Nutrisi, nutrisi dan lebih nutrisi!
Itulah yang paling penting semasa anda hamil, wahai bakal Mama, kerana anda sedang membantu tumbesaran bayi dalam kandungan.
Makan untuk dua orang tidak bermaksud makan makanan ringan atau sekadar ingin memuaskan keinginan atau apa yang diidamkan. Sebaliknya, anda perlulah memastikan yang anda mendapatkan protein, lemak, vitamin dan mineral yang sihat, serta serat dan karbohidrat kompleks.
Salah satu mineral penting yang diperlukan ibu hamil adalah kalsium. Ia membantu membentuk tulang bayi yang sedang membesar di dalam kandungan, di samping menjaga kesihatan tulang anda. Sekiranya anda tidak mendapatkan kalsium yang mencukupi, badan anda akan kekurangan kalsium kerana kalsium yang ada telah disalurkan kepada bayi dalam kandungan dan anda berisiko mengalami osteoporosis di kemudian hari.
Eh, tak nak lah! Tak nak kena osteoporosis!
Ramai orang mengaitkan pengambilan kalsium dengan susu. Tetapi, dengan pelbagai pilihan susu yang berada di pasaran, susu yang manakah terbaik untuk ibu hamil?
Mama, adakah anda pernah pertimbangkan susu soya sebagai susu yang berkhasiat untuk ibu hamil?
Penambah Tenaga Ibu Hamil!
Ada sesetengah ibu hamil agak berhati-hati dan ragu-ragu dengan susu soya kerana beberapa gosip mengenai kesan sampingannya. Nanti dulu!
Jangan terus buat konklusi sendiri ya Mama. Susu soya sebenarnya selamat dan mengandungi pelbagai nutrien yang diperlukan ibu hamil dan bayi dalam kandungan (serta banyak lagi khasiatnya akan diulas di bawah). Namun begitu, anda tidak dinasihatkan untuk meminum susu soya setiap kali rasa haus, tetapi segelas sehari pasti dapat membantu menguatkan tulang anda.
Kulit Menjadi Putih – Betul Ke?
Sebagai orang Asia, sudah menjadi budaya kita untuk mengamalkan petua dan pantang larang yang dinasihatkan orang tua sepanjang kehamilan. Salah satunya mengenai pengambilan susu soya ketika hamil.
Antara petua yang popular adalah:
Eh, minum susu soya masa mengandung ni boleh cerahkan kulit anak tu. Minum kopi banyak banyak nanti kulit anak jadi gelap!
Mama rasa petua tersebut betul ke salah? Sebenarnya, ia hanyalah mitos semata-mata! Namun, berdasarkan kajian yang telah dilakukan, vitamin E dalam kacang soya berperanan dalam membantu meningkatkan kesihatan kulit. Jadi Mama, jangan mudah percaya dengan petua-petua zaman dahulu yang tak sahih ya.
Kita sudah berada di tahun 2020, Mama. Sekiranya petua tersebut adalah benar, janganlah jadikannya perkara utama untuk dibahas kerana jumlah melanin pada kulit atau warna kulit tidak harus menjadi ukuran kecantikan atau harga diri seseorang. Semua orang istimewa tak kira warna kulit tau!
Sayangnya, petua itu juga tidak tepat kerana warna kulit terletak pada DNA kita, dan kita harus bersyukur kerana susu soya (dan kopi) tidak boleh mengubah genetik kita.
Manfaat Kesihatan Ketika Hamil
Walaupun susu soya tidak boleh menentukan warna kulit kita sekeluarga, susu soya boleh memberi pelbagai khasiat kesihatan kepada ibu hamil:
- Susu soya mempunyai kandungan asid folik yang tinggi. Ia berperanan dalam mencegah kecacatan otak dan tulang belakang.
