Mendukung tanggungjawab sebagai seorang ibu dan dalam masa sama perlu keluar untuk bekerja tentunya membuatkan wanita itu berasa dilema.
Masakan tidak, ia umpama memikul cabaran berat lantaran si Mama yang berusaha memastikan segala amanah ini dapat digalas beliau dengan baik.
Namun, tubuh dan keringat tunggal ini tak akan mudah untuk melaksanakan 1,001 hal ini dengan sebaiknya. Pasti sedikit sebanyak ada yang terkurang dan terlepas pandang.
“Setiap kali weekdays, rutin saya sebagai ibu seperti baru bermula selepas pulang dari tempat kerja. Itupun sebaik tiba di rumah waktu senja, saya terus ke dapur untuk memasak dan cuci baju.
“Bila selesai barulah kami sekeluarga dinner. Jadi, itulah masanya saya nak berbual dengan anak-anak tapi tu pun sempat kira-kira 30 minit jerr sebab lepas tu sibuk mengemas dapur pula.
“Bila dah selesai kerja di dapur, sempat tengok anak-anak siapkan tugasan sekolah dan kemudian mereka terus masuk tidur. Bayangkan sehari tu, tak sampai sejam pun saya dapat duduk berbual dengan mereka.
“Jauh di sudut hati, saya rasa macam ibu yang gagal sebab tak ada masa berkualiti pun dengan anak. Namun, apakan daya, saya juga perlu bekerja sebab nak bayar hutang sendiri serta bantu suami serba sedikit untuk ekonomi keluarga.”
Mama Siti yakin kebanyakkan para ibu yang bekerja takkan terlepas daripada perasaan dilema seperti ini.
Bak kata pepatah, ditelan mati emak, diluah mati bapak. Umpama tiada pilihan untuk mencorakkan kehidupan yang lebih baik kerana.
Malah, ada antara Mama juga yang berasa sudah putus asa untuk memberikan komitmen penuh kononnya sebagai cara untuk topup semula masa berkualiti dengan anak setelah seharian sibuk bekerja.
Para Mama merasakan lebih tertekan lantaran letih untuk memikul kedua-dua amanah ini dengan sebaiknya.
Maka, mereka tak mahu push diri kerana sedar hakikat kehidupan ini akan berterusan mungkin sehingga 20 tahun lagi yang mana itu tempoh sangat lama untuk seorang ibu memaksa dirinya bagi menjadi ‘Mama yang perform’.
Sabar yerr Mama, pengorbanan yang dilakukan ini sebenarnya mulia. Meskipun tidak berpeluang duduk di rumah 24 jam, menyambut kepulangan anak-anak dari sekolah dengan hidangan air tangan Mama, menemani mereka menyiapkan homework setiap malam dan selalu bertanyakan perkara-perkara yang berlaku setiap hari di sekolah, namun Mama tetap terbukti sebagai ibu yang bertanggungjawab.
Namun, tahukah Mama, walaupun sibuk bekerja, anda juga sebenarnya mampu mencipta masa berkualiti dengan anak. “Eh, ye ke! Macam mana tu?”
Caranya adalah dengan maintain work-life balance. Apa work-life balance tu dan macam mana caranya? Ok, jom teruskan membaca entri ini.
Apakah Work-Life Balance?
Work life balance adalah cara seseorang itu mengimbangi rutin sehariannya dalam memastikan kehidupan yang dijalani lebih berkualiti dan teratur.
Sebagai contoh waktu pagi ke petang adalah masa bekerja. Petang pula waktu untuk bersukan, manakala sebelah malam bersantai dengan rakan-rakan di kedai mamak sebagai cara untuk menghilangkan tekanan dan kesunyian.
Penting ke cipta work-life balance ni? Yes, penting Mama! Dengan mengamalkan work-life balance, Mama dapat tentukan rutin seharian dengan lebih baik, dapat menguruskan pelbagai perkara dan yang lebih utama adalah mengurangkan risiko tekanan dalam hidup.
