Mama Siti percaya cita-cita utama bagi setiap anak-anak apabila mereka semakin membesar adalah untuk berjaya dalam pelajaran. Pembelajaran sangat penting kerana ia menjamin kehidupan masa depan anak-anak. Walaupun kita mungkin masih boleh membantu mereka sehingga tahap tertentu, ada masanya kita turut perlukan sokongan daripada pihak lain untuk menyokong keperluan anak-anak.
Mak mana yang tak ingin anak-anak berjaya bukan?
Kesan Pandemik Kepada Keluarga
Ditambah pula dengan keadaan pandemik yang melanda seluruh dunia sekarang. Siapa sangka hanya kerana satu virus, ia memberi impak besar kepada hampir kesemua aspek kehidupan kita – sehingga menjejaskan keperluan harian diri dan keluarga.
Walaupun sekarang sudah agak terkawal, namun masa depan anak-anak kita masih menjadi tanda tanya. Mama Siti pun risau dengan masa depan anak-anak sendiri.
Sumber Pemakanan Yang Sihat Membantu Kecerdasan Minda Anak-anak
Secara peribadi, Mama Siti bersyukur kerana masih mampu memberikan yang terbaik buat anak-anak. Mungkin tidak sebanyak yang sebelumnya, Mama Siti cuba untuk mengekalkan sumber nutrisi yang bagus dalam diet harian mereka seperti minuman susu Dutch Lady, bagi membantu perkembangan kesihatan dan kecerdasan minda anak-anak.
Setiap pek susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady mengandungi nutrien dan vitamin penting untuk menyokong keperluan nutrisi harian anak-anak pada tahap optimum. Dengan pelbagai rangkaian susu besesuaian dengan usia anak-anak, Dutch Lady sering menjadi pilihan mereka. Anak Mama Siti juga sangat gemarkan minuman susu Dutch Lady!
Satu Pencalonan Boleh Meringankan Beban
Sebagai salah satu jenama pengeluar susu yang terkenal, Dutch Lady prihatin dengan apa yang dibimbangkan ramai ibu bapa dalam keadaan sekarang. Walaupun kita semua berasa sukar dalam menyesuaikan diri dengan hidup normal baharu, kita harus ingat bahawa terdapat masih ramai yang sangat memerlukan bantuan.
Bagi bersama-sama meringankan beban mereka, Dutch Lady mengambil inisiatif dengan menganjurkan satu kempen yang akan memberikan dana pendidikan berjumlah RM1 Juta untuk 40 kanak-kanak di Malaysia!
Untuk menyertai kempen ini sangat mudah ya Mama.
Bagaimana Anda Boleh Menyertai Kempen Ini?
Sekiranya anda tahu ada keluarga yang memerlukannya atau untuk anak anda sendiri, anda boleh menyumbang kepada kempen ini dengan cara-cara berikut:
- Beli produk Dutch Lady Growing Up Milk atau MaxGro bernilai RM40.
- Hantarkan 1 pencalonan* (kanak-kanak tersebut).
- Hantar foto kreatif yang menunjukkan anak yang dicalonkan mengambil bahagian dalam aktiviti atau hobi kegemarannya.
- Sertakan kapsyen cerita ringkas yang tidak lebih daripada 100 patah perkataan; mengenai aspirasi anda untuk anak tersebut dan manfaat menerima dana pendidikan ini.
- Lampirkan borang pencalonan bersama resit pembelian.
- Hantarkan maklumat pencalonan dan video tersebut DI SINI.
*Dengan setiap pembelian susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady bernilai RM40, anda berpeluang untuk mencalonkan seorang kanak-kanak/anak.
Panel juri akan memilih 5 pemenang setiap minggu untuk menerima dana pendidikan daripada Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) bernilai RM25,000 setiap satu. Disamping itu, 20 pemenang hadiah sagu hati akan menerima menerima peranti pintar setiap satu. Jumlah pemberian kempen ialah 40 dana pendidikan dan 160 peranti pintar.
Kempen ini akan berlangsung selama 8 minggu – bermula dari 5 April hingga 30 Mei 2021. Jadi apa tunggu lagi? Gunakan peluang ini untuk membeli susu Dutch Lady dan turut sama-sama membantu menyokong generasi masa depan anak-anak kita disamping merealisaikan impian mereka! Layari www.smartmoments.com.my untuk info lanjut.
Sama-sama #kitajagakita #danarm1jutaharapan.