Setiap ibu mesti ada cabaran yang harus mereka lalui, tidak kiralah masalah kehamilan ke, masalah penyusuan, mesti ada masalah yang berbeza-beza. Dan setiap ibu mesti ada cerita yang berlainan. Sempena Breastfeeding Week 2022 dengan slogannya Step Up for Breastfeeding: Educate and Support, Mama Siti nak beritahu Mama tentang masalah dan cabaran yang dilalui oleh ibu-ibu menyusu badan ni.
Antaranya perkongsian daripada Puan Aini di Facebook tentang cabaran beliau untuk menyusukan anak dengan masalah lidah pendek dan terpaksa melakukan pembedahan untuk release tongue tie tersebut.
Tongue Tie Pada Bayi & Kanak-Kanak
Lidah Pendek atau Ankyloglossia adalah keadaan di mana pergerakan lidah bayi adalah terhad, semasa kelahiran akibat tisu membran yang pendek, tebal atau melekat pada bahagian bawah lidah, sehingga boleh mengganggu penyusuan. Keseriusan adalah berbeza bergantung kepada keadaan posterior lidah pendek tersebut. Seseorang yang mempunyai lidah pendek mungkin mengalami kesukaran untuk menjulurkan lidahnya.
Lidah pendek juga boleh mempengaruhi cara anak anda makan, bercakap dan menelan. Walau bagaimanpun, ada juga keadaan dimana lidah pendek tidak mendatangkan masalah. Ia mungkin hanya memerlukan prosedur surgeri yang mudah untuk dibetulkan. Implikasinya terhadap Penyusuan Susu Ibu, pertuturan, isu Pergigian dan isu Saluran Pernafasan.
InsyaAllah esok anak saya Alfi akan buat prosedur Tounge Tie Release setelah 2 kali postpone. Next post saya akan story macam mana boleh detect dia ada masalah ni. Tounge tie sebenarnya boleh detect masa baby newborn lagi, tapi Alfi lambat pulak. Takpe, apa yang berlaku ada hikmahnya kan. Kita redho.
Masalah Lidah Pendek Dan Isu Penyusuan
Bagi memastikan penyusuan susu ibu yang berkesan, lidah bayi hendaklah melekap pada bahagian bawah payudara/puting ibu dan menarik seluruh puting ke dalam mulut sementara gusi atas mengurut pada payudara (bukan puting atau areolar), di mana susu disimpan. Keadaan ini membolehkan susu disedut ke dalam mulut bayi (lihat rajah di bawah).
Akibat daripada lidah pendek, lidah tidak dapat menonjol keluar dengan cukup, dengan ini bayi tidak dapat menyedut dengan betul agar penyusuan susu ibu berlaku.
Simptom
Simptom lidah pendek yang menyebabkan masalah penyusuan susu ibu adalah:
- Bunyi ‘klik’ ketika bayi melepaskan sedutan pada payudara ibu, bagi bayi yang mempunyai lidah pendek.
- Mengambil jangka masa yang panjang atau kerap ingin menyusu.
- Susu akan meleleh keluar ketika proses penyusuan, menghisap dan menelan udara sehingga menyebabkan kembung perut.
- Bayi rasa tidak puas hati/kecewa setelah susu tidak mencukupi dan memerlukan makanan tambahan.
- Penyahhidratan atau penyakit kuning yang berpanjangan.
- Kehilangan minat untuk meminum susu serta penurunan berat badan.
Isu Lidah Pendek dan Pertuturan
Menurut pendapat dari Kolej Pediatrik, UK, tidak semua lidah pendek akan menyebabkan masalah pertuturan. Walau bagaimanapun masalah pertuturan tidak akan dapat diketahui sehingga usia 2 atau 3 tahun.
Sekiranya timbul masalah pertuturan, mereka mungkin mengalami kesulitan untuk menyebut perkataan tertentu yang mempunyai bunyi “th”, “da”, “la” atau “rrrr” kerana lidah mereka tidak dapat menyentuh lelangit mulutnya untuk menutup pembukaan yang ada. Ini mungkin akan menyebabkan pertuturan mereka tidak jelas.
Seorang ahli terapi pertuturan diperlukan untuk membuat penilaian sebelum serta selepas keadaan lidah pendek tersebut diperbaiki.
Jika Mama nak baca dengan lebih lanjut, boleh klik pada link ini.
Siapa sangka, kanak-kanak perlu membuat pembedahan untuk bercakap seperti normal semula. Banyak info yang telah dikongsikan oleh Puan Aini tentang lidah pendek ini.
Buat ibu-ibu yang menyusu badan, info ni penting tau! Seperti yang dikongsikan oleh Puan Aini, pelbagai tanda-tanda yang Mama harus perhatikan. Sekarang Mama pun dah tahu sedikit sebanyak tentang lidah pendek atau pun Ankyloglossia ini. Ia adalah penting untuk detect awal dan selalu check anak-anak Mama.
Kredit: Facebook Aini Alfi