- Bagi ibu-ibu yang mempunyai intoleransi laktosa, susu soya merupakan alternatif popular kepada susu lembu kerana ia berasaskan tumbuhan. Ini membantu mengurangkan risiko alergi bayi anda terhadap susu dan juga merupakan pilihan yang baik untuk memenuhi keperluan protein anda.
- Susu soya kaya dengan Omega-3 yang sangat penting untuk perkembangan otak janin.
- Seperti yang dinyatakan di atas, ibu hamil perlu menambah pengambilan kalsium semasa mengandung untuk kesihatan mereka dan bayi mereka. Kebanyakkan susu soya turut diperkaya dengan kalsium seperti yang terdapat dalam susu lembu.
- Apabila semakin hampir dengan hari bersalin, kebanyakan ibu hamil pasti akan bimbang mengenai “birth weight” dan juga kelahiran pramatang. Mengambil zat besi yang mencukupi (yang juga terdapat dalam susu soya) sebelum mengandung juga akan membantu mengurangkan risiko ini.
- Susu soya dapat mencegah diabetes semasa kehamilan. Para saintis telah menemui satu “compound”, “isoflavones” dalam soya yang boleh membantu menurunkan risiko diabetes dan penyakit jantung. Ia mengawal kadar gula dalam darah dan juga dapat meningkatkan toleransi glukosa pada pesakit diabetes.
- Sekiranya anda mudah letih semasa hamil, itu adalah perkara biasa. Walau bagaimanapun, susu soya dapat membantu meningkatkan tenaga ketika anda merasa penat dan letih. Riboflavin, karbohidrat, dan lemak baik dalam susu soya dapat membantu menambah tenaga, lalu memudahkan anda untuk melakukan aktiviti sepanjang hari.
- Adakah anda pernah mengalami hari-hari menangis atau emosi tanpa sebab semasa hamil? Disebabkan perubahan hormon yang berlaku di dalam badan Mama, ia boleh mengganggu mood anda. Susu soya dapat membantu mengatasi masalah ini kerana ia kaya dengan vitamin B kompleks dan magnesium, yang dapat mengawal “mood swings” Mama dan mengaktifkan hormon gembira dalam badan.
Manfaat Kesihatan Buat Ibu Menyusu
Menyusu sebenarnya agak sukar bagi kebanyakan ibu, sehingga ada juga daripada mereka yang terlalu fokus dengan menyusu sehingga terlupa tentang nutrisi penting untuk diri sendiri.
Sekiranya Mama sedang menyusu atau akan memulakan penyusuan tidak lama lagi, adalah baik untuk anda mengambil segelas susu soya setiap hari. Anda memerlukan protein tambahan untuk membantu penghasilan susu, disamping menambah tenaga anda setiap hari.
Selain itu, Mama juga boleh menikmati makanan yang kaya dengan soya seperti:
- Edamame: Mama boleh dapatkan yang “frozen” dan kemudian panaskan. Sangat mudah dan berkhasiat.
- Miso: Makanan pasti lebih sedap dengan pes Miso!
- Tauhu: Rasanya lebih sedap apabila dikukus dan ditambah dengan daging goreng dan sos di atasnya.
- Tempeh: Tempeh panggang dengan nasi dan sambal semestinya kegemaran semua!
V-Soy , Penyelesaian Soya Anda
Di antara pilihan sumber pemakanan yang kaya dengan soya, yang paling senang diambil adalah susu soya kerana ia mudah didapati di pasaran. Sebagai ibu bekerja, kita tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menambah setiap cadangan diet harian ke dalam menu masakan di rumah.
Itulah sebabnya kami mengesyorkan Susu Soya V-Soy
Mengapa V-Soy ?
Rangkaian susu soya V-Soy
Apabila Mama keluar ke kedai runcit, jangan lupa untuk membeli V-Soy
Untuk maklumat lanjut mengenai susu soya, “follow” @vsoyworld di Instagram dan V-Soy World di Facebook hari ini.
Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.