Bagi mama yang menjadi surirumah tangga pasti sempat menyediakan juadah berbuka dan sahur kan? Terutamanya yang tiada beranak kecil. Tapi bagi mama yang bekerja pasti terkejar-kejar nak sediakan makanan terutamanya hidangan berbuka puasa. Dengan kena hadap jem lagi masa on the way balik. Nak ambil dan urus anak lagi. Aduhai rushing!
Lepas ni mama tak payah nak terkejar-kejar lagi dah sebab perkongsian dari Busseroa ni pasti dapat bantu memudahkan urusan mama. Yang pasti mama tak payah dah bangun awal pagi untuk sediakan hidangan sahur atau tak payah berkejaran di jalan raya lagi untuk balik sediakan hidangan berbuka. Malah siap boleh buat stok untuk seminggu lagi! Tapi kenalah dengan cara yang betul supaya makanan yang disimpan tu kekal berkhasiat dan selamat dimakan.
Sebelum tu mama kena tahu dulu 15 TIPS UNTUK SEDIAKAN DAPUR & RUMAH MAMA SEMPENA RAMADAN.
Cara Bekukan Makanan
Disebabkan ramai yang belum tahu cara untuk bekukan makanan, jadi saya nak share sedikit info yang saya tahu hasil bacaan saya.
Menurut coretan seorang doktor cara paling selamat untuk bekukan makanan ialah:
- Bekukan terus selepas dimasak. Suam2 sikit dah boleh simpan.
- Bahagikan makanan tersebut ke dalam bekas kecil untuk sekali makan sahaja.
- Apabila makanan yang dibeku telah dipanaskan tidak selamat untuk dibekukan lagi.
- Jangan bekukan makanan yang baki/lebihan selepas dimakan. Mesti bekukan yang baru dimasak.
- Pilih bekas yang selamat untuk sejuk beku.
Info tambahan dari sumber² lain:
- Jika stok makanan tersebut untuk 3-4 hari tidak perlu dibekukan. Memadai sekadar simpan di tempat sejuk sahaja.
- Makanan yang dibekukan dengan suhu yang sempurna boleh bertahan lebih dari sebulan.
- Untuk mengekalkan kesegaran makanan, bekukan makanan yang 3/4 masak serta pekat. Apabila dipanaskan nanti baru tambah air, sayur dan sebagainya.
Stok 3-4 hari tak perlu dibekukan
Info gambar:
- Gambar lama.
- Saya selalu sediakan stok makanan untuk anak2 setiap kali saya ada urusan di tempat yang jauh.
- Jika sekadar 3-4 hari saya tidak bekukan. Jika lebih dari tempoh tersebut baru saya simpan di tempat beku.
- Saya tandakan “K” (kuah) supaya bibik tahu makanan perlu dipanaskan satu yang kering dan satu yang berkuah untuk setiap kali makan.
Semoga bermanfaat.
Terima kasih semua.
Sumber : Busseroa
Pesan Mama Siti
Ha..mudahkan?? Cara macam ni sangat praktikal untuk mama yang bekerjaya atau ada anak kecil tu. Lebih cepat dan jimat masa. Mama pun tak penat terkejar-kejar pergi dan balik kerja lagi. Semoga perkongsian ni dapat membantu memudahkan lagi urusan harian mama semua ye!