KelabMama

Mama Stress Di Rumah? Jom Manjakan Diri !

Kredit Foto: Adobe Stock

Mama sibuk dengan kerja dan tak ada masa untuk manjakan diri sendiri? Yelah, bila kita bekerja di rumah, macam-macam kita kena fikir. Kerja lagi, anak-anak dan juga menjaga encik suami kan. Kadang-kadang kita jadi terlalu stress dan sibuk sampai terlupa nak manjakan diri sendiri! Jangan risau, Mama Siti faham sangat perasaan Mama di luar sana. 

Menjadi seorang ibu adalah tanggungjawab yang sangat besar tetapi Mama harus sentiasa letak diri Mama di tempat yang paling tinggi! ‘Self-care’ adalah salah satu benda yang Mama kena jadikan sebagai keutamaaan because you deserve it Mama! 

Kenapa ‘Self-Care’ Penting Untuk Mama?

‘Self-care’ ini penting untuk kekalkan kesihatan diri secara mental dan fizikal supaya dapat meningkatkan keyakinan diri yang tinggi! 

Ianya juga bagus sebagai cara untuk mengawal stress. Yelah, Mama kan selalu sibuk dengan meeting, dan ‘deadlines’ yang ditetapkan oleh boss. Mama juga mungkin stress duduk di rumah dimana kurangnya interaksi bersama orang luar. 

Selain itu, ‘self-care’ dapat bantu Mama untuk kurangkan rasa ‘anxiety’ juga!

Sekarang, Mama dah tahu tentang kelebihan dan kenapa kita perlu amalkan ‘self-care’ di rumah kan? Jadi, Mama Siti akan kongsikan beberapa cara dan tips untuk aktiviti ‘self-care’ yang Mama boleh lakukan di rumah! Tak perlu keluar rumah pun, lagi-lagi sekarang tengah PKP kan! 

6 Tips Manjakan Diri Yang Mama Boleh Dilakukan Di Rumah!

1) Bersenam dan Yoga

Kredit Foto: Adobe Stock

Walaupun kita sibuk mana, kesihatan kita harus diletakkan di tempat yang pertama! Bila kita dah selalu duduk di rumah, berhari-hari, berbulan-bulan ‘work from home’, segala lemak dalam badan boleh menjadi makin banyak! Yelah, duduk sahaja akan membuatkan berat kita naik secara mendadak. Salah satu cara yang kita boleh amalkan untuk ‘self-care’ ialah dengan bersenam dan juga yoga.

“Bersenam kena pergi gym ke?” Eh, jangan risau! Semua ini boleh dilakukan di rumah je tau. Bersenam tak perlu ambil masa lama pun, contohnya bila Mama dah habis kerja di waktu petang, cuba sediakan 30 minit untuk bersenam yang ringan-ringan. Antara senaman yang Mama Siti sendiri lakukan ialah berlari setempat, ‘squatting’, skipping, push up dan sit up! 

Tak perlu yang susah-susah pun. Yoga juga merupakan salah satu cara meditasi yang boleh menenangkan fikiran kita yang sentiasa stress ni! Kalau Mama nak tahu, yoga dapat membantu sakit-sakit belakang yang kita selalu alami bila tengok laptop seharian! Mama kena cuba tau.

2) Membaca Buku Kegemaran

Kredit Foto: Adobe Stock

Bila kali terakhir Mama baca buku? Haa, mesti dah dah lama kan! Membaca buku ini banyak faedahnya. Mama kan dah selalu hadap laptop setiap hari dengan rutin yang sama. Apa kata Mama ambil buku kegemaran atau buku yang baharu untuk dibaca, bersama air teh atau kopi dan baca selama beberapa jam.

Percayalah, Mama dapat lari daripada realiti walaupun sekejap! Kajian juga mendapati bahawa membaca buku dapat mengurangkan risiko seperti penyakit Alzheimer! 

3) Tidur Yang Cukup

Kredit Foto: Adobe Stock

Mama mesti selalu tidur lambat kan? Yelah kena jaga anak, encik suami dan fikir tentang kerja boleh menyebabkan Mama sering keletihan dan tak cukup tidur. Tetapi Mama kena tahu, tidur yang cukup ini sangat penting untuk kesihatan fizikal dan mental. Bila Mama sering tidur lambat, keesokkan harinya badan akan terasa letih dan susah nak fokus ketika bekerja. 

