Mama boleh mengatasi masalah ini!

Semoga maklumat ini memberi manfaat kepada Mama dan keluarga. Selamat mencuba!


Dapatkan e-baucar istimewa apabila Mama mengundi jenama barangan bayi dan keperluan ibu hamil kegemaran Mama di Motherhood Choice Awards 2022 hari ini!