KelabMama

MALANG PEROKOK PASIF. KASIHANILAH KAMI SANG PEROKOK!

Kanser paru-paru kini diklasifikasikan sebagai masalah kesihatan lazim, bukan saja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Faktor risiko paling utama yang menyumbang ke arah peningkatan jumlah pesakit ini adalah tabiat merokok. Di Malaysia, kanser paru-paru adalah yang ketiga paling lazim selepas barah payudara dan usus besar (kolorektal). Ia selalunya lambat dikesan dengan kebanyakan pesakit hanya menemui doktor apabila berada pada tahap akhir. Tidak banyak berbeza dengan barah lain, kanser paru-paru terbentuk apabila sel paru-paru yang normal mengalami beberapa peringkat perubahan atau mutasi dan mula membesar serta tumbuh tanpa kawalan. Dalam kebanyakan kes, sel kanser boleh merebak ke organ atau struktur berdekatan dengannya dan seterusnya ke anggota lain seperti nodus limfa, hati, tulang hingga otak (keadaan ini dipanggil metastasis).

 

 

WANITA JADI MANGSA

Memetik kajian dari luar negara, golongan perokok pasif wanita adalah kelompok paling berisiko mendapat adenokarsinoma paru iaitu sejenis kanser yang terbentuk daripada sel paru-paru yang tidak normal, membiak dan membentuk tumor. Menurut teori, wanita dikatakan lebih berisiko kerana sensitif terhadap asap rokok. Mereka ini kerap terdedah kepada tabiat pasangan yang merokok, rakan perokok aktif dan tempat awam yang dicemari asap rokok. Perlu diketahui ciri kanser paru-paru dalam kalangan perokok dan bukan perokok mempunyai banyak perbezaan. Biasanya, orang yang merokok tidak menyedut asap yang ‘dalam’.

 

MEMBINA KESEDARAN

Dalam pada orang sibuk memperkatakan mengenai risiko kanser paru-paru, masih ramai yang bersikap ‘masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri’. Masyarakat bagaikan tidak mahu sedar mengenai hakikat bahaya rokok dan kanser paru-paru.

Kita mahu masyarakat sedar. Wanita khususnya perlu sedar risiko untuk mereka menghidap kanser ini lebih tinggi sekalipun tidak merokok. Penguatkuasaan perlu lebih menyeluruh. Kalau di barat, golongan perokok biasanya akan keluar (dari rumah atau pejabat) dan menjauhi orang lain untuk merokok. Di Malaysia, kesedaran itu masih kurang. Kita selalu mengingatkan orang ramai supaya jangan merokok di tempat awam, jangan membahayakan kesihatan orang lain, tetapi kesedaran umum dan penguatkuasaan masih di takuk mengecewakan.

 

MERAWAT KANSER

Dalam bidang perubatan, terdapat dua jenis kanser paru-paru iaitu:

 

IMONUTERAPI

Biasanya, untuk kanser paru-paru peringkat lanjut, pakar perubatan akan mempertimbangkan jenis rawatan imunoterapi untuk melawan kembali sel kanser dalam tubuh pesakit. Sel kanser ini adalah benda asing dalam tubuh seperti bakteria dan virus. Umum mengetahui bahawa sistem daya tahan badan kita boleh kesan bakteria dan virus kerana ia terdiri daripada benda asing. Jadi, kenapa sel imun kita tidak boleh mengesan sel kanser? Imunoterapi akan membantu mengembalikan fungsi sistem imun tubuh yang ‘dinyahaktif’ sebelum ini, sekali gus mengesan sel kanser dan membunuhnya. Ia adalah rawatan terkini dalam bidang kanser dan onkologi. Memandangkan kaedah ini menggunakan sistem imun tubuh untuk melawan, jadi kesan sampingannya lebih ringan berbanding kemoterapi. Perkembangan perubatan hari ini banyak membantu meningkatkan tahap survival pesakit kanser paru-paru. Jika dulu, dengan kemoterapi saja boleh bertahan selama enam bulan. Sekarang ini, pesakit boleh bertahan selama beberapa tahun dengan kombinasi terapi bersesuaian.

 

MENGESAN KANSER PERINGKAT AWAL

  1. Pertimbangkan beberapa faktor berikut:
  1. Dapatkan pemeriksaan kesihatan lengkap di hospital berdekatan
  2. Atur pemeriksaan kesihatan dengan pakar perubatan paru-paru

 

 

 

 

Sumber: Pakar Runding Klinikal dan Onkologi Radiasi Hospital Pakar KPJ Damansara Dr Aminudin Rahman Mohd Mydin & Harian Metro