Tanpa keseimbangan kehidupan bekerja, ia boleh trigger Mama untuk cepat stress kerana merasakan banyak hal dan perkara yang perlu dilakukan dalam mood terkejar-kejar.
Jadi, bila pengurusan masa dapat dicipta dengan lancar, segala tugasan Mama sama ada di pejabat mahupun di rumah boleh dilaksanakan dengan baik dan teratur.
Namun, bagaimana cara untuk menghasilkan work-life balance? Bukan semua orang boleh cipta jadual harian tanpa gangguan. Ayuh tengok beberapa cara Mama Siti cadangkan ini yang mungkin membantu seorang ibu bekerja mencipta work-life balance mereka.
Cara Mencipta Work-Life Balance
1. Wujudkan boundaries
Dalam memastikan pengurusan kehidupan seharian Mama lebih berkualiti, Mama perlu tegas dalam pelbagai perkara seperti tidak membenarkan urusan kerja menganggu Mama sekiranya berada di luar waktu kerja.
Tegas dalam mengatakan kepada bos untuk tidak diganggu sebaik waktu kerja selesai dan pada hujung minggu. Jika sesekali mereka memerlukan Mama untuk berada lebih masa di pejabat mungkin tak mengapa.
Namun sekiranya kerap, Mama kena bertegas untuk tidak membiarkan urusan kerja itu dibawa sehingga ke rumah.
Tetapkan sempadan dengan mengatakan masa di rumah adalah masa untuk bersama keluarga.
2. Minta tolong pasangan
Pastinya bukan mudah untuk Mama menyiapkan segala benda di rumah seorang diri. Justeru, masa inilah peranan pasangan amat diperlukan bagi memastikan tugasan di rumah dapat disiapkan lebih cepat.
Bila kerja rumah selesai cepat, Mama pun dapat berehat awal sambil meluangkan masa dengan anak-anak sebelum mereka masuk tidur kan?
Walaupun bukan untuk tempoh yang lama, tapi bila Mama bereluang pantau anak-anak buat homework, secara tak langsung juga Mama dapat kenal pasti perkembangan anak-anak anda.
3. Sentiasa curi masa dengan keluarga
Untuk mengurangkan rasa bersalah Mama kerana beranggapan kurang memberikan perhatian dengan keluarga, Mama boleh sentiasa curi masa untuk bersama mereka setiap kali free.
Contohnya pada waktu lunch hour, selalunya anak akan pulang ke rumah pengasuh menaiki van sekolah, namun sesekali cipta kelainan dengan mengajak anak makan bersama selepas waktu persekolahan.
Lepas lunch, anak terus bersiap untuk ke sekolah sesi petang dan sebagainya.
Senang kata, tatkala Mama lapang jerr, sesekali habiskan masa dengan anak-anak sebgaia cara mengeratkan kemesraan antara anda berdua.
4. Jangan pernah rasa down dengan pekerjaan dilakukan
Walaupun kerja membataskan masa Mama dengan anak-anak, tapi ingat jangan pernah rasa down dan ‘jauh hati’ dengan pekerjaan yang sedang anda lakukan.
Paling penting adalah Mama perlu cintakan pekerjaan yang Mama sedang lakukan.
Bila Mama mulai rasa tak seronok dengan dunia pekerjaan Mama dek kerana merasakan tiada masa dengan anak-anak, ini boleh mengundang tekanan pada diri Mama.
Rasa tak ada mood setiap kali nak ke tempat kerja. Bukankah ia jadi lebih buruk untuk kesihatan mental dan emosi Mama.
Melainkan suasana kerja Mama itu memang tak menyeronokkan. Bagi hal itu, Mama yang kena bijak buat keputusan.
Namun jika perasaan tak gembira ini hadir sebab mengenangkan nak tinggal anak pada pengasuh dan sebagainya, ia tak bagus untuk kesihatan rohani Mama.
