Antara sebabnya sarung tangan bayi atau mittens dipakaikan kepada bayi kerana kita tidak mahu anak tercakar mukanya sendiri, tangan anak sejuk. Betul? Orang kita sudah terbiasa dengan pemakaian mittens ini. Kalau tidak dipakaikan, nanti orang tua bising pula. Pernah dengar orang tua kata sawan daki dekat celah-celah jari bayi? Sebab itu selepas mandi kena lap kering-kering baru pakaikan mittens. Kalau tak pakaikan mittens pun, tak ada masalah daki di celah jari.
Jika kita berterusan pakaikan mittens pada anak kita, anda akan dapat perhatikan tangan anak kita akan sentiasa menggenggam. Betul tak? Jadi, jika kita tanggalkan mittens seawal yang boleh, tangan anak kita akan menyentuh segala yang ada berdekatan dengannya. Secara tidak langsung sentuhan itu akan merangsang otak bayi. Jika tangannya sentiasa berada dalam mittens dan terus menerus menggenggam tangan, bayi kita tidak akan dapat explore apa yang ada di sekeliling dia dan otak juga tidak akan terangsang.
Memang pada awalnya anak kita akan tercakar mukanya sendiri. Memang akan luka tetapi sekali dua sahaja dan selepas itu anak kita belajar kalau terkena kuku, dia akan merasa sakit. Jadi dia akan berhenti mencakar muka dan akan menggosok mukanya dengan belakang tapak tangan.
Berapa lama tempoh pakai sarung tangan ini sebenarnya tidak ditetapkan oleh doktor mahupun pakar kanak-kanak. Namun, seelok-eloknya, bayi tidak lagi mengenakan sarung tangan bayi atau ‘mittens’ setelah mencapai usia 2 bulan. Itupun perlu ditanggal selalu. Ada sebab mereka tidak menggalakkan pakai sarung tangan bayi ini. Antaranya:
- BAYI MENGGUNAKAN TANGAN UNTUK ‘MERASA’ PERSEKITARANNYA – Di awal kelahirannya, mata bayi tidak begitu sensitif dan tidak dapat melihat seperti pandangan mata orang dewasa. Malah, bayi sendiri tidak tahu bahawa mereka mempunyai 2 belah tangan yang boleh digunakan. Dengan deria sentuhan melalui jari, bayi akan dapat merasakan persekitarannya dengan lebih baik serta belajar mengetahui fungsinya dengan lebih awal.
- MEMBANTUTKAN KEMAHIRAN MEMEGANG – Dengan melihat dan merasa tangannya, bayi akan dapat menggunakan tangan dan jarinya dengan lebih kerap. Menurut Frans Plooij, Ph.D, bayi seawal 2 bulan sudah boleh menggenggam barang yang kecil dan ringan jika dirangsang dengan baik. Malah, bayi sebenarnya amat berminat dengan tangan sehingga mereka menjadi ‘kagum’ dan ‘asyik’ bermain dengannya. Tetapi, jika bayi tidak nampak apa yang boleh dilakukan oleh tangannya, tentu dia tidak akan tertarik dengan kebolehan ini.
- MENEROKA KEMAMPUAN MAKAN BAYI – Tiada masalah sebenarnya jika bayi anda suka memasukkan tangan ke dalam mulut. Ini adalah perkara normal yang dapat membantu meningkatkan eksplorasi terhadap ‘gag reflex’ yang merangsang kebolehannya untuk makan apabila mencecah umur 6 bulan. Menurut Dr Yanti, walaupun kelihatan seperti mahu muntah, ‘gag reflex’ akan semakin ke belakang apabila meningkat usia. Sebenarnya tindakan ini akan menyediakan bayi untuk menghadapi proses makan ‘solid food’ kelak. Cuma perlu dipastikan tangan bayi berada dalam keadaan bersih ya!
- KEBERSIHAN LEBIH MUDAH DIJAGA – Tentu anda perasan bayi baru lahir selalu menggenggam tangannya, kemudian ditutup lagi dengan sarung tangan bayi. Ia mampu menyebabkan haba terkumpul dan seterusnya berpeluh. Lebih awal anda membuka sarung tangan bayi, lebih awal bayi akan membuka ‘genggaman tersebut’. Kadangkala ada kulit-kulit yang terkupas, ruam, dan ada daki akibat berpeluh. Oleh itu, menanggalkan sarung tangan lebih awal dapat membantu menjaga kebersihan yang lebih optimal.
- BAYI BOLEH BELAJAR MELINDUNGI DIRI – Ya, mungkin ada yang akan mencederakan mukanya sendiri jika tidak pakai sarung tangan bayi. Namun, perbuatan ini juga dapat mengajar bayi untuk merangsang tindakan lain seperti refleks kerdipan mata untuk melindungi dirinya. Biasanya masalah ini tidak serius dan bayi tidak akan mencakar lagi jika tahu bahawa perbuatan ini akan menyakitkannya.
“Apapun alasan pemakaian sarung tangan tentulah hak ibu bapanya. Kalau bimbang bayi mencakar muka, sebaiknya kuku dipotong dengan lebih kerap, bukan dengan memakaikannya sarung tangan. Meraba, memegang, dan melatih gerakan jari perlu dilakukan bayi sejak kecil lagi kerana ia adalah proses perkembangan yang penting,” jelas Dr Geller melalui laman web BabyCenter.
- TIDAK SALAH JIKA BAYI PAKAI SARUNG TANGAN – Jika bayi anda selalu mencakar, pastikan anda mencari jenis yang berlubang-lubang atau nipis, sesuai dengan cuaca panas di Malaysia. Semasa anda berada bersama mereka, tidak perlulah pakai sarung tangan bayi supaya mereka dapat merasa jari-jemari mereka. Pastikan anda selalu trimkan dengan penghalus kuku untuk mengelakkan sudut yang tajam pada kuku selepas dipotong. Anak masuk sahaja umur 2 bulan, katakan
Sumber: interner / Siraplimau