Bila Mama dah selesai bersenam dan membaca buku, secara automatik badan akan terasa mudah untuk tidur. Yang paling best, tidur pun akan nyenyak! Pastikan Mama juga dapat tidur yang sebanyak 6-8 jam setiap hari tau.

4) Manjakan diri dengan mandian Bunga

Kredit Foto: Adobe Stock

Mandian bunga ini patut dilakukan dalam 2-3 kali sebulan! Aktiviti ‘self-care’ ini ialah kegemaran Mama Siti. Nak tahu kenapa? Berendam dalam mandian bunga setelah melalui hari yang stressful dan panjang ialah salah satu cara untuk membuang segala aura negatif yang kita lalui! Mandian bunga dapat membuat kita rasa relaks, rasa ketenangan dan rasa dimanjai! Kalau boleh, Mama Siti cadangkan untuk encik suami yang sediakan mandian bunga ini, yelah setelah kita dah bekerja keras menguruskan hal di rumah, apa salahnya nak dimanjakan? Tetapi apa yang kita perlu sediakan untuk mandian bunga? 

Jangan risau, ini bahan-bahannya:

5) Facial Mask Day!

Kredit Foto: Adobe Stock

DIY mask atau sheet mask? Mana-mana pun boleh! Kalau Mama rajin, Mama boleh DIY mengikut bahan yang Mama sendiri ingin letakkan di muka Mama. Tetapi kalau kita nak express dan cepat, sheet mask pun dah ok! Bila nak pakai mask ni? Selepas Mama dah mandi mandian bunga, Mama boleh sediakan sheet mask sebelum tidur. Sheet mask ini tak boleh pakai lama-lama pun. 

Masa yang diperlukan hanyalah 15 minit sahaja dan confirm kulit Mama glowy and dewy! Bila kita tengok muka kita berseri-seri sebelum nak tidur, secara tak langsung kita akan rasa lebih ceria dan yakin! Yelah, bukan selalu kita rasa cantik-cantik di rumah kan? Tunggu apa lagi? Jom borong sheet mask

6) Warna dan Hias Kuku Juga Salah Satu Cara Manjakan Diri

Kredit Foto: Adobe Stock

Ini ialah aktiviti sebulan sekali yang Mama Siti suka untuk cadangkan kepada kawan-kawan Mama Siti. Walaupun kita tak boleh keluar, tak semestinya kita boleh tak jaga kuku kita kan? Ada juga yang sering ke kedai je, tapi sebabkan PKP, kita tak boleh keluar. Tapi tak apa, dekat rumah pun boleh mewarna dan menghias kuku! Mama hanya perlu beli set pewarna dan pengilat kuku mengikut cita rasa sendiri. 

Ada yang suka ‘glitter’, ada yang suka warna-warna nude, ada juga yang suka warna terang! Ini semua ikut kesukaan diri sendiri. Pastikan Mama cari yang telus air supaya kita boleh bawa untuk solat ya. Kalau Mama tak selesa, Mama Siti cadangkan menggunakan pewarna kuku ‘peel off’ supaya mudah tanggal bila-bila sahaja. Kuku cantik, hati pun happy! 

Minda Yang Tenang Ialah Minda Yang Sihat

Aktiviti ‘self-care’ ini sudah pastinya dapat memberi banyak manfaat kepada ibu-ibu di luar sana yang sibuk dan stress. Sekali sekala, kita perlu manjakan diri kita dan selalu letakkan diri kita sebagai ‘priority’

Jangan kita asyik sibuk dengan kerja dan jaga orang lain sampai diri sendiri pun terleka. Seorang ibu layak mendapat layanan yang terbaik! Jadi, Mama Siti harap ibu-ibu di luar sana boleh cuba salah satu aktiviti ‘self-care’ ini. Selamat mencuba!

BACA JUGA KAFE MENARIK & SESUAI DILAWATI BERSAMA KELUARGA

Pesan Mama Siti

Bagus sebenarnya ‘Self care’ ni tau! Selain dari yang Mama Siti share kat atas, kita pun akan nampak kelihatan awet muda sebab bila kita ada masa untul ‘Self Care’ kita akan kurang stres. Bila kurang stres automatik wajah kita nampak muda remaja kan hehe!