Berat badan baby susut 0.2kg dalam masa sebulan. Mungkin sebab demam 3 hari dalam bulan itu. Sebenarnya ia sesuatu yang sangat merisaukan saya sehingga saya jadi sedikit tertekan dan menyalahkan diri.
Begitulah kata Puan S, ibu kepada 2 orang anak yang tertekan dengan situasi bayinya yang kurang berat badan. Bila diberi makan, hanya 3-4 suap bubur sahaja yang diterima. Selebihnya, si manja menolak. Risaukan?
Bayangkan bagaimana situasi Puan S, risau, sakit kepala, semua ada kerana si manja tak selera makan. Kerana tertekan yang amat sangat, Puan S melabel dirinya sebagai ibu yang jahat sebab tak mampu membuat anaknya berselera ketika makan.
Ok para ibu di luar sana, dengar cakap Mama Siti, MAMA BUKAN IBU YANG JAHAT KALAU ANAK TURUN BERAT BADAN ATAU MAKAN SIKIT.
Menurut Dietitian Fizah Sobri, kuantiti bukan ukuran untuk tentukan si manja tu berselera atau tak. Yalah, Mama Siti pun faham, kita mesti nak anak kita membesar dengan sihat, makan banyak, kalau boleh selera tu sentiasa ada. Berat badan pulak sentiasa naik, jangan turun-turun.
Tapi kalau untuk bayi yang umur 6-8 bulan ni, aim dia ialah:
- Pengenalan kategori makanan selain susu
- Pengenalan tekstur selain cecair dari susu
- Kenalpasti makanan/sumber alergen
Si manja yang umur 6-8 bulan ni sebenarnya perlu 1-3 sudu besar saja (2-3 kali sehari makan). Walhal, si kecil yang 9-12 bulan ni perlukan hanya 3-5 sudu besar (3-5 kali sehari makan, termasuk snek). Ada juga beberapa tips yang mama boleh ikut kalau anak mama kurang makan contohnya:
- Tak perlu paksa dia makan banyak tapi boleh tingkatkan kekerapan.
- Sentiasa ada buah dan biskut standby.
- Boleh cuba pelbagai masakan and mama boleh lihat resipi di Happy Baby food Malaysia.
Tak pun dah alang-alang mama baca artikel ni, kat bawah Mama Siti ada share link resepi untuk makanan bayi. Mama boleh cuba. InshaAllah, boleh naikkan selera anak mama.
Selebihnya, mama memang kena perlu sabar dan kalau masalah melarat mama memang kena consult pegawai dietetik/pegawai sains pemakanan di klinik. Jawapan yang lebih lanjut akan diberikan di sana lah. Mama Siti hanya boleh kongsikan tips je.
Ramai mama yang stress sebab anak tak makan banyak, so Mama Siti pun tergerak hati nak menulis bagitahu dekat para mama di luar sana kuantiti normal untuk anak-anak mama makan. Kalau tak boleh lagi cuba tingkatkan kekerapan anak makan. Kalau dulu bagi 3 kali sehari mungkin boleh cuba 4 kali sehari. Tengok apa reaksi si manja.
Ingat, kalau mama risau, mama adalah seorang yang baik. Sebab mama nak anak mama sihat. Tapi kalau mama tak risau, itu Mama Siti pulak la yang risau. Mama Siti kena bagi lecture panjang berjela kalau mama tak risau dengan perkembangan anak. Ingat, it’s all about quantity and frequency!
Sumber: Dietitian Fizah Sobri
BACA JUGA SEDAPNYA RESEPI MAKANAN BAYI 6 HINGGA 12 BULAN NI!
Pesanan Mama Siti:
IBU BAPA bukan mama saja tau perlu peka bila badan anak-anak susah naik bila tiba umur yang sesuai. Perlu ingat bahawa pemakanan yang sihat sangat penting untuk tumbesaran anak-anak. So, mama tak boleh ambil lewa bab-bab macam ni.