KelabMama

MAMA JANGAN AMBIL MUDAH JIKA BAYI MUNTAH SELEPAS MENYUSU

Muntah atau terjeluak (mengeluarkan semula susu yang diminum dengan jumlah yang sedikit) susu selepas sesi penyusuan seringkali menimbulkan kebimbangan kepada ramai ibu. Bila ini berlaku, kita seringkali tertanya-tanya ‘normalkah situasi ini? atau ada apa yang tidak kena sebenarnya?

Dalam situasi biasa, bayi muntah selepas sesi penyusuan adalah merupakan perkara normal yang kerap berlaku pada minggu-mingu awal penyusuan kerana pada waktu ini bayi anda masih lagi menyesuaikan diri dengan  keperluan susu tubuh badan mereka. Sesetengah bayi juga berkecenderungan untuk minum susu melebihi daripada kapasiti perut mereka dan ini menjadikan mereka terlalu kenyang. Bila ini berlaku, ia menyebabkan bayi terjeluak lalu mengeluarkan semula susu yang telah diminum.

Terdapat juga situasi bila berlaku refleks ejeksi semasa sesi penyusuan, yang mana susu akan memancut dengan terlalu laju dan banyak atau mungkin disebabkan oleh otot injap bawah saluran makanan esofagus bayi yang belum matang. Namun, kebiasaannya, anda boleh bezakan sama ada bayi anda muntah atau hanya terjeluak sahaja.

Ini kerana apabila bayi muntah, ia akan mengeluarkan susu dalam jumlah yang banyak. Dan bila ini berlaku, ia akan menakutkan bayi anda, dan menyebabkan bayi anda mungkin menangis. Jika perkara sebut adalah normal, muntah selalunya akan berkurangan dalam masa 6  hingga 24 jam selepas ianya bermula, tanpa sebarang rawatan tertentu selain dari perubahan dalam pemakanan bayi. Sekiranya bayi anda sihat dan berat badannya bertambah, anda tidak perlu risau.

Untuk info ibu, selain daripada masalah kesihatan, terdapat banyak perkara yang menyebabkan perkara ini termasuklah dari mabuk kereta hingga menyebabkan masalah ketidakcernaan / ketidakhadaman, tangisan yang berpanjangan atau batuk juga boleh membuatkan bayi muntah.

Jadinya, bila patut saya risau bila bayi saya muntah? Anda patut risau jika bayi menunjukkan tanda-tanda seperti ini: Segeralah membawa bayi berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat lebih lanjut.

Dalam sesetengah situasi, anda mungkin akan terlihat sedikit darah atau hempedu (bahan berwarna hijau) dalam muntah bayi anda. Ini boleh berlaku apabila kekuatan memuntahkan susu menyebabkan koyakan kecil dalam salur darah yang melapisi esofagus. Kebiasannya, jika sedikit darah di dalam muntah selalunya tidak perlu dirisaukan.  Muntah bayi anda juga berwarna sedikit merah sebab dia telah menelan darah daripada luka di mulutnya atau hidung berdarah dalam masa enam jam sebelumnya.

Namun, jika masih terdapat darah dalam muntahnya atau jika jumlah muntah bertambah banyak, segeralah bawa bayi anda berjumpa dengan doktor.  Jika perlu, bawa sampel muntah jika ia mengandungi darah atau hempedu, jadi walaupun ia bukanlah satu tugas yang menyenangkan, anda perlu mengambil sedikit untuk simpanan. Hempedu hijau mungkin menunjukkan usus tersumbat, satu keadaan yang memerlukan rawatan segera.

Kredit: Mithali moms