Normal la kalau semasa mengandung, berat badan naik mendadak. Tapi mungkin akan menjadi sedikit masalah jika berat badan tersebut kekal atau makin menaik selepas bersalin. Selain berpantang dan melakukan senaman ringan, apa kata Mama cuba kaedah Intermittent Fasting (IF)? Intermittent Fasting bukan sahaja sesuai untuk ketika hari biasa, tapi juga sesuai dilakukan selepas bersalin. Cuma untuk Mama yang masih menyusu, adalah lebih baik untuk Mama dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. IF juga sangat sesuai untuk mereka yang ada angin dalam badan. gastrik dan kembung perut.
Ikuti cara dan tips-tips yang dikongsikan oleh Dr Siti Aniza Basir ini mengenai Intermittent Fasting:
IF ialah Intermittent Fasting. Telah terbukti dalam kajian bahawa PUASA adalah DIeT terbaik. Bukan nak sangkal pasai Paleo Diet, Atkins , Mediterranean etc.. tapi my personal opinion, kita ada sunnah .
Ikut la sunnah. Rasulullah banyak berpuasa , dengan pelbagai sebab. So IF adalah cara terbaik nak bagi tubuh kita rehat.
Nak buat puasa Nabi Daud , macam tak mampu. Sebab iman nipis.
Setiap hari ada pasar malam , pasar rabu. Macam macam rasa tekak ni nak makan.Macam 20 tahun x makan. Padahal baru minggu lepaih pi beli. Kan kan. Sape sentap memang kita sama la.
IF untuk rehatkan usus dalam masa 12-14 Jam.
IF ni ialah kita bagi perut, usus kita rehat dalam 12 – 14 jam. So terpulang u olls nak mula jam bape. Kalau start 630 pm, esok jam 930 am baru breakfast.
Kalau 830 malam – 1130 pagi baru start makan/breakfast.
Kebaikan Intermittent Fasting
Banyak!! Its also known as “CLOSING YOUR KITCHEN EARLY”
Biar betul Doktor?
Betul. Inilah yang saya sudah dan telah jalani selama lebih kurang 10 bulan. Waktu terakhir kami makan malam ialah jam 630 pm.
‘Berpuasa’ dalam ertikata berpuasa malam ini, walaupun anda ‘LOAD” di siang hari anda, akan membantu anda HILANG LEBIH BANYAK Kilo!
Di dalam Journal Cell Metabolisme , kajian telah dilakukan ke atas 2 kumpulan tikus yang diberi Diet ‘High Fats, High Calories’ untuk 100 hari. Kumpulan Pertama dibenarkan makan & makan malam dan siang (Healthy,controlled diet ) dan Kumpulan Kedua hanya mempunyai akses selama 8 jam pada waktu siang tetapi boleh makan apa sahaja jenis diet, dan hasilnya menunjukkan:
Kumpulan BERPUASA 14 JAM iaitu Kumpulan Kedua, kekal berat badan dan dengan otot (Lean Muscle). Manakala, kumpulan Pertama yang makan & makan selama mahu menjadi OBES walaupun keduanya makan sama nilai kalori yang dibekalkan.
- Jadi, cara terbaik untuk BERPUASA 14 /16 jam ialah memulakan SARAPAN anda SEAWAL jam 9:30 atau 10:30pagi! Untuk pengetahuan anda, IF juga dapat membantu mengurangkan rasa insulin malas, craving, ketagihan dan sifat menguyah kita.
CARA-CARA INTERMITTENT FASTING
1. As newbie – Kak Siti advice buat 12 jam dulu: Contohnya, kita start last dinner pukul 6:30 pm, esok breakfast pada jam 6:30 pagi.
2. Bila dah ok, buat 14 jam: Contohnya, jam 6:30 pm dinner dan 8:30 am breakfast.
3. Lepas tu, teruskan perjuangan 16 jam: Contohnya, makan malam pada pukul 6:30 petang, dan breakfast + lunch pada jam 10:30 pagi.
4. Sebaiknya 14-16 jam berpuasa .
Its fleksible . Buat ikut keperluan . Contoh, semalam ada kenduri makan kul 8:30pm, esok tu tak payah breakfast, terus lunch!
Kalau in-between waktu makan tu terasa lapar, anda boleh cuba:
- Minum air masak
- Minum air garam – garam bukit 1/2 teaspoon + air mineral
- Teh Hijau
- Kopi
- Teh
- No 3,4,5 semua harus diambil TANPA GULA atau SUSU ye!
Sebagai permulaan, intermittent fasting selepas bersalin ni anda boleh buat selang-seli. Bukan hari-hari. Untuk biasakan diri dan perut. Contohnya, satu hari intermittent fasting, satu hari makan seperti biasa. Tapi, pastikan anda tidak makan makanan yang bergula & processed food! Kalau dah terbiasa nanti dengan IF, boleh la buat hari-hari. Ikut kemampuan. Jangan paksa diri kalau tak mampu ye Mama.