Mama dah tahu tentang Insentif MamaKerja? Zaman yang serba serbi susah sekarang, Alhamdulillah segala macam bantuan diberikan oleh kerajaan Malaysia.
Negeri Selangor khususnya, telah memperkenalkan Insentif MamaKerja yang boleh meringankan beban wanita, bagi menampung kos penjagaan anak.
EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari, berkata ibu yang layak akan menerima wang tunai berjumlah RM1,000 secara ‘one off’.
Mama Siti akan kongsikan syarat-syarat dan cara permohonan insentif ini.
MamaKerja 2023: Insentif RM 1,000
Pengenalan Insentif MamaKerja 2023
Insentif tunai RM1,000 diperuntukkan untuk 5000 wanita Selangor, iaitu Mama yang bekerja bagi membantu meringankan beban penjagaan anak-anak.
Insentif ini bertujuan mengangkat martabat wanita bekerja yang mempunyai anak-anak berusia 12 tahun dan ke bawah.
Jumlah: Setiap pemohon yang layak akan menerima insentif sebanyak RM1,000 sekaligus.
Tempoh Permohonan: Bermula 1 November 2023, jam 10.00 pagi.
Kriteria/Syarat Kelayakan
- Wanita bekerja dan bermajikan.
- Merupakan rakyat Selangor (lahir di Selangor atau bermastautin di Selangor melebihi 10 tahun).
- Mengundi di Selangor.
- Berpendapatan isi rumah RM8,000 dan ke bawah.
- Individu yang mempunyai akaun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
- Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) orang anak berumur 12 tahun dan ke bawah.
- Bukan penerima bantuan ASUH PINTAR, TUNAS dan BINGKAS.
Cara Permohonan
Individu yang layak boleh membuat permohonan melalui aplikasi Selangkah atau melalui laman web rasmi MamaKerja (https://mamakerja.selangkah.my/ ).
Dokumen penting yang perlu dimuatnaik untuk memohon adalah:
- Kad Pengenalan pemohon;
- Kad Pengenalan pasangan;
- MyKid atau Sijil Kelahiran anak / Sijil Pengangkatan;
- Salinan penyata gaji pemohon yang terkini;
- Salinan penyata gaji pasangan yang terkini atau pengesahan pendapatan
sekiranya tiada slip gaji; - Penyata KWSP pemohon terkini atau penyata EA;
- Salinan penyata bank;
- Dokumen pengesahan pengundi Selangor.
Jadi, kepada Mama yang menepati kriteria di atas, boleh bersedia untuk memohon insentif MamaKerja ini pada 1 November 2023 nanti. Semoga berjaya!
Mama Siti kongsikan pelbagai info terkini di SINI.