Apa pun pekerjaan yang dilakukan, perlulah berbangga dan buat anak-anak impress tengok semangat tinggi Mama dalam membantu Papa mencari rezeki.
Walaupun kurang masa bersama mereka, itu tak bererti anda tak mampu jadi role model pada anak-anak kan Mama?
5. Wajibkan family time dalam ahli keluarga
Cari satu masa dalam tempoh seminggu untuk family time.
Selagi tiada hal yang urgent, semua ahli keluarga wajib kosongkan masa mereka untuk bersama-sama dalam family time.
Family time ini secara tak langsung dapat mengeratkan hubungan dan yang lebih utama, Mama sentiasa dapat ikuti pekrkembangan anak-anak walaupun sibuk bekerja.
Buat secara santai jerr Mama contohnya pergi ke mall untuk makan bersama dan berbual tentang apa jerr yang rasa nak dikongsikan.
Pergi menonton wayang pun boleh atau picnic bersama. Boleh peruntukkan pada setiap weekend untuk family time anda yang mana ia adalah aktiviti wajib untuk disertai semua ahli keluarga
6. Bercuti
Dalam kesibukan menyiapkan pelbagai tugasan, jangan abaikan kelongaran yang diberikan majikan iaitu cuti tahunan.
Rancanglah percutian setiap tahun untuk habiskan masa bersama-sama anak.
Bukan setakat bermanfaat untuk ahli keluarga, namun untuk topup energy Mama yang sangat letih bekerja sambil menjadi ibu.
7. Lakukan sesuatu mengikut kemudahan Mama
Ingat, walau apa pun keadaan yang Mama sedang lalui, jangan pernah push diri secara keterlaluan.
Mama tetap ibu yang hebat pada anak-anak. Manfaatkan masa dengan mereka sebaiknya setiap kali ada waktu yang sesuai.
Kalau tak larat masak, tapau dari luar atau masak yang simple jerr. Jangan memaksa diri untuk jadi ibu yang perform sehingga menganggu kerja Mama atau kerja di rumah.
Lama-kelamaan, ia akan buat Mama lebih stress kerana kerja bertangguh yang terlalu banyak.
8. Kerap melibatkan diri dengan aktiviti sekolah anak
Salah satu cara untuk sentiasa mengetahui perkembangan anak termasuk pengetahuan akademik mereka adalah dengan berusaha untuk hadir dalam acara di sekolah.
Tanyakan kepada guru mereka mengenai tingkah laku anak, perkembangan dan kemahiran anak.
Daripada situ, jika ada kelemahan dalam sesuatu subjek itu, Mama boleh pantau lebih dekat seperti menemani anak menyiapkan homework untuk subjek berkenaan.
Bukankah secara tak langsung Mama boleh mengetahui banyak perkara tentang anak. Nah, itu pun dah terbukti Mama ibu yang hebat sebab sentiasa ambil berat daripada segala aspek tentang anak-anak kan?
#Kesimpulan
Sebagai seorang ibu, berseronok dan hargailah setiap masa kerana mereka cepat membesar. Sekelip mata sahaja mereka sudah melangkah ke alam dewasa.
Buatlah anak-anak untuk sentiasa merasakan bahawa rumah adalah tempat paling istimewa bagi mereka meskipun sehingga anak dewasa nanti.
Bagi ibu bapa terbaik, mereka anggap anak itu satu hadiah paling berharga. Kenapa perlu sia-siakan waktu mereka kecil dengan pengalaman yang tak best?
Jangan bimbang, walaupun Mama sangat sibuk dengan kerjaya, cuba berusaha untuk menjaga dan memberi sepenuh perhatian kepada mereka. Buatkan anak-anak faham mengapa Mama perlu menjadi ibu yang bekerja. Good luck Mama!
Untuk pelbagai info dan tips tentang keibubapaan, Mama boleh klik di SINI!