Setiap wanita sama ada bekerjaya atau suri rumah tentu akan menghadapi masalah kesuntukan masa atau tidak tahu hendak masak apa. Keadaan ini akan menyebabkan kita berasa malas dan leceh untuk memasak. Kita akan rasa tidak bersemangat bila memikirkan hendak memasak. Tambahan pula, suami gemarkan untuk makan air tangan kita, tidak mahu makan luar. Jadi sememangnya anda perlu memasak di rumah.
Bagi golongan yang bekerjaya, waktu balik kerja sudah pon lewat petang, jadi kalau boleh golongan ini hendak memasak dengan cara yang paling cepat. Ye lah, nak rehat lagi dan uruskan rumah lagi. Sama juga seperti golongan suri rumah, kalau boleh hendak memasak dengan cepat disebabkan ada anak kecil dan sebagainya.
Sebenarnya, anda boleh memasak secara ekspres jika anda bijak untuk menguruskan bahan dapur. Disini ada tips yang sangat berguna dari Puan Rajenaz Nazira.
7 TIPS MEMASAK CEPAT, SIAP DALAM MASA 20 MINIT
Pengasingan Lauk
- Semua ayam, udang, sotong hendaklah dibasuh siap-siap kecuali ikan. Jangan la anda basuh ikan ya. Siangkan sahaja, jika basuh ikan akan menjadi cepat rosak walaupun dibekukan (frozen). Seperkara lagi, jangan bekaskan mengikut jenis sahaja. Anda kena bajagikan juga mengikut kuantitinya. Sebagai contohnya, kalau masak sekali kita hanya akan menggunakan 4-5 ekor ikan, jangan simpankan 10 ekor ikan sekali dalam satu bekas. Sebabnya, apabila kita defrost, sebaik-baiknya terus masak. Jangan asyik keluar masuk peti ais sejuk sebab ia tidak elok dan boleh mengundang toksik.
Bekaskan Bahan Memasak
- Bekaskan bahan memasak anda di dalam bekas transparent kerana bekas ini mudah untuk kenal pasti kandungannya. Kalau rajin, labelkan untuk mempercepatkan lagi proses memilih bahan. Pengasingan semua bahan memasak ini adalah amat penting bagi mengekalkan kualiti serta memanjangkan tempoh ketahanan.
Kopek Bawang
- Kopek bawang pada setiap hujung minggu. Bawang seperti bawang merah, bawang besar dan bawang putih lepas di kopek kulit, haruslah terus di masukkan dalam bekas bertutup dan masukkan ke dalam peti ais. Bila hendak masak, ambil ikut keperluan untuk ditumbuk atau dihiris. Tidak payah buang masa lagi nak kopek kerana ia sebenarnya boleh melambatkan proses memasak.
Tumis Cili
- Menumis cili blend prosesnya memang leceh. Mana tidaknya, kalau menumis habislah dinding dapur merecik, nak kena lap sana sini dan ia ambil masa yang agak lama juga. Kalau betul betul masak barulah boleh hasilkan masakan yang sedap. Siapkan cili kisar yang dah siap tumis mengikut kuantiti seminggu terus (atau sesuai dengan kekerapan memasak kita). Bila dah tumis dan dah terbit minyak, bekaskan untuk disimpan dalam peti ais. Kalau peti ais bawah, paling lama boleh simpan seminggu saja. Kalau banyak, simpanlah sebahagian dalam “freezer”, boleh tahan sampai 3 bulan. Bila nak masak, ambil cili yang dah bertumis. Mudah dan cepat.
Basuh dan Rendam Sayur dengan Garam
- Sayur ini masalahnya cepat layu dan rosak. Lepas beli sayur, basuh dan rendam dengan air garam untuk lebih kurang 5 minit. Kemudian, toskan dan masukkan ke dalam bekas. Proses ini melanjutkan tempoh kesegaran sayur. Bila nak masak terus ambil dari bekas. Cara ini boleh menjimatkan masa sebab tak payah beli sayur setiap hari.
Buat Senarai Menu Masakan
- Ini yang paling penting, senaraikan menu makanan dalam seminggu. Tulislah senarai untuk ditampal di peti ais, smartphone, atau mana-mana kertas. Percaya atau tidak, kita sebenarnya buang masa untuk memikirkan apa yang kita nak masak.
Ikut Urutan yang Betul
- Bila nak mula memasak, semak senarai menu dan buat pilihan. Kalau yang bekerja, balik sahaja bukak pintu rumah – jangan tanggal tudung, jangan tukar baju, terus pergi defrost lauk dan masak nasi. Ingat, 2 perkara ini yang ambil masa. Lepas buat 2 perkara ini, bolehlah pergi buat apa yang patut dan bersedia untuk masak lauk.
Cepat Siap, Sinki pon ‘Clear’
Dengan tips memasak cepat ini, confirmed cepat siap. Paling lama, 30 minit. Dan sinki pun siap bersih sekali. Semoga tips ini dapat membuat kita cepat, happy dan ikhlas untuk memasak untuk keluarga. Bila ikhlas, pahala pun untuk kita.
Selamat Mencuba.
Sumber: Facebook Puan Rajenaz Nazira
Sumber Gambar Utama: http://sajiandapurbonda.blogspot.my