Pada pandangan Mama dan Papa, apa perkara yang boleh memberikan keceriaan dalam sesebuah keluarga? Kalau ditanya pendapat Mama Siti, keceriaan sesebuah keluarga itu adalah apabila kita sebagai ibu bapa berpeluang meluangkan masa bersama anak-anak tanpa sebarang tekanan.
Tak kiralah melalui aktiviti beriadah di luar atau bersantai dalam rumah, kesempatan untuk mencipta momen indah dengan mereka yang tersayang tentunya menjadikan detik itu lebih bermakna.
Tak perlu juadah mewah atau bercuti ke destinasi menakjubkan pun, semua ini mampu dinikmati melalui hubungan erat seisi keluarga.
Tapi rasanya tak lengkap bonding session bersama anak-anak ini tanpa hidangan biskut dalam LEXUS Pek Keceriaan oleh Munchy’s. Apa yang menariknya dengan pek terbaharu ini?
Tahukah Mama dan Papa, LEXUS Pek Keceriaan ini amat sesuai dijadikan sebagai kudapan ketika aktiviti riadah anda kerana di dalam pek bersaiz sederhana ini terdapat pelbagai jenis perisa biskut.
Pek yang mudah dibawa dan ringan ini mengandungi:
- 4 sachets LEXUS Chocolate Cream Sandwich 38g
- 4 sachets LEXUS Salted Vanilla Cream Sandwich 38g
- 2 sachets LEXUS Dark Choc Cookies 27g
- 3 sachets LEXUS Choc Coated 20g
Ha, banyakkan? Satu pek tadi pasti boleh dikongsi oleh seisi keluarga Mama. Pastinya tak rugi kalau Mama dan Papa grab LEXUS Pek Keceriaan yang dijual dengan limited edition ni sebab Mama Siti yakin kesemua perisa tadi pasti digemari oleh anak-anak.
Nampak sahaja ringan, tapi Mama pun akui ada banyak paket biskut dalam sebuah pek tadi. Tak susahlah Mama dan Papa nak bawa ke taman atau jadikan snek sambil si kecil bermain di laman rumah.
Tambahan pula, biskut LEXUS daripada Munchy’s ni memang tak asing dah dalam kalangan kanak-kanak. Confirm mereka seronok nikmati biskut perisa kegemaran mereka ni.
Malah, Mama Siti yakin aktiviti santai keluarga lebih menarik apabila setiap satu LEXUS Pek Keceriaan tadi turut mengandungi sekeping kad mewarna animasi BoBoiBoy. Ada tiga jenis kad animasi BoBoiBoy yang berbeza-beza corak.
Jadi, bukan hanya bersantai sambil makan biskut semata-mata tau, tapi Mama Papa boleh manfaatkan waktu ceria seisi keluarga ini dengan mengasah perkembangan kreativiti mereka pula apabila anak berkarya pada kad mewarna masing-masing.
Untuk pengetahuan Mama Papa, pek edisi terhad ini dihasilkan sempena ulang tahun ke-25 LEXUS. Wah, dah lama kan Munchy’s dalam food industry ni!
Jadi, Mama Siti yakin semua mak-mak mesti dah kenal dengan jenama yang satu ni termasuklah jenis flavor dihasilkan yang pastinya menjanjikan kelazatan.
Semuanya sedap kerana LEXUS menghasilkan biskutnya dengan keseimbangan rasa manis dan savoury yang membuatkan anak-anak termasuk Mama dan Papa juga tak cukup dengan hanya sekeping biskut. Mesti nak lagi dan lagi!
Jadi, memang sesuailah Mama dapatkan LEXUS Pek Keceriaan yang ada pelbagai perisa, dengan 13 paket biskut kesemuanya.
Tengok pun dah menarik kan! Nah, cuba lihat antara jenis aktiviti yang boleh Mama tiru berdasarkan perkongsian oleh beberapa ibu hebat di Instagram tentang bagaimana mereka memanfaatkan masa seisi keluarga dengan hanya ditemani LEXUS Pek Keceriaan ini!
1. Untuk Beriadah
Seperti yang dikongsikan Puan Syahirah dan Puan Saidatul, beriadah di taman sambil lihat anak boost energy mereka pun dah sesuai jadikan LEXUS Pek Keceriaan ni sebagai snek ringan ketika itu. Disamping bergembira di luar, hidangan lazat ni menambahkan lagi momen ceria mereka seisi keluarga.
Bak kata mereka, tak susah pun sebenarnya nak buat anak-anak gembira, cukup asalkan kita ada sekali spend time dengan diorang buat aktiviti bersama. Nak lebih mudah dan seronok? Pastikan bawa bersama-sama LEXUS Pek Keceriaan.
2. Snek Ketika Bersantai di Rumah
Selain dijadikan kudapan ketika beriadah, LEXUS Pek Keceriaan turut boleh dinikmati bersama anak-anak ketika mereka sedang menyiapkan homework atau bersantai menonton televisyen.
Seperti yang dilakukan oleh Puan Tengku Rinanda, Puan Shima dan juga Puan Ummi Husna ini. Pek istimewa ini dah macam ‘bantuan’ untuk mak-mak bila anak mengadu lapar atau boring ketika itu.
Mengandungi pelbagai flavor biskut membuatkan anak-anak Mama lebih teruja menyiapkan homework atau tengok TV sambil menikmati snek enak ini.
3. Reward Untuk Anak Mama!
Bagi Puan Tsae Woon dan Puan Celine Goh, menghabiskan masa bersama keluarga pada hujung minggu adalah detik bermakna bagi mereka dalam memastikan anak-anak sentiasa mendapat perhatian daripada ibu bapa.
Justeru, kreativiti kedua-dua ibu hebat gunakan dengan menjadikan LEXUS Pek Keceriaan sebagai rewards apabila semua anak-anaknya membantu dalam kerja rumah sangat wajar dicontohi.
Bukan hanya digunakan sebagai snek enak ketika beriadah kan, tapi turut sesuai dijadikan ganjaran kepada anak-anak sebab si kecil Mama mesti tahu keenakan biskut LEXUS oleh Munchy’s ini tak asing untuk mereka.
Tunggu apa lagi? LEXUS Pek Keceriaan ini hanya terdapat dalam tempoh terhad je Mama. Jadi rugi kan kalau tak grab. Bukan setakat enak dimakan, boleh buat aktiviti coloring jugak dengan anak-anak. Pastinya detik keceriaan ini jadi lebih bermakna!