Motherhood.com.my bersama Nuren Group telah berjaya menganjurkan Ibuencer Awards buat kali yang ke-3, di Setia City Convention Centre (SCCC), Selangor pada 30 Disember 2021 yang lalu. Lebih besar dan lebih meriah dari tahun sebelumnya, Ibuencer Awards kali ini kembali semula dengan lebih banyak anugerah dan penghargaan diberikan kepada ibu-ibu di Malaysia.
Ibuencer Awards adalah majlis anugerah untuk para ibu dan bapa yang telah dinobatkan berdasarkan pencapaian cemerlang mereka, yang memberi inspirasi kepada orang ramai di media sosial dan dedikasi terhadap masyarakat; tidak kira dari segi perkongsian kehidupan, tips, nasihat, dan pelbagai jenis maklumat untuk ibu bapa sekalian.
Kali ini, penerima anugerah terdiri daripada selebriti, doktor-doktor dan para ibuencer yang telah menyumbang kepada komuniti seperti Hisyam Hamid, Sazzy Falak dan Dr Fatin Liyana. Mereka adalah antara 26 penerima yang telah dianugerahkan sebagai “Malaysia’s Most Influential Parents” di Ibuencer Awards 2021.
Sebelum diteruskan dengan penyampaian anugerah, turut berucap pada majlis tersebut ialah Puan Farhana Nasir, Pengurus Pemasaran Nuren Group, yang berterima kasih kepada para penaja dan jenama yang turut menyokong, rakan media, dan para pengunjung sekalian, dan seterusnya merasmikan Ibuencer Awards yang ke-3 ini.
“Kami berbesar hati untuk mempersembahkan dan mengiktiraf pemenang tahun ini, dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua jenama yang mengambil bahagian, rakan media, influencer dan selebriti atas sumbangan, dedikasi & sokongan yang berterusan. Kami bangga namun rendah hati untuk menyediakan platform (Ibuencer) untuk influencer untuk bukan sahaja melibatkan diri dengan penonton mereka melalui kempen media sosial tetapi juga untuk memberi mereka pengiktirafan yang sewajarnya melalui Ibuencer Awards,”
Setiap tahun, influencer mahupun selebriti dengan prestasi terbaik akan dipilih untuk memenangi Ibuencer Awards. Para pemenang tahun ini telah dipilih daripada 100 calon-calon berdasarkan penglibatan cemerlang mereka dalam pelbagai projek termasuk Nutox, Scott’s Emulsion, Drypers, Clearblue, Naturel, AIA, Nestle, Marigold, dan banyak lagi.
Acara diteruskan dengan meraikan Top Performing Influencers yang telah berjaya memberi inspirasi kepada orang ramai bagi mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik. Sebahagian daripada mereka menyumbang kepada organisasi tertentu selain daripada menyebarkan kesedaran di platform media sosial masing-masing, termasuk membantu mereka yang terjejas akibat banjir dan pandemik baru-baru ini.
Semua dalam usaha untuk membantu mereka yang memerlukan dan menyokong masyarakat secara positif, membuktikan kuasa rakyat Malaysia untuk menyokong dan membantu antara satu sama lain dalam masa yang sukar seperti sekarang.
Antara “Top Ibuencers” pula ialah Alyasha, Alyaa Ramli, Ashikin Hassan, Christina Ling, Diana Nuzuin, Dr. Fatin Liyana, Dr. Nicole Fu, Emy Melissa, Farah Waheda dan Fazleena Hishamuddin.
Anugerah ini menampilkan ibuencer yang telah terpilih merangkumi pelbagai kategori seperti “Celebrity Dad of the Year”, “Celebrity Mom of the Year”, “Most Charitable Mom of the Year”, “Most Lovable Dad of the Year”, “Triple Threat Celebrity Dad”, “Hot Daddy of the Year” dan “Influencer Dad of the Year” dan “Top Performing Influencer”.
“I just want to say huge thank you to Ibuencer for holding this award and for just really celebrating a lot of moms out there and I love seeing all those mums go on stage and them winning the award because there’s nothing more rewarding than being a mom but it is also a very tiring job. So, once in a while when you get awards like this you are reminded that you are doing ok. So, I just want to say thank you to Ibuencer for acknowledging me also for this particular category which is “Celebrity Mom of the Year, and for me, it’s something very meaningful because of all the titles that I’ve had, all the jobs that I’ve had which is actress, TV host, businesswoman, I think Mom, Mommy is the best yet. So, thank you for this.”
ujar Sazzy Falak, menghargai anugerah yang diterima.
Majlis Anugerah Ibuencer yang berjalan selama tiga jam itu berlangsung mengikuti standard SOP yang telah ditetapkan, dengan kehadiran penuh para penerima dan juga lebih bermakna dengan kehadiran selebriti kegemaran ramai.
Majlis berakhir dengan pelancaran rasmi Motherhood Baby Fair yang dinanti-nantikan yang bermula pada Khamis, 30 Disember 2021 hingga Ahad, 2 Januari 2022 dari jam 10 pagi hingga 10 malam di Setia City Convention Centre, Setia Alam.
Tahniah buat semua penerima anugerah Ibuencer Awards kali ini!
Mengenai ibuencer.com
Ibuencer.com adalah platform influencer yang tertumpu pada ibu & keluarga, yang terkemuka di Asia Tenggara, yang menghubungkan selebriti dan influencers dengan jenama-jenama terhebat merangkumi semua peringkat (Nano, Mikro, Makro, dan ‘Hi-tier’). Kini, ibuencer.com mempunyai lebih 5,000 influencer keibubapaan yang aktif, yang sentiasa berkongsi kehidupan harian mereka di media sosial dan laman blog masing-masing. Ibuencer dimiliki oleh Nuren Group; platform kandungan, komuniti, & e-dagang yang memfokuskan pada pengumpulan vendor dan perkhidmatan di bawah satu bumbung, untuk memberi inspirasi kepada para pengguna dan mencari produk yang sesuai untuk kehidupan seharian mereka. Layari laman rasmi ibuencer.com sekarang!